Langkau ke kandungan utama

Aku dan Kembara Jepun: Hari Kedua

Hari kedua di Osaka Jepun.
Kali ini dapat bangun awal.
Dapat solat Subuh didalam waktu.
Ada berita kurang baik,
tour guide kami tak dapat menemani kami hari ini.
Ada urusan diuniversitinya.
Dan memandangkan sekarang ini musim cuti semester,
tiada student lain yang boleh jadi gantinya.
Jadi kami kena cari jalan sendiri.
Ketua rombanganku memang brutal orangnya.
Dia redah kami pun redah juga.
Dan alang-alang dah sampai negara orang,
takkanlah nak duduk dibilik hotel sahaja.


Hari ini kami seharian berada di Nara.
Kira-kira setengah jam perjalanan menaiki keretapi daripada Osaka.
Nara terkenal dengan kawasan rusa liar yang bebas berkeliaran,
juga kawasan taman yang sangat luas,
dan puluhan kuil yang bersejarah.


Tanpa ada tour guide,
kami agak kekok nak mencari jalan menuju Nara.
Namun dimana ada usaha pasti ada jalannya.
Kira-kira pukul 10 pagi,
kami akhirnya sampai di Nara.
Sangat cantik bandarnya.
Matahari bersinar terang dengan suhu sekitar 18 darjah.
Memang tak silap kami datang ke sini.


Kedatangan kami ke kawasan taman disambut oleh rusa-rusa yang kelaparan.
Mereka memang tiada apa nak dimakan,
kecuali kepingan biskut yang dihulur oleh pengunjung.
Mungkin dah terbiasa agaknya.
Setiap pengunjung yang lalu akan diekori dan dihidu.
Kalau mereka terbau makanan,
mereka dah jadi seperti pengemis jalanan.
Menyondol-nyondol meminta makanan.
Bagi sekeping nak lagi sekeping.
Lepas tu yang lain-lain datang mengerumun.


Ada beberapa gerai menjual makanan rusa.
Murah sahaja.
Tetapi 150 Yen hanya dapat 10 keping biskut.
Seekor rusa makan pun nampaknya tak cukup mengenyangkan.


Lepas melalui segerombolan rusa yang kelaparan,
aku terus berjalan tanpa haluan.
Taman di sini sangat luas.
Memang penat berjalan.
Disana-sini memang penuh dengan rusa.
Jinak tetapi pada masa yang sama kena juga berjaga-jaga.
Pokok-pokok sakura masih belum berbunga.
Kalau berbunga pun,
belum kembang sepenuhnya.
Rumput-rumput pun baru nak tumbuh semula.
Warna coklat disana-sini.









Selain melihat rusa,
kawasan taman disini dikelilingi oleh kuil-kuil lama.
Aku tak pasti apa yang mereka sembah.
Aku juga tak pasti apa yang mereka percaya.
Aku tak minat nak melawat kuil-kuil mereka.


Keadaan di sini agak tenang.
Warga Jepun memang pendiam dan tak banyak bercakap.
Mereka juga tak sibuk berselfie macam warga Korea atau China.
Sesekali akan kedengaran suasana riuh-rendah.
Itu pastinya pelancong China yang sememangnya terkenal dengan brutalnya.



Aku berada di sini sampai pukul 1 petang.
Memang puas duduk memerhati gelagat manusia di sini.
Kedai-kedai souvenir banyak juga di sini.
Harganya lebih kurang sama.
Tetapi yang penting,
souvenir di sini sangat comel dan berwarna-warni.
Bila dipegang sangat terasa kecantikannya.
Terasa mahalnya juga kualitinya.
Jauh beza dengan souvenir yang Made In China.

Memandangkan hari ini berjalan tanpa tour guide,
masing-masing malas nak menyambung perjalanan ke Kobe.
Kami terus balik ke hotel.
Lepak-lepak di bilik sampai malam.


Sebelah malamnya,
aku menyambung jalan-jalan sekitar hotel.
Tengok-tengok kedai,
tengok-tengok barang tempatan.
Juga mencari tempat-tempat makan yang halal.


Aku agak kecewa  hari ini.
Sebab terlalu banyak masa dihabiskan di sekitar Nara sahaja.
Tapi takpalah.
Isteri dan anak-anak ada disampingku.
Walaupun tak banyak aktiviti,
berada bersama-sama mereka dah cukup menyenangkan.


Bersambung.




Ulasan

  1. Betul.. yang penting family ada bersama dah cukup dah rasanya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

THE MOST POPULAR POSTS

Aku dan Tinted Kereta

Hari ini klinik sunyi sikit. Jadi banyak benda2 lain aku boleh buat. Antaranya survey market untuk pasang tinted kat cermin kereta aku. Menurut Akta JPJ: Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) untuk Kaedah2 Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin2 depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. Tapi kat kedai, mana ada ikut undang2. Semuanya JPJ Compliance (kononnya). Tapi janji kau nak pasang, mereka pasang. Risiko tanggung sendirilah.

Film tinted ialah filem plastik jernih ataupun laminate metallic yang dipasang pada cermin2 kereta bertujuan untuk mengurangkan panas bahang cuaca khatulistiwa, mendapatkan suasana lebih privasi dan juga untuk lebih cantik dipandang.

