Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2018

Aku dan Keputusan SPM 2017

Imej
Pagi Khamis 15 Mac 2018. Aku sekeluarga bercuti hari ini. Semata-mata nak mengambil keputusan SPM anak dara aku. Pukul 7:30 pagi aku dah keluar daripada rumah. Niatnya nak pergi bersarapan dahulu. Makan Mee Rebus dan Satay di Restoran Warisan dibandar Muar.

Keputusan SPM hanya akan diumumkan sekitar jam 10 pagi.
Tetapi pukul 9:30 pagi aku dah tiba didepan dewan besar.
Akulah orang yang pertama sampai nampaknya.
Pukul 10 pagi ibubapa dan pelajar dan memenuhi dewan.
Tetapi sampai pukul 10:30 pagi pengetua tak muncul-muncul juga.
Calon-calon dah resah gelisah.
Begitu juga dengan ibubapanya.
Ada yang cuba mendapatkan keputusan melalui sistem SMS.
Begitu juga dengan anakku.
Ramai yang gembira,
ramai juga yang kurang gembira.
Selepas 15 minit menunggu,
anakku menerima keputusan SPMnya melalui SMS.
Keputusan asas sahaja.
7A 2B.


Kira-kira jam 11 pagi pengetua pun hadir.
Beliau berucap secara ringkas,
juga memberi beberapa info tentang pencapaian sekolah dalam SPM kali ini.
Satu-satunya budak…

Aku dan Perjalanan Umrahku: Hari Kepulangan

Imej
Sebelum aku nak bercerita pasal perjalanan pulang, aku nak buat sedikit kesimpulan tentang perjalanan umrahku dahulu: Tiada masa yang paling sesuai dan paling tak sesuai untuk datang membuat umrah. Setiap masa Mekah dan Madinah akan sentiasa sibuk dan sesak. Tawakal dan insyaAllah akan ada jalan dan ruang untuk kita. Cuma faktor cuaca yang boleh dijadikan pedoman. Bulan Disember- Mac dikatakan suhu paling ideal untuk orang Malaysia yang tak tahan panas. Masa nak mencuba masuk ke Raudhah pun sama. Setiap masa akan sentiasa penuh. Kelebihan orang lelaki ialah kita boleh masuk bila-bila masa. Berdoa, sembahyang sunat, sembahyang taubat, sembahyang hajat dan bertawakallah sebelum masuk. InsyaAllah, Allah akan beri ruang.Seboleh-bolehnya datanglah ke Mekah dahulu. Mekah lebih hectic dan mencabar berbanding Madinah yang lepak dan santai. Jadinya kita penat buat umrah dahulu, pergi ke Madinah untuk berehat-rehat dan shopping sebelum pulang ke Malaysia. Perjalanan dalam kapal terbang adalah s…

Aku dan Perjalanan Umrahku: Hari Kesepuluh

Imej
Hari ini hari Jumaat. Hari terakhir aku berada di Mekah. Mood aku dah berubah. Selain kesihatan yang agak merosot, aku rasa sedih sebab terpaksa meninggalkan Mekah. Kalaulah boleh berpatah balik ke Madinah, aku sanggup. namun hendak tak hendak, rutin kehidupan terpaksalah diteruskan.


Pukul 9 pagi,
ustaz bawa kami ke Menara Zam Zam lagi sekali.
Ustaz nak buat sessi taklimat perjalanan pulang,
sambil ustaz belanja Teh dan Murtabak Telur.
Ada duit ekstra katanya.


Gambar diatas adalah 4 orang yang cukup prihatin menjaga kebajikan kami sepanjang di sini.
Ustaz Ismail dibantu oleh 3 orang mutawif praktikal iaitu Mutawif Azahari, Mutawif Shahril dan Mutawifah Kak Wan.
Apa sahaja hajat jemaah,
ustaz akan cuba tunaikan.
Siapa nak Hati Unta, ustaz carikan.
Siapa nak Daun Hamil, ustaz belikan.
Siapa nak sejadah Raudhah, ustaz carikan.
Siapa nak wakaf AlQuran didalam masjid, ustaz pun boleh tolong.
Tapi siapa yang nak cari Minyak Dhab,
itu pandai-pandai koranglah.


