Langkau ke kandungan utama

Aku dan Perjalanan Umrahku: Hari Pemergian

Hari Selasa 13 Februari 2018.
hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.
Pagi itu aku masih merawat pesakit diklinik.
Alhamdulilah,
semakin hampir dengan hari keberangkatan,
semakin ramai pula pesakitku.
Malangnya bila aku terlalu sibuk dengan pesakit,
aku pun jatuh sakit.
Batuk dan selesema aku datang kembali.
Sepanjang perjalanan ke Madinah,
aku memang tak berhenti batuk dan selsema.
Aku redha.
Walaupun macam-macam ubat aku makan,
ubat itu tidak boleh menyembuhkan.
Akan aku ceritakan nanti keajaiban yang berlaku semasa di Madinah.


Pukul 5:30 petang,
aku dan keluarga pergi menunggu bas di Hentian Sebelah Kulai.
Aku dihantar oleh abang-abang iparku.
Manakala ibuku dihantar oleh adik-adikku.
Emak dan bapa mertuaku pun turut sama menghantarku.
Untuk perjalanan umrah sulungku,
aku mengikuti group Al Zahabi Travel yang berpejabat di Larkin.
Ustaz Ismail yang menjadi ketua rombonganku,
berkolaborasi dengan syarikat ini.
Pengangkutan ke KLIA disediakan dan termasuk dalam pakej.
Aku juga diberikan 3 beg setiap seorang;
beg bagasi maksimum 30kg, beg tarik 7kg dan juga beg sandang.
Beg-beg ini punya warna seragam dan mudah untuk dikenali.
Namun wife tambah reben untuk lebih mudah dikenalpasti.

Pukul 6:30 petang,
bas baru kelihatan.
Jalan keluar bandaraya JB agak sesak sebab hari bekerja.
Cuti hari raya Cina pun sudah hampir,
jadi kenderaan memang agak banyak.
Perjalanan ke KLIA2 agak perlahan.
Jem teruk di Exit Simpang Renggam sebab ada bas kilang terbabas.
Peliknya bas tersebut terletak diarah bertentangan.
Biasalah.
Rakyat Malaysia ni terlebih prihatin.


Sebenarnya aku nak pergi diam-diam sahaja.
Tetapi bila ada staf klinik yang mula menyampaikan cerita kepada pesakit,
ramailah yang Whatsapp.
Yang mendoakan memang ramai.
Yang bising-bising sebab tak diberitahu pun ramai.
Jadi aku ambil keputusan,
aku akan sentiasa update Instagram aku.
Bukan untuk menunjuk-nunjuk,
tetapi untuk berkongsi cerita suka-duka sepanjang aku di sana.
Boleh follow IG aku: zouldahan71
Ada beratus gambar semasa aku di sana.


Lebih kurang jam 12 tengahmalam,
aku selamat tiba di KLIA2.
Pukul 1 pagi,
aku check in bagasi dengan bantuan staf agensi umrah aku.
Semuanya mudah.
Tinggal ikut arahan dan selebihnya kenalah berjalan kaki.
Sepanjang aku di Mekah dan Madinah,
aku berjalan sekurang-kurangnya 10km sehari.
Maksimum aku pernah berjalan adalah sejauh 16 km.
Perkara yang tak pernah aku buat kalau di sini.
Sesungguhnya umrah bukan sahaja memerlukan kekuatan mental,
ia juga memerlukan kekuatan fizikal terutamanya kedua belah untuk berjalan.
Jadi siapkanlah ubat urat, krim panas juga ubat penahan sakit sebelum ke sana.


Pukul 3:30 pagi,
aku melepasi pemeriksaan imigresen yang kedua.
Pukul 4: 15 pagi,
aku dibenarkan untuk menaiki pesawat.
Air Asia X Airbus.
Walaupun terpaksa duduk ditengah-tengah pesawat,
aku rasa selesa.
Ruang kaki agak luas.
Paling luas pernah aku rasa berbanding menaiki pesawat-pesawat Air Asia X sebelum ini.
Cuma batuk dan selesema aku cukup merimaskan.

