Aku dan Pesakit Hari Ini



Seorang wanita berusia 30 tahun.
Dah berkahwin lebih 5 tahun.
Baru dikurniakan seorang cahaya mata 7 bulan lepas.
Datang ke klinik mengadu sakit kepala.
Sebagai seorang doktor GP yang tipikal,
aku boleh mengagak.
Ini alasan klise untuk dapatkan sijil cuti sakit.
Tapi aku bukan seorang doktor GP yang tipikal.
Bacalah seterusnya.







Aku lihat mukanya murung.
Mungkin juga kekurangan darah.
Sebab agak pucat mukanya.
Mesti ada hal lain ni.
Aku pun bertanya,
" Kakak ada masalah ke? "





" Doktor ada ubat untuk keringkan susu tak ? "







Rupa-rupanya dia baru kehilangan anaknya.
Anak tunggalnya meninggal dirumah pengasuhnya sebulan yang lalu.
Tersedak susu kata doktor.
Pengasuhnya mengaku,
memberi susu botol ketika anaknya didalam buaian.
" Kakak tak buat kes ke? "
" Doktor ada buat post mortem tak ? "
Dia kata dia redha.
Dia tak nak memanjang-manjangkan cerita.

Sebagai seorang doktor,
aku pun kena redha dengan keputusannya.
Hampir 5 tahun dia menunggu kedatangan zuriatnya,
tetapi nampaknya Allah lebih menyayangi anaknya.
Inilah untungnya menjadi orang Islam.
Yang percaya kepada ketentuan Ilahi.
Allah Maha Mengetahui.
Mungkin Allah akan ganti dengan yang lebih baik.
Mungkin Allah akan ganti dengan lebih ramai lagi zuriat.
Mana kita tahu.
Itu antara kata-kata semangat yang aku beri kepadanya.

Kalau kita rasa dugaan dan cabaran yang Allah beri kepada kita sangat besar,
ada orang lain yang menerima dugaan yang LEBIH besar.
Jangan putus asa.
Jangan berhenti berusaha.
Dan jangan lupa ALLAH ADA.



Ulasan

  1. AllahhuAkbar. Tabahnya dia. Sempga Allah SWT memberi ganti yang lebih baik.

    BalasPadam
  2. Innalillah... semoga Kakak tu tabah hadapi dugaan hidup...
    Semoga Allah beri ganjaran berlipat ganda kepada DrZoul sekeluarga juga,,, Aameeeeen

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan Tinted Kereta

Aku dan Toyota Vellfireku

Aku dan Cikgu Arbainah