Langkau ke kandungan utama

Aku dan Perjalanan Umrahku: Hari Kedua

Pagi hari kedua di Madinah.
Pukul 4 pagi aku otomatik terbangun daripada tidur.
Terus ambil air sembahyang dan menuju ke masjid.
Memang hairan,
sebab tiada siapa menyuruh.
Dan tiada siapa yang menghalang.
Tiada gangguan difikiran yang mengajak untuk sambung tidur seperti selalu.


Lepas sembahyang aku balik ke hotel untuk bersarapan.
Berebut-rebut dengan jemaah Indonesia memang tak boleh menang.
Dan tengok cara mereka ambil makanan pun aku tak berani nak kata apa.
Mereka ambil makanan banyak.
Tetapi semuanya habis dimakan.
Tak seperti orang kita yang suka membazirkan makanan.
Aku sebenarnya jarang ambil roti kalau bersarapan dihotel.
Tetapi roti-roti di sini memang sedap.
Gebu, lembut dan sangat berlemak.
Tak seperti di Malaysia,
rotinya roti recycle yang keras seperti batu.
Hari ini ustaz mengajak kami untuk ziarah luaran.
Pukul 8:30 pagi bas dah menunggu.
Mula-mula kami dibawa ke Masjid Quba.


Ikut cerita ustaz,
Masjid Quba merupakan masjid pertama yang dibina didalam Islam.
Ia dibina oleh Rasullulah SAW sebaik-baik sahaja beliau tiba di Mekah.
Rasullah SAW ada bersabda:
" Sesiapa yang berwuduk dirumahnya,
kemudian pergi bersolat di Masjid Quba,
dia akan mendapat pahala satu umrah."
Patutlah ustaz ada pesan suruh ambil air sembahyang sebelum naik bas tadi.


Keadaan diluar masjid sangat meriah.
Bas-bas persiaran berderet berhenti ditepi jalan.
Dan paling menarik ialah gelagat penjual-penjual jalanan.
Mereka menolak troli kehulu kehilir sambil memanggil pelanggan.
5 Riyal, 10 Riyal, 15 Riyal.
Macam-macam ada.
Kurma, kacang, manisan, cenderahati.
Tiba-tiba nampak mereka berkeliaran lari lintang-pukang.
Rupa-rupanya mereka berniaga secara haram.
Tetapi dah namanya berniaga.
Demi sesuap nasi mereka sanggup lakukan apa sahaja.
Didalam masjid pun meriah juga.
Masing-masing sembahyang Tahiyatul masjid dan Sunat Dhuha.
Dah dapat pahala satu umrah.
Senangnya nak mendapat pahala di sini.


Lepas tu kami dibawa ke ladang kurma.
Padaku lebih kepada pasar kurma.
Sebab tak nampak pun kebunnya.


Ini pintu masuknya.
Kecil sahaja.
Signboard pun takda.
Tetapi didalamnya memang meriah.


Halal! Halal! Halal!
Maksudnya boleh makan sebanyak mana nak makan.
Yang mahal, yang murah.
Makan sahaja.
Tak beli pun takpa.
Tetapi ustaz dah berpesan,
kalau nak beli kurma belilah di Madinah.
Di Mekah harganya lebih mahal dan kualitinya pun kurang.
Ramai penjualnya warga Indonesia.
Yang Arab pun memang pandai cakap melayu.
Jemaah yang datang dan suka membeli,
sememangnya orang kita juga jemaah Indonesia.
Jemaah negara-negara lain hanya suka ziarah dan kurang membeli-belah.


Seterusnya kami dibawa ke Bukit Uhud.
Tempat berlakunya peperangan yang dahsyat dengan orang-orang musyrikin Mekah.
Dalam peperangan ini,
orang Islam hampir tewas dan ramai yang terkorban termasuk bapa saudara Rasullulah SAW, Sayidina Hamzah.
Mengingkari arahan ketua dan kurangnya disiplin adalah antara punca kekalahan orang Islam.
Inilah pengajaran paling besar yang patut dipelajari kita semua.


Inilah gambaran daripada puncak bukit pemanah.
Yang tinggal hanyalah pasir dan batu-batu keras.
Ramai yang menulis nama mereka diatas batuan.
Apa tujuannya aku pun tak tahu.
Sebab rasanya inilah kali pertama dan terakhir aku datang ke sini.
Tulis nama pun takda siapa nak kisah.


