Aku ke Thailand Streetfood Festival IOI Mall Kulai

Malam Jumaat yang lalu,
aku singgah di IOI Mall.
Mall yang semakin dipinggirkan sejak Aeon Kulai dibuka.
Ada pesta makanan Thailand ditempat letak kereta depan mall.
Makanan Selatan Thailand untuk lebih spesifik.
Sebab yang berniaga semuanya orang Muslim.
Jadi membeli pun tanpa rasa was-was.

Sebenarnya aku bukan nak ke sini.
Aku nak ronda-ronda bawa kamera baru ke JB.
Nak ambil gambar-gambar sekitar JB.
Malangnya baru sampai depan hospital,
hujan dah turun selebatnya.
Memang takda harapanlah nak ambil gambar dalam hujan lebat.
Lepas bawa anak-anak melawat Paradigm Mall yang baru dibuka,
aku balik ke Kulai.

Waktu tengah makan kat Saleng,
ada kawan update gambar pasal event ini di FB.
Alang-alang malam masih muda,
aku terjahlah.
Boleh juga ambil gambar guna kamera baruku.

Inilah hasilnya.
Mee Segera Thailand.
Anak kata sedap.
RM5 untuk 3 bungkus.

Ini Mee Gorengnya.
Campur udang 3 ekor,
RM 7.00.

Ini Penkek Mee.
Pun sama RM7.00.

Aiskrim Gulung sedang dalam proses pembuatan.
Ramai yang menunggu giliran.

Ini Sup Bebola Daging.
Besar gedabak bebola dagingnya.

Sotong yang sedang digrill.
Baunya sangat mengancam.
Seekor RM7.00.

Yang ini macam Apam Balik,
tapi intinya beraneka warna.

Ayam Bakar Madu.
Cantik betul cara hidangannya.
RM 5.00.

Nasi Goreng Pattaya.
RM 7.00.

Pulut Mangga.
RM 7.00.

Cucuk-cucuk.
Harga antara RM2.00- 5.00.

Aneka Jeruk berwarna-warni.

Macam Yong Tau Fu.
Tak sempat bertanya harganya.

Churos?

Kerabu Betik Muda.
Atau Somtam.
Memang kegemaran kami sekeluarga.
RM 7.00.


Ketika aku datang,
orang memang tengah ramai.
Ini baru hari pertama.
Jadi masing-masing tengah excited nak rasa masakan Thai.
Aku ada pos gambar-gambar ini di FB aku.
Ramai pulak kawan-kawan yang share.
Niat aku cuma nak menolong mempromosikan event ini.
Ramai pula yang komen,
nanti cirit-biritlah, gastriklah.
Pada aku tepuk dada tanya selera.


Gambar-gambar diatas diambil menggunakan kamera Fuji XT-20.
Sangat pantas dan sangat sharp.
Tone warna gambar yang dihasilkan pun sangat cantik.
Tak payah nak edit banyak-banyak.

Salam hujung minggu kawan-kawan.



Ulasan

  1. Assalamualaikum
    Salam perkenalan.
    Mak Long terjumpa blog ini dan suka pulak membacanya lepas satu ke satu tajuk. Teringin pulak nak mengikuti blog seterusnya tapi ahh akal Mak Long tumpul tak tertuju bagiamana nak picit untuk ikut...hahaha.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan Tinted Kereta

Aku dan Toyota Vellfireku

Aku dan Cikgu Arbainah