Aku dan Perjalanan Umrahku: Hari Ketiga

Hari Ketiga di Madinah.
Pukul 3 pagi aku dah bangun.
Aku nak mencuba memasuki Raudhah.
Mendengar cerita wife semalam,
aku pun teruja nak merasa suasana didalamnya.
Ustaz apa pesan,
waktu paling sesuai untuk ke Raudhah adalah sekitar jam dua pagi.
Tetapi ustaz menyambung,
kalau semua orang berfikiran begitu agak-agak lengang tak masa tu?
Keistimewaan jemaah lelaki ialah,
kami boleh masuk ke Raudhah pada bila-bila masa.
24 jam.
Langsung tiada halangan masa.
Jadi aku ikutkan gerak hatiku sahaja.
Kalau ada rezeki dapatlah aku masuk ke Raudhah pagi ini.


Al-Raudhah adalah satu kawasan di dalam Masjid Nabawi
iaitu ruang yang terdapat di antara rumah kediaman Siti Aishah dengan mimbar Rasullulah SAW.
Luarannya ditanda dengan kawasan berkubah hijau,
manakala didalamnya ditanda dengan kawasan berkarpet hijau.
Kawasannya agak sempit.
Jadi berebut-rebutlah jemaah ingin memasukinya.
Ini kerana menurut para ulama,
Raudhah adalah taman syurga,
juga tempat kedua paling mustajab untuk memohon doa kepada Ilahi.
Disebelahnya adalah makam Rasulullah SAW, Sayidina Abu Bakar RA dan Sayidina Umar RA.


Pukul 3:30 pagi aku berjalan seorang diri menuju pintu No Satu,
pintu yang paling hampir dengan Raudhah,
juga satu-satunya pintu masjid yang dibuka waktu ini.
Perjalanan daripada hotel menuju ke pintu ini adalah sejauh 1km.
tetapi aku tak terasa jauhnya.
Jemaah memang sentiasa ramai,
tetapi insyaAllah akan dipermudahkan.
Dipendekkan cerita,
pukul 4:30 pagi aku dah keluar melalui pintu ini.
Aku dah melalui Al-Raudhah,
aku dah berdoa macam-macam,
dan aku juga dah memberi salam didepan makam Rasululah SAW.


Perasaanku?
Tak boleh digambarkan.
Setiap kali aku ingin bercerita mengenainya,
air mataku akan mula bergenang.
Satu yang pasti,
aku batuk sangat panjang selepas itu.
Banyak kahak/hingus yang berjaya aku keluarkan.
Selepas itu kepalaku jadi ringan.
Batukku terus hilang.
Begitu juga dengan selsemaku yang kuhidap semenjak 3 minggu sebelum aku berangkat ke Madinah.
Kuasa Allah memang tak boleh lawan dengan pelbagai ubat yang aku makan.


Waktu sarapan aku makan agak luar biasa.
Segala jenis makanan aku bedal.
Kepuasan memasuki Raudhah perlukan hadiah.
Inilah hadiah yang aku berikan kepada tubuh badanku.
Hilang rasa penat dihimpit, ditolak dan berasak-asak pagi tadi.


Selepas sarapan,
wife ajak window shopping sekitar hotel.
Seperti biasa,
semua kedai aku kena masuk.
Dan setiap kali lalu depan kedai,
pasti aku akan disapa oleh tuan kedai.
Salam, tarik tangan, peluk bahu,
diajaknya aku masuk ke kedai mereka.
Tuan kedai disini memang agresif.
Mereka pandai berbahasa Melayu.
Dan mereka tahu orang Malaysia suka membeli-belah.
Barang-barang yang dijual boleh ditawar sampai separuh harga.
Dan harga setiap kedai adalah berbeza-beza.
Jadi kat sini,
hati kena keras.
Jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu mereka.

Pukul 11:00 pagi aku dah pergi ke masjid untuk solat Jumaat.
Anak-anakku dah pergi lebih awal sebab mereka nak ke Raudhah juga.
Jemaah memang lebih ramai pada hari Jumaat.
Pak Arab luar Madinah semua datang untuk bersembahyang di sini.
Siapa yang tak nak,
pahala digandakan 1000x jika bersembahyang di sini?
Aku dapat bersembahyang Jumaat dibumbung masjid.
Kebetulan masa masuk masjid,
aku nampak signboard menyatakan kawasan bumbung dibuka.
Apa lagi,
aku naik tangga 3 tingkat untuk ke bumbung masjid.
Sembahyang Jumaat di sini sangat simple.
Lepas azan dua kali,
terus khutbah.
Khutbah pun pendek sahaja.


Lepas Jumaat,
aku terus kembali ke hotel.
Anakku riuh bercerita tentang kejayaannya sembahyang Jumaat didalam Raudhah.
Makan pun sampai tak lalu.


Lepas Asar aku kembali semula ke kedai Telco.
nak kena beli top up sebab data dah habis.
Anak-anak pun curi guna hotspot,
mana tak cepat habis?
Internet agak mahal disini.
Yang free tak banyak.
Yang kat hotel pun lembab.
1GB berharga RS30 manakala 2GB berharga RS50.
Tetapi line nya pantas.
Memang puashati dengan harganya.

Lepas Maghrib dan sementara menunggu Isyak,
anak-anak ajak window shopping kat shopping complex belakang Hotel Oberoi.
Tak sangka sebelah kanan masjid ada shopping complex besar di situ.
Kedai-kedai berjenama,
H&M, Adidas, Starbuck pun ada.

Pukul 10 malam,
aku dah balik hotel untuk tidur.

Bersambung.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan Tinted Kereta

Aku dan Toyota Vellfireku

Aku dan Cikgu Arbainah