Dalam perjalanan pulang,
ustaz membawa kami lalu diMasjid Dua Kiblat dan Masjid Tujuh.
Masjid Dua Kiblat merupakan tempat wajib datang bagi jemaah daripada Pakistan.
Ikut sejarahnya,
Nabi Muhammad SAW berdoa selama 17 bulan memohon agar kiblat masjid ini ditukarkan.
Ini kerana ejekan orang Yahudi yang menyamakan kiblat orang Islam sama dengan kiblat mereka.
17 bulan Nabi Muhammmad SAW berdoa barulah doanya dimakbulkan.
Kita berdoa satu hari pun dah give up?
Satu lagi masjid yang kami lalu ialah Masjid Tujuh,
tempat berlakunya peperangan Khandak.
Tempat ini popular dengan jemaah daripada Turki.
Aku tak tahu kenapa.


Tengahari selepas Zohor,
aku berjalan-jalan mencari tempat-tempat makan sekitar hotel.
Sebab wife, emak dan anak perempuan aku tak sempat nak makan tengahari.
Ustazah ajak jemaah perempuan untuk melawat Raudhah selepas sembahyang.
Banyak juga restoran makanan segera ada disekitar hotel.
KFC, Carl's Jr ada di sini.
Harganya lebih mahal tetapi portionnya lebih besar.
Air Pepsi adalah pilihan wajib.
Tiada air lain.
Kebab, Syawarma, Nasi Briyani adalah pilihan utama di sini.
Cuma rasa masakannya agak tawar dan tiada yang pedas.
Sos yang ada hanya sos tomato sahaja.
Jangan harap nak jumpa sos cili ataupun kicap di sini.

Selepas Asar aku baru aku berjumpa dengan wife.
Bercerita bagaimana sukarnya jemaah wanita nak memasuki Raudhah.
Tak seperti jemaah lelaki,
waktu lawatan ke Raudhah adalah terhad untuk jemaah wanita.
Tolak-menolak, himpit-menghimpit adalah biasa.

Selepas Isyak,
ustaz membawa kami menaiki teksi mencari Nasi Arab Madinah.
Ini tak termasuk dalam pakej rasmi,
jadi kenalah keluar duit sendiri untuk bayar tambang teksi juga makanan.
Lokasinya aku tak pasti.
Tetapi aku agak terkejut dengan suasana didalam restorannya.


Restorannya terletak ditingkat atas bangunan.
Tiada kerusi atau meja disediakan.
Hanya bilik-bilik dan hamparan karpet sahaja.
Sebelum makanan sampai,
kami diberi plastik jernih untuk alas makanan,
dan makanan datang didalam dulang aluminium.
di dalam dulang ada nasi, ayam/kambing/unta dan juga sedikit mee.
Sos dihantar dalam bekas berasingan,
manakala cili hijau sebagai sampingan pilihan.
Nasinya lembut dan penuh dengan perisa.
Begitu juga dengan ayam dan daging untanya.
Cili hijau tu 5X lebih pedas berbanding cili diMalaysia,
kepedasan semacam meletup didalam mulut bila digigit.
Tiada kuah sup disediakan.
Air pun hanya air mineral sahaja.
Kami membayar RS30 seorang untuk tambang dan makanan.
Padaku inilah Nasi Arab tersedap pernah aku makan selama ini.
Tetapi anak-anakku masih berkata,
Nasi Arab mama buat lagi sedap.
Wallahualam.

Pukul 10 malam kami balik ke bilik untuk berehat.
Tidur adalah sangat mudah disini.
Pantang baring terus sahaja terlelap.
Mimpi pun takda.
Kat sini tiada langsung terfikir nak tengok tv,
nak baca suratkhabar,
hanya sesekali update Instagram aku.
Selebihnya memang nak ke Masjid Nabawi sahaja.
Tempat paling aman dan tenang didunia.

Bersambung. 

Ulasan

THE MOST POPULAR POSTS

Aku dan Tinted Kereta

Hari ini klinik sunyi sikit. Jadi banyak benda2 lain aku boleh buat. Antaranya survey market untuk pasang tinted kat cermin kereta aku. Menurut Akta JPJ: Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) untuk Kaedah2 Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin2 depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. Tapi kat kedai, mana ada ikut undang2. Semuanya JPJ Compliance (kononnya). Tapi janji kau nak pasang, mereka pasang. Risiko tanggung sendirilah.

Film tinted ialah filem plastik jernih ataupun laminate metallic yang dipasang pada cermin2 kereta bertujuan untuk mengurangkan panas bahang cuaca khatulistiwa, mendapatkan suasana lebih privasi dan juga untuk lebih cantik dipandang.

Kalau kita ke kedai2 aksesori kereta, macam2 jenis tinted ada. Macam2 brand ada. Biasanya mereka kata mereka punya lebih bagus dan lebih murah banding tempat lain. Kalau nak yang murah memang ada, teta…

Aku dan Toyota Vellfireku

Bro, cuba tulis tentang Vellfire/Alphard pula...
dulu dah tulis tentang Estima...
Especially tentang button2 dan radio/camera berbahasa Jepun...
tentang risiko buying Jap recond ni...
TQ

Ada orang suka kereta tempatan.
Ada orang suka kereta Eropah.
Tapi aku suka kereta buatan Jepun.
Honda CRV aku pernah pakai.
Tetapi Toyota Estima adalah yang terbaik
sepanjang 15 tahun aku memandu di jalan raya.