Kalau kita ke kedai2 aksesori kereta, macam2 jenis tinted ada. Macam2 brand ada. Biasanya mereka kata mereka punya lebih bagus dan lebih murah banding tempat lain. Kalau nak yang murah memang ada, teta…

Aku dan Toyota Vellfireku

Bro, cuba tulis tentang Vellfire/Alphard pula...
dulu dah tulis tentang Estima...
Especially tentang button2 dan radio/camera berbahasa Jepun...
tentang risiko buying Jap recond ni...
TQ

Ada orang suka kereta tempatan.
Ada orang suka kereta Eropah.
Tapi aku suka kereta buatan Jepun.
Honda CRV aku pernah pakai.
Tetapi Toyota Estima adalah yang terbaik
sepanjang 15 tahun aku memandu di jalan raya.

Bila aku terpaksa menggantikan Estima aku,
aku hanya ada dua pilihan.
Downgrade ke Honda Odyssey
atau upgrade ke Toyota Alphard/Vellfire.
Selepas 12 bulan membuat penyelidikan,
juga mengumpul wang pendahuluan,
Vellfire adalah pilihan paling tepat.


Vellfire dan Alphard adalah adik-beradik.
Enjinnya enjin yang sama.
Ruang kokpit pun lebih kurang sama.
Cuma ada modifikasi luaran yang nyata.
Iaitu lampu depan dan lampu belakang bertingkat.
Juga grill depan yang menjadikannya kelihatan lebih ganas.

Aku suka kereta buatan Jepun.
Ianya sangat reliable.
Kos penyelenggaraannya lebih kurang sama dengan kere…

Aku dan Toyota Estima

Toyota Estima dikenali sebagai Toyota Previa di US dan Toyota Tarago di Australia. Ia adalah kereta jenis MPV dan mula dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 1990 lagi. Estima di atas adalah kereta Estima generasi pertama yang dikeluarkan antara tahun 1990-2000. Di sini, ia dikenali sebagai BEAN. Ini dikira kereta klasik jugaklah.

Ini adalah Estima generasi kedua yang dikenali sebagai SEPET. Aku cukup berkenan dengan bentuk lampu depannya. Ia dikeluarkan antara tahun 2001-2005. Kereta2 ini banyak betul dibawa masuk ke Malaysia dan jangan harap dapat yang baru. Semuanya recondition daripada Jepun.

Estima generasi ketiga ini pula dikenali sebagai NINJA dan mula dibawa masuk ke Malaysia sekitar tahun 2007. Estima jenis ini terlebih advanced termasuk boleh parking sendiri secara automatik. Aku kurang berkenan dengan lampu depan dan belakangnya. Tapi interiornya memang superb.
Aku nak cerita sedikit pasal Estima SEPET yang aku gunakan sekarang. Aku memang dah study habis se…

Aku dan Doktor Lokum

Locum doctor bermaksud doktor sambilan atau part time. Locum tu istilah luar negara yang telah selalu diguna pakai disini. Masa aku kerja di kerajaan dulu, aku kena selalu buat locum untuk menampung kehidupan yang selalu kesempitan. Nak harap gaji kerja kerajaan mana cukup masa itu. Sebenarnya kalau aku sebagai kakitangan kerajaan, aku tak boleh buat kerja2 sambilan seperti itu tetapi disebabkan ramai yang buat, kerajaan buat2 tak tahu sahaja. Selagi ianya tidak menjejaskan kerja2 di hospital, pengarah hospital buat2 tak nampak aje.

Selain faktor kewangan, aku buat locum untuk mencari pengalaman baru. Satu hari bila aku dah bersedia untuk bukak klinik sendiri, taklah panik atau pening bila nak manage klinik sendiri. Aku memang dah target tak nak sambung belajar. Cukup masa aku nak bukak klinik sendiri. Jadi sepanjang bekerja di hospital, aku memang sentiasa membuat persediaan dan perancangan ke arah itu.

Masa aku jadi houseman di Muar, ramai member2 sebaya yang giler buat locum. Pant…

Aku dan Cikgu Arbainah

Masa aku sekolah ugama di kampung dulu, aku ada kenal dengan satu ustazah ni. Dia ni memang garang. Semua murid takut padanya. Malah gurubesar pun takut dengannya. Walaupun ustazah, perangai dia memang brutal. Sapa2 yang dia rasa nakal, jahat, malas buat kerja, belajar main2, memang nak kena dengan dia. Kena tengking, kena jerit, kena carut, kena cubit, dah jadi rutin kehidupan. Satu hari kalau dia takda kat sekolah, memang terasa sunyi sepi sepanjang hari. Sehari kalau tak dengar suara dia jerit2 mengajar dan marahkan anak murid memang tak sah.

Pada aku dia tak garang. Cuma bersemangat sikit bila nak mendisiplinkan murid2nya. Aku pernah kena hukum dengan dia sekali. Itulah sekali. Lepas tu taubat tak buat lagi. Masa tu aku baru darjah 3. Dulu sekolah ugama start pukul 3.30 petang. Biasanya kami datang awal. Kadang2 sebelum pukul 3 dah sampai. Kat rumah bukan buat apa pun. Jadi datang awal bolehlah main2 dulu sementara tunggu loceng. Satu hari tu, aku pergi main belon acah kat sebel…