Aku dan Perjalanan Umrahku: Hari Pertama

Group umrah yang aku sertai mengandungi 46 orang jemaah,
diketuai oleh ustaz Ismail sambil dibantu oleh 3 orang mutawif pelatih.
Group kami terdiri daripada pelbagai golongan dan peringkat umur.
Paling muda berumur 2 tahun lebih ( anak ustaz sendiri )
dan paling tua berumur 81 tahun.
Namun kami dapat saling membantu dan saling menghormati antara satu sama lain.
Majoriti datang daripada Johor,
hanya sebahagian kecil datang daripada Selangor.


Kami tiba di hotel kira-kira jam 11.30 pagi.
Selepas meletakkan beg di lobi hotel,
ustaz membawa kami ke Masjid Nabawi yang terletak kira-kira 100 meter sahaja daripada hotel.
Walaupun waktu zohor kira-kira sejam lagi,
masjid dah dipenuhi dengan jemaah.
Pertama sekali yang dipandang tentunya payung masjid yang kelihatan seperti rama-rama.
Sebelum ini hanya nampak dalam gambar sahaja,
kini semuanya ada didepan mata.
Inilah rumah keduaku sepanjang 4 hari berikutnya.


Pertama kali masuk ke masjid,
aku letak selipar di rak dipintu masuk.
Dan aku masuk ke masjid terus nenuju ke tempat yang paling depan.
Selagi aku nampak ada ruang kosong,
aku semakin ke depan.
Selepas dua hari,
baru aku perasaan,
aku dah menghampiri kawasan raudhah rupanya.
Dua perkara yang aku kesalkan masa itu,
satu aku tak mencuba untuk terus ke raudhah.
Dan kedua,
aku kena berpusing sangat jauh untuk mencari seliparku semula.
Kerana selepas sembahyang,
jalan-jalan yang aku lalui sebelum ini telah ditutup kerana sudah penuh dengan jemaah.
Semenjak hari itu,
aku bawa uncang untuk masukkan selipar.
Jadi selipar aku bawa kemana sahaja.
Jadi kalau nak balik tak kisah ikut pintu mana sekalipun.



Aku tak nak cerita perasaanku pertama sekali bersembahyang di dalam Masjid Nabawi.
Itu korang kena rasa sendiri.
Pahalanya 1000x berbanding sembahyang ditempat lain.
Selepas sembahyang aku kembali ke hotel.
Ada makan tengahari secara bufet.
Makan sebanyak yang mungkin,
cuma selera Pak Arab tak sama dengan selera orang Johor.
Tiada yang pedas.
Dan sepanjang 4 hari di Madinah,
lauknya hampir sama sahaja.


Hotel yang aku duduki namanya Al Nokhba Royal Inn.
Hotel 5 bintang katanya.
Terletak 100 meter sahaja dengan masjid Nabawi.
Khabarnya kalau musim haji,
harga biliknya mencecah ribuan ringgit.
Aku takda nak komplen apa pasal hotel ini.
Yang penting ianya hampir dengan masjid.
Itu sahaja.


Selepas berehat-rehat dibilik selepas zohor hingga selepas asar,
aku kembali lagi ke masjid untuk sembahyang Maghrib dan Isyak.
Sementara menunggu waktu Isyak,
aku melepak kat luar masjid sambil memerhati sekeliling.
Aku dihampiri oleh 3 orang pelajar daripada Pakistan.
Walalupun bahasa Inggeris mereka broken-broken,
kami masih boleh lagi bersembang.
Di sini memang tiada rasa risau atau resah gelisah.
Fikiran kita tenang dan aman.
Langsung tiada apa yang mengganggu fikiran.


Lepas makan malam,
ustaz bawa kami untuk ziarah Wada',
melawat kawasan sekitar masjid Nabawi.
Masa ceramah di JB tempohari ustaz ada cerita pasal persekitaran masjid,
tetapi kali ini semuanya semakin jelas dan terang.
Mana hotel paling mahal,
mana hotel jemaah Malaysia masa musim haji,
mana kawasan perkuburan Baqi,
mana kawasan Raudah,
dan macam-macam lagi.



Kawasan Masjid Nabawi sememangnya tak pernah sepi.
Setiap waktu masti ada jemaah di sini.
Macam-macam boleh dibuat disini.
Nak tidur sampai ke pagi pun tiada siapa nak menghalang.


Dalam perjalanan pulang ke hotel,
ustaz sempat tunjuk lokasi-lokasi kegemaran kaum wanita.
Sememangnya ada dua tujuan jemaah datang ke Madinah.
Satu untuk beribadat.
Dan kedua untuk membeli-belah.
Tapi ustaz pesan,
jeling-jeling sahaja.


Lupa nak beritahu,
sebelum kembali ke hotel tengahari tadi,
aku pergi membeli simcard untuk telefon masing-masing.
Abang aku ada berpesan,
jangan sesekali membeli simcard dimeja-meja kecil sekitar hotel.
Selalunya apa yang kita dapat tak sama dengan apa yang kita bayar.
Jemaah group aku dah terkena.
Katanya dalam simcard ada kredit 30 RS.
Bila dah beli cuma ada 5 RS sahaja.
Jadi aku direct ke kedai telco disebelah hotel.
Simcard berharga 55 RS,
dapat 2GB 4G internet.
Boleh guna sehingga 30 hari.
Senyum lebar anak-anak bila dah boleh berhubung.


Pukul 10 malam aku dah tidur.
Pukul 3.30 pagi dah terbangun.
Lepas tu dah tak rasa mengantuk.
Terus ambil wuduk dan ke masjid tanpa dipaksa.
Hairan kan?

Bersambung.

Ulasan

  1. Rindunya hendak ke sana lagi. Mudah-mudahan masih ada rezeki...

    BalasPadam
  2. Rindu sangat.terima kasih doktor teruskan kongsi cerita beserta gambarsaya jugak dah ikut ig doktor untuk lihat lebih banyak gambar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.
      Saya doakan Acik Erna pun dapat ke sana juga.

      Padam
    2. Aamiin...semoga makbul doa doktor terima kasih

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan Tinted Kereta

Aku dan Toyota Vellfireku

Aku dan Toyota Estima