Langkau ke kandungan utama

Aku dan Kembara Jepun: Hari Keempat

Pukul 6:30 pagi waktu tempatan.
Aku tiba dibandaraya Tokyo dengan selamatnya.
Perjalanan malam yang sangat selesa.
Tidur pun tiada gangguan.
Tiada bunyi budak-budak menangis.
Tiada juga bunyi orang berdengkur.
Hujan masih belum berhenti,
dan suhu pula sekitar 8 darjah celcius.
Ketibaanku diShinjuku disambut oleh pemandu pelancong tempatan,
Miss Yuri.
Kalau ikut jadual,
dia sepatutnya datang selepas pukul 7 pagi.
Tetapi pukul 6.30 pagi dia dah sedia menunggu kedatangan kami.





Miss Yuri ni usianya lebih 50 tahun.
Masih bujang dan sudah bekerja lebih 30 tahun dibidang pelancongan.
Selepas dengan kami,
dia kata akan ke Paris keesokan harinya.
Sebagai pemandu pelancong,
dia memang rajin bercakap.
Walaupun bahasa Inggerisnya broken-broken,
tapi dia tak malu untuk terus bercakap dan bercakap.
Bercerita tentang kehebatan bangsa Jepun juga sejarahnya.


Perjalanan daripada Tokyo ke kawasan Gunung Fuji sejauh lebih 100km.
Masa perjalanan pun lebih sejam.
Sepanjang perjalanan hujan terus turun dengan lebatnya.
Miss Yuri kata kemungkinan besar Gunung Fuji tidak kelihatan kerana kabus tebal.
Kalau kami datang semalam,
suasana adalah sebaliknya.


Tepat jangkaannya.
Hujan memang langsung takda niat nak berhenti.
Suhu jatuh hampir satu darjah celcius.
Namun aku tak rasa menyesal.
Aku terima segalanya dengan redha.
Aku just enjoy the moment.



Walaupun hujan lebat dan sejuknya sampai ke tulang,
Miss Yuri tetap bersemangat dan mencuba sebaik mungkin supaya kami tak kebosanan.
Memandangkan pemandangan Gunung Fuji memang tak dapat,
dia membawa kami ke Fujisan World Heritage Center.
Dahulu Gunung Fuji adalah kawasan larangan.
Tiada pelancong dibenarkan datang untuk melawat.
Gunung Fuji hanya tempat untuk beribadat,
dan bukan untuk kunjungan para pelancong.
Tetapi bila ianya dibuka kepada pelancong asing sekitar 10 tahun yang lalu,
kawasan laluan ini semakin membangun.
Pelancong daripada China, Korea juga Asia mula berkunjung ke sini.
Jadi pusat ini dibina untuk para pelancong yang semakin meningkat.



Semasa di sini,
aku sempat menonton video tentang sejarah juga perkembangan yang berlaku di kawasan ini.
Ianya masih dianggap tempat suci oleh warga Jepun.
Isu sampah-sarap dan kebanjiran pelancong telah berjaya ditangani.


Anak dan wife sempat menyewa kimono untuk bergambar kenangan.
Aku pula sekadar menonton sahaja.
Malu nak menyewa dan memakai pakaian samurai.



Sekitar waktu tengahari aku dibawa ke satu kawasan perkampungan yang cantik.
Banyak restoran telah dibuka dikawasan tersebut untuk para pelancong.
Pemandangan tasik, sungai juga kolamnya memang cantik.
Tetapi bila hujan semakin lebat,
aku nak kena berteduh juga.
Aku singgah disalah sebuah restoran disitu untuk memanaskan badan.
Bila mereka lihat kami ini Muslim,
hidangan ikan dan sotong bakar kami dialas dengan pinggan kertas.
Hanya itulah makananku untuk tengahari itu,
disamping Green Tea panas yang dibancuh sendiri.


Sotong dan ikan bakar ini sangat enak.
Tiada rencah digunakan.
Hanya ikan segar dilumur dengan garam,
dan dibakar diatas api yang kuat.
Mungkin kerana suasananya,
tetapi itulah makanan paling sedap pernah aku rasa sepanjang di Jepun ini.
Dan resepinya dah banyak kali aku ulang bila berada diMalaysia.
Memang mencetus memori kembali ke Jepun setiap kali memakannya.


Sekitar jam 3 petang,
aku dah berada dilokasi terakhirku untuk hari ini.
Gotemba Premium Outlets.
Ada ratusan kedai barangan berjenama yang menjual barangan pada harga lebih murah.
Pelancong daripada tanah besar China paling ramai di sini.
Mereka kelihatan sangat kaya.
Membeli-belah tanpa ada sekatan wang.


Aku tidak membeli apa-apa di sini.
Aku dah puas membeli mainan semasa di Osaka.
Duit pun dah takda.


