Langkau ke kandungan utama

Aku dan Perjalanan Umrahku: Hari Kepulangan

Sebelum aku nak bercerita pasal perjalanan pulang,
aku nak buat sedikit kesimpulan tentang perjalanan umrahku dahulu:
  1. Tiada masa yang paling sesuai dan paling tak sesuai untuk datang membuat umrah. Setiap masa Mekah dan Madinah akan sentiasa sibuk dan sesak. Tawakal dan insyaAllah akan ada jalan dan ruang untuk kita. Cuma faktor cuaca yang boleh dijadikan pedoman. Bulan Disember- Mac dikatakan suhu paling ideal untuk orang Malaysia yang tak tahan panas. 
  2. Masa nak mencuba masuk ke Raudhah pun sama. Setiap masa akan sentiasa penuh. Kelebihan orang lelaki ialah kita boleh masuk bila-bila masa. Berdoa, sembahyang sunat, sembahyang taubat, sembahyang hajat dan bertawakallah sebelum masuk. InsyaAllah, Allah akan beri ruang.
  3. Seboleh-bolehnya datanglah ke Mekah dahulu. Mekah lebih hectic dan mencabar berbanding Madinah yang lepak dan santai. Jadinya kita penat buat umrah dahulu, pergi ke Madinah untuk berehat-rehat dan shopping sebelum pulang ke Malaysia. 
  4. Perjalanan dalam kapal terbang adalah sangat panjang. Tidur selama manapun masih tak sampai jugak. Jadi kena pandai buat aktiviti tambahan.
  5. Carilah pakej yang mampu milik. Bukannya yang paling murah. Sebab pakej murah semestinya akan duduk dihotel yang agak jauh daripada masjid. Bila dah jauh, nak berjalan kaki ke masjid pun kena fikir banyak kali. Mental mungkin mengajak ke masjid tetapi fizikal dah tak larat terutama bila baru selesai buat umrah.
  6. Carilah mutawif yang berpengalaman terutama bagi yang pertama kali nak mengerjakan umrah. Mutawif yang bagus ialah yang membantu kita dalam semua hal bukan setakat mengerjakan umrah wajib sahaja. Hal-hal sampingan juga peribadi pun mereka akan bantu juga. 
  7. Pakaian harian tak perlu bawa banyak-banyak. Kalau bawa 2-3 pasang pun dah cukup. Beli disini pun murah. Di sini kita kurang berpeluh. Baju yang sama boleh dipakai berkali-kali dan tiada siapa yang akan memandang kita. Mandi pun tak perlu 2-3 kali sehari. Sekali atau dua hari sekali pun boleh. Nak pergi restoran mewah atau kedai-kedai berjenama dalam Zam Zam Tower dengan berkain pelikat pun takkan rasa janggal.
  8. Bawalah uncang atau beg setiap kali ke masjid. Ia digunakan untuk mengisi selipar. Jangan letak selipar ditempat meletak kasut. Jenuh nak mencarinya nanti sebab pintu masjid dan jalan untuk keluar masjid sangat banyak. Bila selipar ada ditangan kita, nak keluar ikut pintu mana pun tak kisah.
  9. Jika mahu menderma, dermalah kepada pekerja-pekerja masjid yang menyapu atau memungut sampah. Jangan menderma kepada wanita-wanita yang berpurdah dan merayu sumbangan. Itu ada sindiket. Pekerja-pekerja masjid pun semacam dah tahu. Bila jemaah keluar masjid, mereka semua dah siap berdiri menunggu sumbangan kita. Mereka tahu, jemaah Malaysia dan Indonesia adalah yang paling pemurah.
  10. Kebanyakan peniaga di sini pandai berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Urusan jual beli tak jadi masalah. Tetapi kena berhati-hati, ada juga peniaga yang tak jujur walaupun sesama muslim.

Pukul 12 tengahmalam,
aku kembali ke Masjidil Haram dengan kain ihram.
Ustaz nak ajak untuk buat Tawaf Wida',
Tawaf selamat jalan.
Untk tawaf ini sepatutnya tak perlu berpakaian ihram.
Tetapi sebab kami yang lelaki nak masuk kedataran depan kaabah,
kenalah berihram.
Ini antara peraturan baru berikutan kerja-kerja pembinaan dikawasan dataran.
Kalau berpakaian biasa,
aku kena membuat tawaf ditingkat atas.
Pusingannya lagi jauh dan tentunya memenatkan.
Ramai yang menangis dan mengalirkan airmata ketika ustaz membaca doa terakhir.
Tak tahu bila lagi akan kembali ke sini.
  

