Langkau ke kandungan utama

Aku dan Hujung Minggu Ini


Hujung minggu ini aku busy sedikit.
Anakku membawa 7 orang kawan sekolahnya bertandang ke rumah.
Ada yang datang daripada Selangor,
ada yang daripada Terengganu,
ada yang daripada Melaka.
Kesemuanya kawan seasramanya masa di SMS Muar tahun lepas.
Kawan karib katanya.


Bila ada yang datang bertandang,
aku dan wife jadi sibuk.
Bergilir-gilir memasak makanan untuk mereka,
juga menjadi driver membawa mereka ke tempat pilihan mereka.
Nasib baiklah kereta aku besar sedikit.
Lapan orang boleh dimuatkan untuk sekali perjalanan.
Tengah malam Jumaat aku bawa mereka ke Bazar Karat.
Mereka rasa tengok bagaimana meriahnya bandaraya Johor Bahru.
Keesokan harinya,
aku hantar dan tinggalkan mereka di City Square pulak.
Puas mereka berjalan seharian.
Malamnya sambung tengok wayang di TGV Aeon Kulai.
Aku juga yang menghantar dan mengambilnya.
Aku tak kisah pun.
Rasa seronok tengok mereka bergelak ketawa sepanjang hari.
Bercerita tak pernahnya habis.
Pukul 3 pagi pun masih lagi bersembang.


Pagi hari Sabtu,
aku cakap kat wife tak payah memasak sarapan.
Aku bawa mereka bersarapan diluar.
Selepas itu ada yang dah nak balik ke negeri masing-masing.
Semoga panjang umur,
kita boleh berjumpa lagi.




Ulasan

  1. seronok lah anak dia...dapat ayah sporting cam ni..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Dr. Zoul. Berdasarkan sharing di blog ini, puteri Dr. yang dahulunya pernah di STF kemudiannya bersekolah di SMS Muar selepas mendapat keputusan cemerlang dalam PT3. Saya nak mohon nasihat dari Dr. sebab puteri saya yang baru mendaftar tingkatan 4 di MRSM Jasin dan sedang melalui fasa yang sama seperti puteri Dr. ketika di STF dan hujung minggu ini akan bermula cuti sekolah dan dia telah membuat keputusan untuk keluar dan bersekolah di sekolah lama di Gombak. Sebagai ibu, saya rasa terlalu awal untuk dia berputus asa dan harus terus mencuba menghadapi cabaran perubahan. Melihat keakraban dan kegembiraanputeri Dr. dan bersama kawan2 asramanya walaupun setelah tamat persekolahan, saya juga berharap kegembiaraan seperti ini juga boleh dirasai puteri saya sekiranya dia kuatkan semangat untuk mencuba. Sesungguhnya saya juga keliru apakah yang terbaik untuk puteri saya. Baik untuk saya mungkin tidak untuk dia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Elly.
      Saya tak berani nak beri cadangan apa-apa,
      tapi saya setuju dengan ayat yg terakhir tu,
      Baik untuk kita tak semestinya baik untuk dia...

      Padam

Catat Ulasan

THE MOST POPULAR POSTS

Aku dan Tinted Kereta

Hari ini klinik sunyi sikit. Jadi banyak benda2 lain aku boleh buat. Antaranya survey market untuk pasang tinted kat cermin kereta aku. Menurut Akta JPJ: Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) untuk Kaedah2 Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin2 depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. Tapi kat kedai, mana ada ikut undang2. Semuanya JPJ Compliance (kononnya). Tapi janji kau nak pasang, mereka pasang. Risiko tanggung sendirilah.

Film tinted ialah filem plastik jernih ataupun laminate metallic yang dipasang pada cermin2 kereta bertujuan untuk mengurangkan panas bahang cuaca khatulistiwa, mendapatkan suasana lebih privasi dan juga untuk lebih cantik dipandang.

Kalau kita ke kedai2 aksesori kereta, macam2 jenis tinted ada. Macam2 brand ada. Biasanya mereka kata mereka punya lebih bagus dan lebih murah banding tempat lain. Kalau nak yang murah memang ada, teta…

Aku dan Toyota Vellfireku

Bro, cuba tulis tentang Vellfire/Alphard pula...
dulu dah tulis tentang Estima...
Especially tentang button2 dan radio/camera berbahasa Jepun...
tentang risiko buying Jap recond ni...
TQ

Ada orang suka kereta tempatan.
Ada orang suka kereta Eropah.
Tapi aku suka kereta buatan Jepun.
Honda CRV aku pernah pakai.
Tetapi Toyota Estima adalah yang terbaik
sepanjang 15 tahun aku memandu di jalan raya.