Perjalanan kembali ke Tokyo sangat lambat.
Jalan jem teruk.
Masa itu ramai pekerja sedang pulang daripada pejabat.
Khabarnya esok adalah hari cuti umum di Jepun.
Itu mungkin jadi sebab kenderaan memenuhi jalan-jalan utama.


Perjalanan menuju ke hotel terlewat setengah jam daripada jangkaan.
Aku tiba dihotel hari dah gelap.
Nasib baik bilik-bilik kami dah siap.
Tinggal angkat beg dan masuk ke lif sahaja.


Hotel yang kami duduki terletak kira-kira setengah jam perjalanan untuk ke bandaraya Tokyo.
Aku dapat dua bilik yang agak berjauhan.
Tetapi seperti di Osaka,
aku sangat puashati dengan kelengkapan yang ada.
Katilnya luas.
Bilik airnya pun luas.
Dan paling penting,
ada kawasan dan peralatan untuk memasak.



Malam itu hujan akhirnya berhenti.
Tetapi suhu masih dibawah 10 darjah celcius.
Sekitar hotel lengang bila aku turun.
Semua kedai dah tutup.
Tiada restoran atau kedai-kedai yang masih dibuka.


Dengan bantuan Googlemaps,
aku menemui kedai serbaneka 7-Eleven tak jauh daripada hotelku.
Sekiranya anda semua ke Jepun,
kedai 7-Eleven di sini adalah yang terbaik.
Apa yang kita nak semua ada di sini.
Kedainya pun sangat banyak.
Khabarnya Jepun memiliki rangkaian 7-Eleven terbanyak didunia.


Berbanding 7-Eleven di Malaysia,
kedai di sini memiliki segala kemudahan.
Aku suka minum kopinya.
Banyak makanan halal boleh dijumpai di sini.
Harganya pun sangat berpatutan.
Kalau ikut pendapat pelajar yang jadi tour-guide kami,
ada banyak mazhab dan pendapat tentang makanan halal di sini.
Nak cari yang ada logo halal memang takkan jumpalah.
Nak cari yang betul-betul halal pun susah juga.
Kadang-kadang roti pun ada alkohol.
Jadi mereka ikut naluri masing-masing.
Yang penting jangan was-was.
Itu sahaja pesannya.


Selain 7-Eleven,
Lawson pun kedai serbaneka yang berguna juga.
Malah ada kedai Lawson yang seperti pasar basah.
Menjual sayur-sayuran dan buah-buahan segar pada harga murah.
Di sini buah-buahannya sangat rangup serta manis.
Kepada peminat buah sepertiku,
hari-hari aku mesti mencari buah-buahan di sini.


Pukul 10 malam aku kembali ke bilik hotel.
Dengan free WiFI selaju 50MBPS,
anak-anak langsung tak mengeluh.

Esok adalah hari terakhir aku di Jepun.
Ada banyak tempat nak dilawati.
Tetapi mungkin cuaca tak menyebelahiku kali ini.

Bersambung.




Ulasan

  1. memang suka masuk kombini store jepun, macam-macam ada... setiap malam mmg akan buat lawatan hormat ke kombini store

    BalasPadam
  2. Seafood mereka memang sangat simple. Tapi masaknya jangan terlalu lama. Maka sotong yang dikunyah pun rasa macam butter melt in the mouth...

    BalasPadam
  3. Suka tengok pemandangan di sana.
    psstt: Saya singgah sini dari blog kak Aziela.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam singgah aizamia.
      Saya dah makin jarang singgah sini.
      Blog dah tak popular...

      Padam

Catat Ulasan

THE MOST POPULAR POSTS

Aku dan Tinted Kereta

Hari ini klinik sunyi sikit. Jadi banyak benda2 lain aku boleh buat. Antaranya survey market untuk pasang tinted kat cermin kereta aku. Menurut Akta JPJ: Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) untuk Kaedah2 Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin2 depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. Tapi kat kedai, mana ada ikut undang2. Semuanya JPJ Compliance (kononnya). Tapi janji kau nak pasang, mereka pasang. Risiko tanggung sendirilah.

Film tinted ialah filem plastik jernih ataupun laminate metallic yang dipasang pada cermin2 kereta bertujuan untuk mengurangkan panas bahang cuaca khatulistiwa, mendapatkan suasana lebih privasi dan juga untuk lebih cantik dipandang.

Kalau kita ke kedai2 aksesori kereta, macam2 jenis tinted ada. Macam2 brand ada. Biasanya mereka kata mereka punya lebih bagus dan lebih murah banding tempat lain. Kalau nak yang murah memang ada, teta…

Aku dan Toyota Vellfireku

Bro, cuba tulis tentang Vellfire/Alphard pula...
dulu dah tulis tentang Estima...
Especially tentang button2 dan radio/camera berbahasa Jepun...
tentang risiko buying Jap recond ni...
TQ

Ada orang suka kereta tempatan.
Ada orang suka kereta Eropah.
Tapi aku suka kereta buatan Jepun.
Honda CRV aku pernah pakai.
Tetapi Toyota Estima adalah yang terbaik
sepanjang 15 tahun aku memandu di jalan raya.