Pukul 4 pagi,
kami menaiki bas untuk bertolak ke Jeddah.
Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam untuk tiba diLapangan Terbang Jeddah.
Lapangan Terbang Jeddah lebih luas tetapi lebih usang.
Kami check in bagasi jam 7:30 pagi dan selesai kira-kira sejam kemudian.
Pemeriksaan imigresen adalah longgar.
Pegawai yang bertugas pun muda-muda belaka.
Selamba sahaja pegawai tu main poker sambil mengecop pasport kita.


Pukul 9 pagi aku dah berada didepan pintu 7.
Penerbangan dijangka pukul 11.00 pagi tetapi terlewat hampir 40 minit.
Famili aku duduk sebaris dizon depan,
ibuku duduk dengan isteri ustaz dizon tengah,
manakala aku keseorangan di zon belakang tepi bilik air.
Jadi sepanjang perjalanan,
aku hanya fikirkan halku sendiri sahaja.
Namun kesihatanku kembali merosot.
Batukku semakin berpanjangan.
Sama keadaannya semasa aku naik kapalterbang tempohari.


Pukul 11.40 pagi,
kapalterbang pun berlepas dan tiba di Kuala Lumpur kira-kira jam 1 pagi waktu tempatan.
Urusan check out agak pantas dan aku menaiki bas untuk pulang ke Johor kira-kira jam 2 pagi.


Aku tiba diKulai kira-kira jam 8 pagi,
disambut oleh abang dan kakak iparku.
Maka berakhirlah perjalanan umrahku.
12 hari yang banyak mengajar aku erti kesabaran dan bertawakal kepada Allah.
Alhamdulilah,
rumah yang ditinggalkan,
kucing yang ditinggalkan,
ikan-ikan yang ditinggalkan,
kenderaan yang ditinggalkan,
juga klinik yang ditinggalkan.
Semuanya masih sama seperti biasa.

Semoga akan ada ruang masa, tenaga juga wang ringgit untuk aku kembali semula.
Terima kasih kepada yang mendoakan kesihatan kami sekeluarga di sana.
Nasihatku yang terakhir,
Permudahkanlah urusan orang.
insyaAllah Allah akan permudahkan urusan kita.

Terima kasih.




Ulasan

  1. betul2
    macam saya dulu pun pergi mekah dulu
    lepas tu baru madinah
    rindunya nak ke sana lagi
    doakan saya dapat pergi lagi kesana dengan keluarga

    BalasPadam

Catat Ulasan

THE MOST POPULAR POSTS

Aku dan Tinted Kereta

Hari ini klinik sunyi sikit. Jadi banyak benda2 lain aku boleh buat. Antaranya survey market untuk pasang tinted kat cermin kereta aku. Menurut Akta JPJ: Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) untuk Kaedah2 Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin2 depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. Tapi kat kedai, mana ada ikut undang2. Semuanya JPJ Compliance (kononnya). Tapi janji kau nak pasang, mereka pasang. Risiko tanggung sendirilah.

Film tinted ialah filem plastik jernih ataupun laminate metallic yang dipasang pada cermin2 kereta bertujuan untuk mengurangkan panas bahang cuaca khatulistiwa, mendapatkan suasana lebih privasi dan juga untuk lebih cantik dipandang.

Kalau kita ke kedai2 aksesori kereta, macam2 jenis tinted ada. Macam2 brand ada. Biasanya mereka kata mereka punya lebih bagus dan lebih murah banding tempat lain. Kalau nak yang murah memang ada, teta…

Aku dan Toyota Vellfireku

Bro, cuba tulis tentang Vellfire/Alphard pula...
dulu dah tulis tentang Estima...
Especially tentang button2 dan radio/camera berbahasa Jepun...
tentang risiko buying Jap recond ni...
TQ

Ada orang suka kereta tempatan.
Ada orang suka kereta Eropah.
Tapi aku suka kereta buatan Jepun.
Honda CRV aku pernah pakai.
Tetapi Toyota Estima adalah yang terbaik
sepanjang 15 tahun aku memandu di jalan raya.