Di sini,
aku boleh jumpa dengan…

Aku dan Perjalanan Umrahku: Hari Kesembilan

Imej
Penat membuat ritual umrah semalam belum pun hilang,
hari ini ustaz ajak panjat gunung pulak.
Tapi alang-alang dah sampai,
aku nak rasa juga bagaimana susahnya Rasulullah SAW mendaki gunung ini setiap hari,
sehingga turunnya wahyu yang pertama.



Pukul 7 pagi,
ustaz dah tahankan teksi untuk kami.
Jaraknya hanya 4km sahaja daripada hotel,
tetapi sebab terpaksa menggunakan jalan raya yang sehala,
dekat 15 minit juga baru sampai ke kaki gunung.

Perkhidmatan teksi di sini adalah sangat mudah.
Setiap masa mesti ada berpuluh teksi lalu didepan kita.
Katanya menggunakan meter,
tetapi biasalah.
Sama macam diMalaysia,
kena bargain dulu.
Dan tak semua teksi nak pergi tempat yang kita nak tuju.
Ustaz selalu pesan,
beri wanita naik paling kemudian dan keluar paling awal.
Sebab pemandu teksi ni tak semuanya jujur.
Macam kami yang pertama kali nak ke Gunung Hira' ini,
dia turunkan kami jauh dibawah.
Dia kata dah sampai,
padahal ada teksi lain yang rajin naik sampai ke atas.



Kedatangan kami dikak…

Aku dan Perjalanan Umrahku: Hari Kelapan

Imej
Pagi ini aku disajikan dengan Lontong. Kuah kacangnya memang terbaik. Terus teringatkan kuah kacang emak masak dipagi raya. Hari ini ustaz akan bawa kami untuk ziarah luaran Masjidil Haram, seterusnya membuat ibadah umrah kali ketiga dan yang terakhir. Umrah akan bermula selepas asar dan dijangka siap sebelum Isyak.

Pagi ini memang rezeki emak aku.
Kami menunggu didepan lif agak lama sebab ramai jemaah Indonesia yang baru datang.
Kalau tengok gambar ini,
semua ingat makcik-makcik kampung sahaja kan?
Tapi bagi orang-orang veteran seperti emakku,
inilah idola mereka zaman muda dahulu.
Aku pun tak kenal.
Tapi emakku yang menyapa mereka dahulu.
Datuk Yusni Hamid, Aspalela Abdullah dan Muhaini Suratman.
Masih tak kenal?
Ini penyanyi-penyanyi veteran lagu-lagu asli.
Mereka sebaya dengan emakku.
Jadi rasanya dah sangat lama mereka dah tak keluar ditv.


Pukul 7 pagi,
kami semua dah bergerak menuju Masjidil Haram.
Kalau nak bercerita pasal Sirah Nabi Muhammad SAW,
ustaz ni memang hebat.
Cerita…

Aku dan Perjalanan Umrahku: Hari Ketujuh

Imej
Hari ini hari selasa. Bermakna dah seminggu aku di sini. Aku tak terasa rindu kat kampung. Atau teringat apa yang ada dikampung. Hal-hal klinik, rumahtangga, hutang-hutang bank semuanya tiada dalam fikiran.

Hari ini majoriti daripada group kami akan ke Taif.
Ini lawatan pilihan dan tak termasuk dalam tentatif rasmi.
Perjalanan adalah sejauh 70km.
Melawat tempat-tempat bersejarah seterusnya membeli buah-buahan segar.
Kami sekeluarga tak ikut lawatan ini.
Kerana kosnya RS 250 seorang.
Sebab dengan baki duit yang ada,
aku lebih suka untuk habiskan sahaja di Mekah.


Ketika mereka menunggu kenderaan nak ke Taif,
aku pula memulakan tawaf kedai aku.
Wife jadi ketua,
aku ikut belakang sahaja.


Menurut ustaz,
Pak Arab sedang melalui zaman susah sekarang.
Harga minyak naik hampir seratus peratus.
Daripada 0.70RS seliter kepada 1.2RS seliter.
Mulai 2018,
Cukai GST 5% mula dikenakan keatas semua barangan dan perkhidmatan.
Jadi akan nampaklah dalam resit jika membeli digedung-gedung besar.


Aku buka…