Bila aku terpaksa menggantikan Estima aku,
aku hanya ada dua pilihan.
Downgrade ke Honda Odyssey
atau upgrade ke Toyota Alphard/Vellfire.
Selepas 12 bulan membuat penyelidikan,
juga mengumpul wang pendahuluan,
Vellfire adalah pilihan paling tepat.


Vellfire dan Alphard adalah adik-beradik.
Enjinnya enjin yang sama.
Ruang kokpit pun lebih kurang sama.
Cuma ada modifikasi luaran yang nyata.
Iaitu lampu depan dan lampu belakang bertingkat.
Juga grill depan yang menjadikannya kelihatan lebih ganas.

Aku suka kereta buatan Jepun.
Ianya sangat reliable.
Kos penyelenggaraannya lebih kurang sama dengan kere…

Aku dan Toyota Estima

Toyota Estima dikenali sebagai Toyota Previa di US dan Toyota Tarago di Australia. Ia adalah kereta jenis MPV dan mula dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 1990 lagi. Estima di atas adalah kereta Estima generasi pertama yang dikeluarkan antara tahun 1990-2000. Di sini, ia dikenali sebagai BEAN. Ini dikira kereta klasik jugaklah.

Ini adalah Estima generasi kedua yang dikenali sebagai SEPET. Aku cukup berkenan dengan bentuk lampu depannya. Ia dikeluarkan antara tahun 2001-2005. Kereta2 ini banyak betul dibawa masuk ke Malaysia dan jangan harap dapat yang baru. Semuanya recondition daripada Jepun.

Estima generasi ketiga ini pula dikenali sebagai NINJA dan mula dibawa masuk ke Malaysia sekitar tahun 2007. Estima jenis ini terlebih advanced termasuk boleh parking sendiri secara automatik. Aku kurang berkenan dengan lampu depan dan belakangnya. Tapi interiornya memang superb.
Aku nak cerita sedikit pasal Estima SEPET yang aku gunakan sekarang. Aku memang dah study habis se…

Aku dan Suka-Duka 2018

Pejam celik 2018 sudah sampai dipenghujungnya.
Cepat betul masa berlalu.
Hari-hari keluar masuk klinik,
masuk pagi dan keluar dah pun malam.
Tanpa sedar seminggu dah berlalu.
Lepas tu sebulan berlalu.
Dan sekarang setahun sudah hampir berlalu.

2018 tetap tidak menghampakan.
Banyak peristiwa suka-duka aku lalui.
Paling menarik di tahun ini tentunya perubahan politik negara.
Selepas 60 tahun memerintah,
akhirnya UMNO dan BN berjaya dikalahkan.
Walaupun pelbagai cara dilakukan untuk mengekalkan kuasa,
kuasa rakyat lebih kuat daripada kuasa parti pemerintah.
Baca cerita politik aku di sini.

Cerita politik memang tak pernah habis.
Setiap hari mesti ada benda baru yang nak diviralkan.
Daripada benda-benda besar hinggalah benda-benda remeh.
Daripada isu-isu 1MDB hinggalah isu kasut hitam untuk pelajar sekolah.
Dan yang paling terbaru,
isu rusuhan di kuil seterusnya isu ICERD.
Aku sekadar membaca sahaja isu-isu tersebut.
Aku malas nak mengulas.
Sebab bila aku mengulas ramai yang akan sentap.

Aku dan Honda Odyssey Siri 4

Semenjak Estimaku sakit, aku mula buat kajian mendalam mengenai Odyssey. Bukannya nak tukar daripada Estima ke Odyssey tetapi jika Estimaku makin tenat, aku terpaksa jugalah membuat pilihan. Jadi, pengalaman mencari dan membeli kereta recond 4 tahun yang lalu mengajarku bahawa aku perlu bersedia sebelum keluar dan berjumpa dengan salesman2 kereta yang kadang2 terlebih pandai. Sebelum aku terkena, baik aku bersedia untuk mengenakan mereka. Kalau aku rasa macam tak betul aje, aku boleh mengesan awal dan berpindah ke kedai lain.

Berikut adalah hasil kajian aku sepanjang seminggu ini:
Generasi pertama Odyssey menggunakan kod RA1-RA5 adalah keluaran antara tahun 1995 hingga 1999. RA1 dan RA3 untuk pemanduan 2WD manakala 2 dan 4 untuk pemanduan 4WD. RA5 adalah untuk enjin 3.0L manakala yg lain guna enjin 2.4L sahaja.Generasi kedua Odyssey menggunakan kod RA6-RA9 adalah untuk keluaran selepas 1999- 2003. Kod membezakan kapasiti enjin dan jenis pemanduan sama seperti kereta2 generasi pertama.…