Aku dan Perjalanan Umrahku: Hari Kelima

Pukul 2 pagi siap umrah,
pukul 4:30 pagi dah bangun semula untuk ke masjid.
Tak sabar rasanya nak sembahyang di depan kaabah.
Masjidil Haram adalah saaangat luas.
Ada banyak tempat sembahyang boleh dipilih.
Nak sembahyang didataran depan kaabah pun boleh.
Tapi kenalah pakai ihram dan datang awal.
Aku biasanya sembahyang di tingkat satu.
Ada bumbung dan ada kipas.
Nak balik pun senang.
Sembahyang waktu disini adalah simple sahaja.
Lepas azan kena tunggu agak lama untuk qamat.
Waktu tengahari imam biasanya baca surah-surah pendek.
Terutama kalau suhu panas.
Tapi kalau malam surah dibaca agak panjang.
Sedap bacaannya.
Lepas sembahyang tiada wirid.
Imam terus bangun untuk melakukan sembahyang jenazah.
Sembahyang jenazah dilakukan setiap kali lepas sembahyang waktu.
Pahalanya ibarat segunung emas.
Itu kata ustaz.
Jadi belajar-belajarlah cara-cara sembahyang jenazah sebelum ke sana.
Lagi satu jangan terkejut sebab imam tak baca doa qunut pada waktu subuh.


Selepas subuh aku kembali ke hotel untuk bersarapan.
Ada Nasi Lemak Rendang Daging paling sedap pernah aku rasa.
Maklumlah dah lima hari asyik makan makanan arab sahaja,
bila jumpa nasi lemak,
Pergh! Nikmat yang tidak terkata.
Lepas kenyang makan nasi lemak dua pinggan,
aku balik bilik dan tidur sampai tengah hari.
Kekejangan kaki selepas umrah semalam perlu diubati.
Jadi satu lagi jangan lupa,
bawalah minyak angin, ubat sakit urat juga krim untuk tapak kaki bila ke mari.


Ini pemandangan daripada bilikku yang berada ditingkat 2.
Tapi kalau ikut aras bangunan,
bilik aku berada di tingkat 6.
Setiap pagi dan petang akan ada orang turun/naik melalui lereng itu.
Kebanyakannya peniaga warga Afrika yang berjualan sewaktu jemaah pulang daripada masjid.
Cara jualannya senang sahaja.
Bentang kain dan letak barang jualan diatas jalan.
Berkerumum jemaah membelinya sebab harga ditawarkan sangat murah.
Seluar panjang yang aku pakai dan beli di Angsana berharga RM35,
di sini boleh dibeli pada harga RS 5-10 sahaja.
Itu yang wife asyik nak membeli sahaja.
Beli dahulu,
lepas tu baru fikir siapa yang nak memakainya.
Peniaga-peniaga ni sebenarnya berniaga secara haram.
Berniaga pun kelam-kabut sahaja.
Sebab tu harganya murah.
Aku pernah tengok mereka kena hambat dengan penyapu oleh polis Arab.
Bertempiaran lari ke tengah jalan.


Selepas Zohor,
aku cuba pergi ke dataran.
Walaupun agak panas,
namun lantai mosaic nya terasa sangat dingin.
Kalau di Madinah,
lantainya berkarpet merah.
Di sini kebanyakkan lantainya hanyalah mozek putih.
Ada kawasan basement yang berkarpet hijau dan beraircond,
namun aku jarang dapat ke sana.
Mozeknya semua menuju ke arah kiblat.
Mula-mula aku bentang sejadah.
Tapi lama-lama lagi sedap sembahyang atas lantai mozek.
Lebih sejuk terutama waktu sujud.
Sebenarnya proses pembesaran kawasan masjid sedang giat dijalankan.
Ada juga projek besar untuk menyalurkan air zam zam daripada dua telaga yang baru ditemui didataran.
Maka kawasan dataran untuk tawaf mnjadi semakin kecil dan terhad untuk yang memakai kain ihram sahaja.


Disekeliling Masjidil Haram pun ada banyak bangunan tinggi-tinggi.
Yang dah siap juga yang belum siap.
Paling tinggi tentunya menara yang ada jam tu.
Zam Zam Tower.
Didalamnya ada kompleks membeli-belah moden yang menjual pelbagai jenis barangan.
Jangan hairan,
jemaah pakai kain pelikat dan berkopiah mundar-mandir didalamnya.
Yang memakai telekung pun ramai.
Malah yang memakai kain ihram pun beratur didepan McD.


Lihat gambar ini.
Alhamdulilah.
Perniagaan ayahku dah makin maju.
Restoran Al Dahan dah ada cawangannya didalam Zam Zam Tower.


Selepas sembahyang Isyak,
aku mengikut ustaz mencuba Nasi Arab Mekah pulak.
Restorannya lagi luas berbanding yang aku pergi di Madinah.
Ada kawasan terbuka dengan hamparan karpet sahaja.
Tetapi kami masuk ke kawasan yang beraircond.
Kawasan terbuka juga.
Cara makannya pun sama sahaja.
Nasi di Madinah lebih sedap pada tekakku.
Begitu juga dengan sosnya.
Tetapi kambing bakarnya memang sedap.
Tak rugi datang jauh-jauh.


Bersambung.



Ulasan

  1. Wah... ada restoran di Mekah ya...bolehlah pergi nanti (^_^)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan Tinted Kereta

Aku dan Toyota Vellfireku

Aku dan Toyota Estima