Langkau ke kandungan utama

Aku dan Perjalanan Umrahku: Hari Kesepuluh

Hari ini hari Jumaat.
Hari terakhir aku berada di Mekah.
Mood aku dah berubah.
Selain kesihatan yang agak merosot,
aku rasa sedih sebab terpaksa meninggalkan Mekah.
Kalaulah boleh berpatah balik ke Madinah,
aku sanggup.
namun hendak tak hendak,
rutin kehidupan terpaksalah diteruskan.



Pukul 9 pagi,
ustaz bawa kami ke Menara Zam Zam lagi sekali.
Ustaz nak buat sessi taklimat perjalanan pulang,
sambil ustaz belanja Teh dan Murtabak Telur.
Ada duit ekstra katanya.


Gambar diatas adalah 4 orang yang cukup prihatin menjaga kebajikan kami sepanjang di sini.
Ustaz Ismail dibantu oleh 3 orang mutawif praktikal iaitu Mutawif Azahari, Mutawif Shahril dan Mutawifah Kak Wan.
Apa sahaja hajat jemaah,
ustaz akan cuba tunaikan.
Siapa nak Hati Unta, ustaz carikan.
Siapa nak Daun Hamil, ustaz belikan.
Siapa nak sejadah Raudhah, ustaz carikan.
Siapa nak wakaf AlQuran didalam masjid, ustaz pun boleh tolong.
Tapi siapa yang nak cari Minyak Dhab,
itu pandai-pandai koranglah.


Di sini,
aku boleh jumpa dengan siapa sahaja yang aku berhajat nak jumpa.
Aku boleh jumpa Cikgu Syukur dengan berjanji melalui Whatsapp sahaja.
Masa aku keluar masjid,
ada orang kampung menegurku.
Masa aku lepas Saie,
ada orang kampung menegurku.
Malah masa aku beli ais krim pun,
" Ini Dr Zul Indahpura kan? "
MasyaAllah.
Terasa dunia ini sungguh kecil.


Hari Jumaat adalah hari istimewa di sini.
Sebagaimana di Madinah,
kehadiran jemaah pada hari Jumaat adalah berlipatkali ganda.
Minggu lepas aku dapat sembahyang Jumaat di Masjid Nabawi,
kali ini aku bersembahyang Jumaat di Masjidil Haram pulak.
Khutbah Jumaat agak panjang tetapi imam baca surah-surah pendek sahaja.
Mungkin sebab cuaca diluar yang agak panas agaknya.

Selepas makan tengahari,
aku mula mengemas beg untuk balik.
Berat beg bertambah sekali ganda namun beg-beg aku tak beranak seperti jemaah lain.
Paling berat semestinya beg wife diikuti beg emakku.
Banyak sangat beli kurma Ajwa rasanya.

Pukul 10 malam,
beg besar mula diturunkan ke lobi hotel.
Nanti akan ada pekerja hotel yang akan memunggahnya ke dalam bas.
Sementara menunggu tengahmalam,
aku tertidur sebentar.

Bersambung.




Ulasan

  1. Ya Allah
    rindunya Mekah dan Madinah
    minta menjadi tetamu Allah lagi bersama keluarga

    BalasPadam

Catat Ulasan