Bila Aku Jatuh Sakit


Sebagai doktor yang dikelilingi dengan 1001 ubatan,
aku memang jarang jatuh sakit.
Setakat demam sikit-sikit,
Sakit badan sikit-sikit,
sakit perut sikit-sikit,
itu adatlah.
Tetapi sakit yang sampai tak boleh nak bangun,
setahun sekali pun jarang berlaku.
Tetapi aku biasanya boleh mengagak,
bila ianya akan kembali.

Sejak akhir tahun lepas aku memang tak berhenti bekerja.
Kerja diklinik,
Juga kerja-kerja diluar klinik.
Terakhir aku memanjat pokok rambutan,
dan memangkas dahan-dahan pokok yang dah tiada buahnya.
Dari situ aku dah mula lain macam.
Mulai hari Selasa aku dah hilang mood.
Tengok patient pun tak sepenuh hati.
Hari Khamis aku ingat nak tidur sepanjang hari,
tetapi dah janji dengan seorang pesakit,
nak potong bisul dibuntutnya.
Jadi aku gagahkan juga ke klinik.
Kebetulan minggu ini patient aku non-stop.
Pagi sampai malam ada sahaja pesakit yang datang.
Lepas potong bisul aku kata kat diriku sendiri,
cukuplah.
Malam itu aku tutup awal.

Mulai petang Rabu,
aku dah mula batuk-batuk.
Tekak pun dah mula sakit-sakit.
Kepala dan badan jangan ceritalah.
Pagi hari Jumaat aku gagahkan diri untuk ke Johor Bahru.
Ada appointment dengan seseorang di Larkin.
Masa tu aku dah suruh wife yang drive,
aku dah tak larat.
Balik dari Johor Bahru,
aku terus tumbang.
Demam aku mencecah 39 darjah.
Daripada saat itu,
aku tahu.
Aku dah tewas.

Aku tak risau pasal demam denggi.
Tapi aku yakin aku kena Influenza like illness.
Demam tinggi, sakit tekak, sakit kepala,
selsema, batuk-batuk.
Aku tahu siapa pembawanya.
Bermula dengan adik bungsu aku,
diikuti dengan ibuku,
kemudian berjangkit kat aku.
Aku redha.
Aku tahu tiada ubat khusus untuk penyakitku.
Selain makan ubat demam Paracetamol setiap 6 jam,
aku tidur sepanjang hari.
Lebih dua hari aku tak makan apa-apa.
Hanya meneguk air masak sahaja.
Itupun sebab nak menelan ubat.
Kalau tidak memang aku tak bangun kemana-mana.
Kepala aku pening setiap kali aku bangun.
Jadi buat apa aku nak bangun?
Tidur sahajalah.

Sepanjang aku tidur,
pancainderaku seperti kehilangan fungsi.
Pendengaranku menjadi kurang.
Teramat sepinya dunia.
Pandangan pun menjadi kekuningan dan malap.
Selera makan jangan ceritalah.
Langsung tiada teringin nak menjamah makanan.
Asam Pedas Kepala Mayong isteri masakkan tiada disentuh.
Aku juga terputus dengan dunia luar.
Handphone sekadar dipandang dari jauh.
Masa inilah baru aku terasa sunyinya dunia.
Harta dunia dah tiada nilai.
Yang aku mahu hanyalah kesihatan aku kembali.

Petang hari Ahad,
kesihatanku mula kembali.
Berat badanku turun 3kg dalam masa 3 hari.
Selera makanku mula kembali,
penglihatan dan pendengaranku kembali normal.
Dan hari Isnin aku kembali bekerja seperti biasa.
Ketika demamku kebah,
anak bungsuku mula mendapat simptom-simptom yang sama.
Dan sebagai doktor aku tahu rawatannya,
cukup rehat dan cukup air.
Tak perlu ujian darah,
tak perlu ubat antibiotik.
Cukup dengan Paracetamol sahaja.
Bila aku beransur sembuh,
penyakitnya diturunkan ke anak bungsuku pula.
Redhalah.





Ulasan

  1. Syafakumullah.. semoga Allah sembuhkan anda semua.. Aameeeeen

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan Tinted Kereta

Aku dan Toyota Vellfireku

Aku dan Toyota Estima