Pukul 5:10 pagi,
kapalterbang berlepas ke Madinah mengikut jadual.
Perjalanan sejauh 7000km yang memakan masa lebih 8 jam,
merupakan perjalanan paling panjang pernah aku lalui.
Tidur, bangun, tidur, bangun, makan Nasi Lemak Pak Naseer,
main game, tengok Netflix,
tidur, bangun, tidur, bangun, pergi tandas,
makan Satay,
tidur lagi,
pun tak sampai-sampai lagi.


Pukul 9:30 pagi hari Rabu,
aku selamat mendarat di Lapangan Terbang Madinah.
Airportnya agak baru, cantik dan sistematik.
Aku anggarkan akan berdiri lama untuk melepasi kaunter imigresen.
Sebab ustaz ada pesan 1-2 jam itu biasa,
2-3 jam pun biasa.
4-5 jam pun biasa berlaku.
Tapi rezeki kami memang sangat bertuah.
Semasa aku tiba,
tiada penerbangan lain yang turun serentak.
Jadi kaunter imigresen kosong.
Tak lebih satu jam aku dah melepasi pemeriksaan imigresen.
Pukul 11:30 pagi aku dah berada didalam bas yang telah sedia menunggu.
Menurut ustaz,
kedatangan kami adalah tercepat daripada jadual,
jadi bilik hotel belum siap lagi.
Maka ustaz kata akan terus bawa kami ke masjid untuk sembahyang Zohor dahulu.

Bersambung.


Ulasan

THE MOST POPULAR POSTS

Aku dan Tinted Kereta

Hari ini klinik sunyi sikit. Jadi banyak benda2 lain aku boleh buat. Antaranya survey market untuk pasang tinted kat cermin kereta aku. Menurut Akta JPJ: Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) untuk Kaedah2 Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin2 depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. Tapi kat kedai, mana ada ikut undang2. Semuanya JPJ Compliance (kononnya). Tapi janji kau nak pasang, mereka pasang. Risiko tanggung sendirilah.

Film tinted ialah filem plastik jernih ataupun laminate metallic yang dipasang pada cermin2 kereta bertujuan untuk mengurangkan panas bahang cuaca khatulistiwa, mendapatkan suasana lebih privasi dan juga untuk lebih cantik dipandang.

Kalau kita ke kedai2 aksesori kereta, macam2 jenis tinted ada. Macam2 brand ada. Biasanya mereka kata mereka punya lebih bagus dan lebih murah banding tempat lain. Kalau nak yang murah memang ada, teta…

Aku dan Toyota Vellfireku

Bro, cuba tulis tentang Vellfire/Alphard pula...
dulu dah tulis tentang Estima...
Especially tentang button2 dan radio/camera berbahasa Jepun...
tentang risiko buying Jap recond ni...
TQ

Ada orang suka kereta tempatan.
Ada orang suka kereta Eropah.
Tapi aku suka kereta buatan Jepun.
Honda CRV aku pernah pakai.
Tetapi Toyota Estima adalah yang terbaik
sepanjang 15 tahun aku memandu di jalan raya.

Bila aku terpaksa menggantikan Estima aku,
aku hanya ada dua pilihan.
Downgrade ke Honda Odyssey
atau upgrade ke Toyota Alphard/Vellfire.
Selepas 12 bulan membuat penyelidikan,
juga mengumpul wang pendahuluan,
Vellfire adalah pilihan paling tepat.


Vellfire dan Alphard adalah adik-beradik.
Enjinnya enjin yang sama.
Ruang kokpit pun lebih kurang sama.
Cuma ada modifikasi luaran yang nyata.
Iaitu lampu depan dan lampu belakang bertingkat.
Juga grill depan yang menjadikannya kelihatan lebih ganas.