Bila aku terpaksa menggantikan Estima aku,
aku hanya ada dua pilihan.
Downgrade ke Honda Odyssey
atau upgrade ke Toyota Alphard/Vellfire.
Selepas 12 bulan membuat penyelidikan,
juga mengumpul wang pendahuluan,
Vellfire adalah pilihan paling tepat.


Vellfire dan Alphard adalah adik-beradik.
Enjinnya enjin yang sama.
Ruang kokpit pun lebih kurang sama.
Cuma ada modifikasi luaran yang nyata.
Iaitu lampu depan dan lampu belakang bertingkat.
Juga grill depan yang menjadikannya kelihatan lebih ganas.

Aku suka kereta buatan Jepun.
Ianya sangat reliable.
Kos penyelenggaraannya lebih kurang sama dengan kere…

Aku dan Toyota Estima

Toyota Estima dikenali sebagai Toyota Previa di US dan Toyota Tarago di Australia. Ia adalah kereta jenis MPV dan mula dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 1990 lagi. Estima di atas adalah kereta Estima generasi pertama yang dikeluarkan antara tahun 1990-2000. Di sini, ia dikenali sebagai BEAN. Ini dikira kereta klasik jugaklah.

Ini adalah Estima generasi kedua yang dikenali sebagai SEPET. Aku cukup berkenan dengan bentuk lampu depannya. Ia dikeluarkan antara tahun 2001-2005. Kereta2 ini banyak betul dibawa masuk ke Malaysia dan jangan harap dapat yang baru. Semuanya recondition daripada Jepun.

Estima generasi ketiga ini pula dikenali sebagai NINJA dan mula dibawa masuk ke Malaysia sekitar tahun 2007. Estima jenis ini terlebih advanced termasuk boleh parking sendiri secara automatik. Aku kurang berkenan dengan lampu depan dan belakangnya. Tapi interiornya memang superb.
Aku nak cerita sedikit pasal Estima SEPET yang aku gunakan sekarang. Aku memang dah study habis se…

Aku dan Doktor Lokum

Locum doctor bermaksud doktor sambilan atau part time. Locum tu istilah luar negara yang telah selalu diguna pakai disini. Masa aku kerja di kerajaan dulu, aku kena selalu buat locum untuk menampung kehidupan yang selalu kesempitan. Nak harap gaji kerja kerajaan mana cukup masa itu. Sebenarnya kalau aku sebagai kakitangan kerajaan, aku tak boleh buat kerja2 sambilan seperti itu tetapi disebabkan ramai yang buat, kerajaan buat2 tak tahu sahaja. Selagi ianya tidak menjejaskan kerja2 di hospital, pengarah hospital buat2 tak nampak aje.

Selain faktor kewangan, aku buat locum untuk mencari pengalaman baru. Satu hari bila aku dah bersedia untuk bukak klinik sendiri, taklah panik atau pening bila nak manage klinik sendiri. Aku memang dah target tak nak sambung belajar. Cukup masa aku nak bukak klinik sendiri. Jadi sepanjang bekerja di hospital, aku memang sentiasa membuat persediaan dan perancangan ke arah itu.

Masa aku jadi houseman di Muar, ramai member2 sebaya yang giler buat locum. Pant…

Aku dan Cikgu Arbainah

Masa aku sekolah ugama di kampung dulu, aku ada kenal dengan satu ustazah ni. Dia ni memang garang. Semua murid takut padanya. Malah gurubesar pun takut dengannya. Walaupun ustazah, perangai dia memang brutal. Sapa2 yang dia rasa nakal, jahat, malas buat kerja, belajar main2, memang nak kena dengan dia. Kena tengking, kena jerit, kena carut, kena cubit, dah jadi rutin kehidupan. Satu hari kalau dia takda kat sekolah, memang terasa sunyi sepi sepanjang hari. Sehari kalau tak dengar suara dia jerit2 mengajar dan marahkan anak murid memang tak sah.

Pada aku dia tak garang. Cuma bersemangat sikit bila nak mendisiplinkan murid2nya. Aku pernah kena hukum dengan dia sekali. Itulah sekali. Lepas tu taubat tak buat lagi. Masa tu aku baru darjah 3. Dulu sekolah ugama start pukul 3.30 petang. Biasanya kami datang awal. Kadang2 sebelum pukul 3 dah sampai. Kat rumah bukan buat apa pun. Jadi datang awal bolehlah main2 dulu sementara tunggu loceng. Satu hari tu, aku pergi main belon acah kat sebel…