Aku ke Lexis Hibiscus Port Dickson

Setiap kali bulan Januari,
aku mesti ke Port Dickson.
Tujuan hanya satu,
meraikan harijadi wife dan anak dara aku.
Banyak hotel yang aku pernah duduk.
Hotel Grand Lexis sahaja dah 3 kali.
Kali ini aku nak cuba Lexis Hibiscus pulak.
Aku booking bilik melalui Agoda dah lama.
Lebih 3 bulan rasanya.
Jadi dapatlah harga murah sedikit.
Itupun tak boleh nak batal.
Kena fully paid sebelum aku sampai.


Aku tiba di lobi hotel kira-kira jam 3.15 petang.
Cuaca memang hujan dan mendung sepanjang hari.
Kedudukan hotelnya memang agak jauh daripada bandar Port Dickson.
Lebih kurang 40km pergi dan balik.
Jadi kalau datang ke sini,
memang kena memerap kat hotel sahajalah nampaknya.


Hotel ini memang sangat besar.
Pekerjanya ramai.
Kebanyakannya bukan warga tempatan.
Prosedur check in sangat mudah.
Apatahlagi sebab aku dah buat tempahan awal.
Bilik pun dah tersedia.


Aku memilih bilik yang paling murah.
Sky Pool Villa yang berada di tingkat 6.
Bukannya yang berada diatas air.
Yang itu harganya lebih sedikit.
Semakin ke hujung semakin mahal harganya.


Walaupun bilik aku dikira paling murah,
biliknya sangat besar.
Ada dua katil Queen untuk kami berlima.
Ada dua bilik air siap dengan bath tub,
ada ruang rehat,
ada tiga sinki,
ada bilik sauna,
dan yang paling penting sekali,
ada private pool.


Secara keseluruhannya,
aku sangat berpuashati dengan fasiliti dan layanan di sini.
WiFinya pantas.
Sekali daftar sahaja dah boleh guna seterusnya.
Tak perlu daftar setiap kali nak guna seperti disesetengah tempat.
Tiada juga limit untuk berapa gajet yang boleh connect.
Televisionnya berada didalam kaca.
Ada pilihan movie percuma yang boleh ditonton bila-bila masa.
Memang tak habis kalau nak tengok semua.


Tilam dan bantalnya lembut.
Aircondnya sangat senyap.
Kipas angin pun ada disediakan.
Pemandangan ke arah laut pun cukup cantik.
Rezeki aku ambil bilik didalam bangunan dan bukannya diatas laut.
Sebab sepanjang 2 hari di sini,
hujan memang tak pernah berhenti.
Jadi sejuk-sejuk pun masih boleh mandi dikolam.


Sepanjang 2 hari di sini,
aku memang duduk dibilik sahaja.
Kat bawah memang ada banyak aktiviti.
Contohnya menunggang basikal dan sukan air.
Tetapi sebab hujan,
aku malas nak beriadah.
Lagipun banyak aktiviti yang kena bayar.
Basikal kena sewa 10 ringgit untuk setengah jam.
Tak seperti di Avani Gold Coast,
penggunaan basikal adalah percuma.


Malam minggu,
aku duduk dibilik sahaja.
Memang kali ini aku nak ikut gaya Alif Shukri.
Makan masak sendiri sahaja.
Persiapan dan peralatan untuk steamboat wife aku dah siapkan.
Semuanya aku bawa daripada rumah.
Ini bukan kali pertama aku buat begini.
Masa ke Cameron Highlands aku dah buat.
Memang sedap makan sup panas didalam suhu 22 darjah.
Memang tak bersisa pun.
Ayam, udang, sotong.
Aneka fishball,
aneka sayuran.


Untuk sarapan pagi wife dah sediakan menu.
Nasi Lemak.
Sambalnya aku siapkan daripada rumah,
manakala nasinya masak dibilik hotel.
Memandangkan pakej yang aku ambil ada disediakan sarapan untuk 2 orang,
aku bawa anak dara aku turun bersarapan.
Walaupun orang ramai terutama pelancong daripada China,
aku tak rasa kesibukannya.
Ruang makannya luas,
makanannya pun beraneka pilihan.
Secara keseluruhan,
aku puashati dengan rasa masakannya.
Nasi lemaknya dibungkus dengan daun pisang,
ada makanan Melayu, Cina, India, Korea juga Jepun.
Pendek kata memang kenyang sangatlah.


Sebelum check out,
aku mandi di kolam puas-puas.
Lepas penat mandi dikolam,
aku masuk ke sauna pulak.
Lepas tu sambung makan nasi lemak.
Dan kenyang barulah bersiap nak check out.

Berbanding dengan Grand Lexis,
kolam di sini agak kecil.
Dekorasi tamannya juga kurang cantik.
Tapi aku suka privasinya.
Jauh daripada kesibukan dan disebabkan bilik aku ditingkat 6 bangunan,
langsung tiada kedengaran bunyi bising.
Memang aman dan tenteram.

Mungkin aku akan datang lagi.
Nak cuba bilik yang lebih mahal lepas ini.





Ulasan

  1. Sy belum pernah ke GL dan ke sini jugak sbb rasa mcm mls nak ke PD. Kali terakhir ke PD masa ank sy sek rendah, skrg dia dah Ting 5, baca cerita doc ni terasa ingin nak ke sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Datang pada bulan Januari.
      PD lengang masa ini.

      Padam
  2. ok la yang paling murah pun...nampak sangan selesa..

    BalasPadam
  3. Wow... kami pun cuma pernah pergi Grand Lexis ..
    nak cuba lah..

    BalasPadam
  4. nak tanya kalau masak dalam bilik hotel smoke detector dpt detect x?..nk jugak try masak sendiri simple2 bile bercuti dihotel..tapi risau smoke detector ada kang berbunyi pulak satu hotel..naya mak cik.. : )

    BalasPadam
  5. CORUS PARADISE PRIVATE APARTMENT PORT DICKSON FOR RENT..(MUSLIM ONLY)-with lift

    FULLY RENOVATED APARTMENT..
    Fresh and brightly decorated for superb relaxation.

    Located close to Corus hotels,beaches view/above the water,PD town & Teluk Kemang.

    Shared pool and outdoor common area between Corus hotel & Corus apartment...

    The space
    Accommodates: 4+
    Bathrooms: 1+1 ( water heater)
    Bedrooms: 2
    Beds: 2+1
    Check In: Anytime after 3PM
    Check Out: 12PM (Noon)
    Property type: Apartment
    Room type: Entire home/apt
    Fully renovated apartment
    Each bedroom have a 2 singles/ 1 queen size bed.
    Kitchen is equipped with refrigerator, electric cooker, oven, and the essentials.
    Extra bed : 4

    No pork,No alcohol & No drugs allowed inside of the apartment.

    Rates per night :
    Weekdays : rm200
    Weekend : rm250
    Public Holidays/School holidays : rm300-rm350

    Safety features
    First aid kit

    Availability
    1 night minimum stay

    *Already removed every tile & replaced all & extended the master room & create additional bathroom. Original unit has only 1 bath.

    *5S CONCEPT

    Contact me:
    Cikgu nor
    019-2222777
    Direct owner

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan Tinted Kereta

Aku dan Toyota Vellfireku

Aku dan Cikgu Arbainah