Bila aku terpaksa menggantikan Estima aku,
aku hanya ada dua pilihan.
Downgrade ke Honda Odyssey
atau upgrade ke Toyota Alphard/Vellfire.
Selepas 12 bulan membuat penyelidikan,
juga mengumpul wang pendahuluan,
Vellfire adalah pilihan paling tepat.


Vellfire dan Alphard adalah adik-beradik.
Enjinnya enjin yang sama.
Ruang kokpit pun lebih kurang sama.
Cuma ada modifikasi luaran yang nyata.
Iaitu lampu depan dan lampu belakang bertingkat.
Juga grill depan yang menjadikannya kelihatan lebih ganas.

Aku suka kereta buatan Jepun.
Ianya sangat reliable.
Kos penyelenggaraannya lebih kurang sama dengan kere…

Aku dan Toyota Estima

Toyota Estima dikenali sebagai Toyota Previa di US dan Toyota Tarago di Australia. Ia adalah kereta jenis MPV dan mula dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 1990 lagi. Estima di atas adalah kereta Estima generasi pertama yang dikeluarkan antara tahun 1990-2000. Di sini, ia dikenali sebagai BEAN. Ini dikira kereta klasik jugaklah.

Ini adalah Estima generasi kedua yang dikenali sebagai SEPET. Aku cukup berkenan dengan bentuk lampu depannya. Ia dikeluarkan antara tahun 2001-2005. Kereta2 ini banyak betul dibawa masuk ke Malaysia dan jangan harap dapat yang baru. Semuanya recondition daripada Jepun.

Estima generasi ketiga ini pula dikenali sebagai NINJA dan mula dibawa masuk ke Malaysia sekitar tahun 2007. Estima jenis ini terlebih advanced termasuk boleh parking sendiri secara automatik. Aku kurang berkenan dengan lampu depan dan belakangnya. Tapi interiornya memang superb.
Aku nak cerita sedikit pasal Estima SEPET yang aku gunakan sekarang. Aku memang dah study habis se…

Aku dan Suka-Duka 2018

Pejam celik 2018 sudah sampai dipenghujungnya.
Cepat betul masa berlalu.
Hari-hari keluar masuk klinik,
masuk pagi dan keluar dah pun malam.
Tanpa sedar seminggu dah berlalu.
Lepas tu sebulan berlalu.
Dan sekarang setahun sudah hampir berlalu.

2018 tetap tidak menghampakan.
Banyak peristiwa suka-duka aku lalui.
Paling menarik di tahun ini tentunya perubahan politik negara.
Selepas 60 tahun memerintah,
akhirnya UMNO dan BN berjaya dikalahkan.
Walaupun pelbagai cara dilakukan untuk mengekalkan kuasa,
kuasa rakyat lebih kuat daripada kuasa parti pemerintah.
Baca cerita politik aku di sini.

Cerita politik memang tak pernah habis.
Setiap hari mesti ada benda baru yang nak diviralkan.
Daripada benda-benda besar hinggalah benda-benda remeh.
Daripada isu-isu 1MDB hinggalah isu kasut hitam untuk pelajar sekolah.
Dan yang paling terbaru,
isu rusuhan di kuil seterusnya isu ICERD.
Aku sekadar membaca sahaja isu-isu tersebut.
Aku malas nak mengulas.
Sebab bila aku mengulas ramai yang akan sentap.

Aku dan Honda Odyssey Siri 4

Semenjak Estimaku sakit, aku mula buat kajian mendalam mengenai Odyssey. Bukannya nak tukar daripada Estima ke Odyssey tetapi jika Estimaku makin tenat, aku terpaksa jugalah membuat pilihan. Jadi, pengalaman mencari dan membeli kereta recond 4 tahun yang lalu mengajarku bahawa aku perlu bersedia sebelum keluar dan berjumpa dengan salesman2 kereta yang kadang2 terlebih pandai. Sebelum aku terkena, baik aku bersedia untuk mengenakan mereka. Kalau aku rasa macam tak betul aje, aku boleh mengesan awal dan berpindah ke kedai lain.

Berikut adalah hasil kajian aku sepanjang seminggu ini:
Generasi pertama Odyssey menggunakan kod RA1-RA5 adalah keluaran antara tahun 1995 hingga 1999. RA1 dan RA3 untuk pemanduan 2WD manakala 2 dan 4 untuk pemanduan 4WD. RA5 adalah untuk enjin 3.0L manakala yg lain guna enjin 2.4L sahaja.Generasi kedua Odyssey menggunakan kod RA6-RA9 adalah untuk keluaran selepas 1999- 2003. Kod membezakan kapasiti enjin dan jenis pemanduan sama seperti kereta2 generasi pertama.…