Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2018

Aku dan Kembara Jepun: Hari Keempat

Pukul 6:30 pagi waktu tempatan. Aku tiba dibandaraya Tokyo dengan selamatnya. Perjalanan malam yang sangat selesa. Tidur pun tiada gangguan. Tiada bunyi budak-budak menangis. Tiada juga bunyi orang berdengkur. Hujan masih belum berhenti, dan suhu pula sekitar 8 darjah celcius. Ketibaanku diShinjuku disambut oleh pemandu pelancong tempatan, Miss Yuri. Kalau ikut jadual, dia sepatutnya datang selepas pukul 7 pagi. Tetapi pukul 6.30 pagi dia dah sedia menunggu kedatangan kami.




Miss Yuri ni usianya lebih 50 tahun.
Masih bujang dan sudah bekerja lebih 30 tahun dibidang pelancongan.
Selepas dengan kami,
dia kata akan ke Paris keesokan harinya.
Sebagai pemandu pelancong,
dia memang rajin bercakap.
Walaupun bahasa Inggerisnya broken-broken,
tapi dia tak malu untuk terus bercakap dan bercakap.
Bercerita tentang kehebatan bangsa Jepun juga sejarahnya.


Perjalanan daripada Tokyo ke kawasan Gunung Fuji sejauh lebih 100km.
Masa perjalanan pun lebih sejam.
Sepanjang perjalanan hujan terus turun den…

Aku dan Kembara Jepun: Hari Ketiga

Hari Ketiga dan hari terakhir di Osaka.
Pukul 9 pagi masing-masing dah berada didepan hotel.
Kami semua dikehendaki checked out daripada hotel pagi ini.
Waktu checked out hotel disini adalah sebelum jam 10 pagi.
Kalau lewat daripada waktunya,
dendanya adalah tinggi.
Masa kat Perth dah terkena,
jadi kali ini kami dah berhati-hati.


Hari ini aku ada tour guide.
Local student yang dah setahun tinggal di sini.
Hari ini juga aku menggunakan Osaka Amazing Pass.
Satu tiket boleh diguna untuk pergi kemana-mana sahaja di seluruh Osaka.
Naik turun keretapi berpuluh kali pun takpa.
Yang penting perlu digunakan dalam tempoh 24 jam.


Dengan adanya tour guide,
perjalanan kami jadi lebih pantas.
Kami tahu mana nak pergi dan nak dituju.
Cuma ada beberapa orang daripada ahli group aku yang sukar menepati waktu.
Kita dah lepas dua simpang,
mereka masih lagi sibuk bergambar.
Pantang jumpa benda baru,
semua nak kena berselfie dulu.
Letih aku menunggu mereka.


Tempat pertama lawatan hari ini adalah istana la…

Aku dan Kembara Jepun: Hari Kedua

Hari kedua di Osaka Jepun. Kali ini dapat bangun awal. Dapat solat Subuh didalam waktu. Ada berita kurang baik, tour guide kami tak dapat menemani kami hari ini. Ada urusan diuniversitinya. Dan memandangkan sekarang ini musim cuti semester, tiada student lain yang boleh jadi gantinya. Jadi kami kena cari jalan sendiri. Ketua rombanganku memang brutal orangnya. Dia redah kami pun redah juga. Dan alang-alang dah sampai negara orang, takkanlah nak duduk dibilik hotel sahaja.

Hari ini kami seharian berada di Nara.
Kira-kira setengah jam perjalanan menaiki keretapi daripada Osaka.
Nara terkenal dengan kawasan rusa liar yang bebas berkeliaran,
juga kawasan taman yang sangat luas,
dan puluhan kuil yang bersejarah.


Tanpa ada tour guide,
kami agak kekok nak mencari jalan menuju Nara.
Namun dimana ada usaha pasti ada jalannya.
Kira-kira pukul 10 pagi,
kami akhirnya sampai di Nara.
Sangat cantik bandarnya.
Matahari bersinar terang dengan suhu sekitar 18 darjah.
Memang tak silap kami datang ke si…