Bila aku terpaksa menggantikan Estima aku,
aku hanya ada dua pilihan.
Downgrade ke Honda Odyssey
atau upgrade ke Toyota Alphard/Vellfire.
Selepas 12 bulan membuat penyelidikan,
juga mengumpul wang pendahuluan,
Vellfire adalah pilihan paling tepat.


Vellfire dan Alphard adalah adik-beradik.
Enjinnya enjin yang sama.
Ruang kokpit pun lebih kurang sama.
Cuma ada modifikasi luaran yang nyata.
Iaitu lampu depan dan lampu belakang bertingkat.
Juga grill depan yang menjadikannya kelihatan lebih ganas.

Aku suka kereta buatan Jepun.
Ianya sangat reliable.
Kos penyelenggaraannya lebih kurang sama dengan kere…

Aku dan Toyota Estima

Toyota Estima dikenali sebagai Toyota Previa di US dan Toyota Tarago di Australia. Ia adalah kereta jenis MPV dan mula dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 1990 lagi. Estima di atas adalah kereta Estima generasi pertama yang dikeluarkan antara tahun 1990-2000. Di sini, ia dikenali sebagai BEAN. Ini dikira kereta klasik jugaklah.

Ini adalah Estima generasi kedua yang dikenali sebagai SEPET. Aku cukup berkenan dengan bentuk lampu depannya. Ia dikeluarkan antara tahun 2001-2005. Kereta2 ini banyak betul dibawa masuk ke Malaysia dan jangan harap dapat yang baru. Semuanya recondition daripada Jepun.

Estima generasi ketiga ini pula dikenali sebagai NINJA dan mula dibawa masuk ke Malaysia sekitar tahun 2007. Estima jenis ini terlebih advanced termasuk boleh parking sendiri secara automatik. Aku kurang berkenan dengan lampu depan dan belakangnya. Tapi interiornya memang superb.
Aku nak cerita sedikit pasal Estima SEPET yang aku gunakan sekarang. Aku memang dah study habis se…

Aku dan Doktor Lokum

Locum doctor bermaksud doktor sambilan atau part time. Locum tu istilah luar negara yang telah selalu diguna pakai disini. Masa aku kerja di kerajaan dulu, aku kena selalu buat locum untuk menampung kehidupan yang selalu kesempitan. Nak harap gaji kerja kerajaan mana cukup masa itu. Sebenarnya kalau aku sebagai kakitangan kerajaan, aku tak boleh buat kerja2 sambilan seperti itu tetapi disebabkan ramai yang buat, kerajaan buat2 tak tahu sahaja. Selagi ianya tidak menjejaskan kerja2 di hospital, pengarah hospital buat2 tak nampak aje.

Selain faktor kewangan, aku buat locum untuk mencari pengalaman baru. Satu hari bila aku dah bersedia untuk bukak klinik sendiri, taklah panik atau pening bila nak manage klinik sendiri. Aku memang dah target tak nak sambung belajar. Cukup masa aku nak bukak klinik sendiri. Jadi sepanjang bekerja di hospital, aku memang sentiasa membuat persediaan dan perancangan ke arah itu.

Masa aku jadi houseman di Muar, ramai member2 sebaya yang giler buat locum. Pant…

Aku dan Cikgu Arbainah

Masa aku sekolah ugama di kampung dulu, aku ada kenal dengan satu ustazah ni. Dia ni memang garang. Semua murid takut padanya. Malah gurubesar pun takut dengannya. Walaupun ustazah, perangai dia memang brutal. Sapa2 yang dia rasa nakal, jahat, malas buat kerja, belajar main2, memang nak kena dengan dia. Kena tengking, kena jerit, kena carut, kena cubit, dah jadi rutin kehidupan. Satu hari kalau dia takda kat sekolah, memang terasa sunyi sepi sepanjang hari. Sehari kalau tak dengar suara dia jerit2 mengajar dan marahkan anak murid memang tak sah.

Pada aku dia tak garang. Cuma bersemangat sikit bila nak mendisiplinkan murid2nya. Aku pernah kena hukum dengan dia sekali. Itulah sekali. Lepas tu taubat tak buat lagi. Masa tu aku baru darjah 3. Dulu sekolah ugama start pukul 3.30 petang. Biasanya kami datang awal. Kadang2 sebelum pukul 3 dah sampai. Kat rumah bukan buat apa pun. Jadi datang awal bolehlah main2 dulu sementara tunggu loceng. Satu hari tu, aku pergi main belon acah kat sebel…