Aku suka kereta buatan Jepun.
Ianya sangat reliable.
Kos penyelenggaraannya lebih kurang sama dengan kere…

Aku dan Toyota Estima

Toyota Estima dikenali sebagai Toyota Previa di US dan Toyota Tarago di Australia. Ia adalah kereta jenis MPV dan mula dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 1990 lagi. Estima di atas adalah kereta Estima generasi pertama yang dikeluarkan antara tahun 1990-2000. Di sini, ia dikenali sebagai BEAN. Ini dikira kereta klasik jugaklah.

Ini adalah Estima generasi kedua yang dikenali sebagai SEPET. Aku cukup berkenan dengan bentuk lampu depannya. Ia dikeluarkan antara tahun 2001-2005. Kereta2 ini banyak betul dibawa masuk ke Malaysia dan jangan harap dapat yang baru. Semuanya recondition daripada Jepun.

Estima generasi ketiga ini pula dikenali sebagai NINJA dan mula dibawa masuk ke Malaysia sekitar tahun 2007. Estima jenis ini terlebih advanced termasuk boleh parking sendiri secara automatik. Aku kurang berkenan dengan lampu depan dan belakangnya. Tapi interiornya memang superb.
Aku nak cerita sedikit pasal Estima SEPET yang aku gunakan sekarang. Aku memang dah study habis se…

Aku dan Doktor Lokum

Locum doctor bermaksud doktor sambilan atau part time. Locum tu istilah luar negara yang telah selalu diguna pakai disini. Masa aku kerja di kerajaan dulu, aku kena selalu buat locum untuk menampung kehidupan yang selalu kesempitan. Nak harap gaji kerja kerajaan mana cukup masa itu. Sebenarnya kalau aku sebagai kakitangan kerajaan, aku tak boleh buat kerja2 sambilan seperti itu tetapi disebabkan ramai yang buat, kerajaan buat2 tak tahu sahaja. Selagi ianya tidak menjejaskan kerja2 di hospital, pengarah hospital buat2 tak nampak aje.

Selain faktor kewangan, aku buat locum untuk mencari pengalaman baru. Satu hari bila aku dah bersedia untuk bukak klinik sendiri, taklah panik atau pening bila nak manage klinik sendiri. Aku memang dah target tak nak sambung belajar. Cukup masa aku nak bukak klinik sendiri. Jadi sepanjang bekerja di hospital, aku memang sentiasa membuat persediaan dan perancangan ke arah itu.

Masa aku jadi houseman di Muar, ramai member2 sebaya yang giler buat locum. Pant…

Aku dan Cikgu Arbainah

Masa aku sekolah ugama di kampung dulu, aku ada kenal dengan satu ustazah ni. Dia ni memang garang. Semua murid takut padanya. Malah gurubesar pun takut dengannya. Walaupun ustazah, perangai dia memang brutal. Sapa2 yang dia rasa nakal, jahat, malas buat kerja, belajar main2, memang nak kena dengan dia. Kena tengking, kena jerit, kena carut, kena cubit, dah jadi rutin kehidupan. Satu hari kalau dia takda kat sekolah, memang terasa sunyi sepi sepanjang hari. Sehari kalau tak dengar suara dia jerit2 mengajar dan marahkan anak murid memang tak sah.

Pada aku dia tak garang. Cuma bersemangat sikit bila nak mendisiplinkan murid2nya. Aku pernah kena hukum dengan dia sekali. Itulah sekali. Lepas tu taubat tak buat lagi. Masa tu aku baru darjah 3. Dulu sekolah ugama start pukul 3.30 petang. Biasanya kami datang awal. Kadang2 sebelum pukul 3 dah sampai. Kat rumah bukan buat apa pun. Jadi datang awal bolehlah main2 dulu sementara tunggu loceng. Satu hari tu, aku pergi main belon acah kat sebel…