Langkau ke kandungan utama

Aku dan Tsunami Rakyat 9 Mei 2018

Pukul 6 petang 8 Mei 2018.
Isteriku menelefonku.
Dia tersekat dikesesakan jalan raya paling teruk pernah dilaluinya.
Jalan utama sekitar daerah Kulai sangat sesak.
Ramai orang berpusu-pusu nak balik kerja,
Juga berpusu-pusu nak balik mengundi dikampung.
Dikhabarkan semua lebuhraya seluruh negara pun sesak teruk.
Ramai yang mempertikaikan,
Kenapa perlu mengundi pada hari Rabu?
Satu daripada banyak langkah-langkah SPR yang dianggap memihak kepada parti pemerintah dan nampak berat sebelah.
Itulah silapnya SPR sebagai badan bebas.
Semakin ditekan,
Rakyat semakin bersemangat untuk keluar mengundi.

Pukul 9 malam.
Aku masih berada dipejabat.
Menunggu pelanggan sambil streaming live FB.
Tun Mahathir dan Datuk Seri Najib akan menyampaikan amanat terakhir sebelum pilihanraya.
Tun Mahathir berucap di dewan kecil sahaja daripada pulau Langkawi.
Kehadiran penonton pun tak ramai.
Tapi yang live streaming mencecah 200 ribu views.
Beberapa minit sebelum Tun berucap,
Live streaming tiba-tiba terhenti.
Seolah ada sekatan.
Tapi jangan risau.
Ada banyak saluran alternatif dikongsi melalui Whatsapp.
Tun pun bercakap tak lama.
Berpesan tentang intergriti dan hak-hak sebagai pengundi.
Tiada langsung janji-janji pilihanraya.
Hanya menggalakkan rakyat untuk keluar mengundi.
Datuk Seri Najib pun memberi amanat terakhirnya pada masa yang sama.
Ada gula-gula baru nak dihulurkan.
Tol percuma pada hari raya,
Pengecualian income tax untuk individu bawah 26 tahun,
Dan cuti puasa tambahan dua hari.
Adakah rakyat akan terperdaya lagi?

Pukul 10.30 malam.
Aku masih tersekat dikesesakan jalan raya ketika pulang bekerja.
Jalan depan pejabat masih lagi sesak.
Ada banyak kenderaan berhenti ditepi jalanraya.
Rupa-rupanya ada ceramah perdana Pakatan Harapan.
Amanat terakhir Tun ditayang secara live.
Patutlah dah macam ada pesta muda-mudi dikawasan itu.

9 Mei 2018.
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.
Hari untuk mengundi.
Belum pun pukul 9 pagi,
Ramai yang dah menunjukkan inai dijari.
Menandakan mereka dah keluar menunaikan tanggungjawab.
Ada yang mengadu kena beratur panjang.
Ada yang kena tunggu 2-3 jam.
Tetapi ada juga yang selesai kurang daripada setengah jam.
Kali ini tiada khabar angin tentang pengundi hantu.
Mat Bangla atau Indon sesat dipusat mengundi pun takda.
Pukul 2 petang aku ke pergi tempat mengundi bersama ibuku.
Dah 3 kali aku mengundi ditempat yang sama.
Kawasan aku adalah kawasan selamat untuk parti pemerintah.
Letak calon apapun,
Pasti yang menang adalah calon parti pemerintah.
Penyokong tegarnya ramai termasuk ibuku sendiri.
Aku ada bertanya dengan ibuku.
Walaupun dia selalu mengeluh harga barang semakin naik,
Dia masih tak berani nak berubah.
“ Tun tu dah tua, patutnya biarlah dia berehat. “
Itu jawapannya.
Dan lepas tu aku tak bertanya lagi.
Aku beratur di saluran 3.
Tak sampai setengah jam,
aku selesai membuat pilihan.
Tak sabar pula nak menanti keputusan.

Pukul 10 malam.
Keputusan pilihanraya masih banyak yang tidak diketahui.
Proses penjumlahan undi berlaku sangat lambat.
SPR seolah-olah tidak mahu mengumumkannya.
Saluran tv1, tv3 juga Astro Awani semuanya 2 kali 5 sahaja.
Mereka kata mereka hanya boleh mengeluarkan keputusan yang sah daripada SPR sahaja.
Ketika internet dah boleh mengeluarkan keputusan untuk 70 kawasan,
tv hanya mengeluarkan keputusan untuk 30 kawasan sahaja.
Bila keputusan lambat dikeluarkan,
Macam-macam spekulasi keluar di group Whatsapp.
Ada peti undi hantu di Johor Jaya,
Ada rusuhan di Simpang Renggam,
Ada ratusan askar dikerah ke Putrajaya.
Akan ada rusuhan dan perintah darurat.
Malah bermacam-macam lagi cerita keluar.
Ramai yang mempertikaikan SPR.
Sebab negeri sebesar dan seluas Sarawak boleh mengeluarkan keputusan paling awal,
Negeri kecil seperti Melaka dan Perlis pun tak boleh nak dapat keputusan lebih cepat.
Itu yang memusykilkan.
Ada seorang pengulas di Astro Awani sampai hilang sabar.
Disuruhnya pengerusi SPR letak jawatan.
Namun SPR hanyalah alat.
Yang berkuasa adalah rakyat.
Keputusan yang diumumkan selepas itu memang memeranjatkan.
Bila BN banyak hilang kerusi di Sarawak,
Itu memberi satu petanda yang tidak baik kepada BN.
Kekalahan presiden-presiden parti komponen BN,
Satu demi satu,
Juga kekalahan BN dikawasan-kawasan selamat terutama di Johor,
Menunjukkan tsunami rakyat dah berlaku.
BN akhirnya berjaya dikalahkan.

Pukul 12 tengah malam.
Pengerusi SPR membuat sidang akhbar.
Memberi pelbagai alasan kenapa keputusan lambat dikeluarkan.
PWTC pula khabarnya sunyi-sepi.
Tiada komrad BN berada di sana seperti selalu.
Ada beberapa orang sekadar berkumpul dirumah Datuk Seri Najib.
Tak lama selepas itu Tun Mahathir membuat sidang akhbar.
Mempersoalkan kelewatan SPR mengisytiharkan keputusan pilihanraya.
Tun Mahathir juga dengan beraninya mengumumkan bahawa Pakatan Harapan dah menang pilihanraya dengan majoriti mudah.
Berita ini pun aku ketahui melalui Channel News Asia Singapura.
Tv Malaysia haram tak berani nak keluarkan.

Pukul 6 pagi 10 Mei 2018.
Aku bangun dengan harapan dan semangat baru.
Keagungan dan keangkuhan pemerintahan BN dah berakhir.
BN akhirnya berjaya ditewaskan.
Walaupun pelbagai cara dilakukan untuk memastikan BN kekal berkuasa,
Kuasa rakyat mengatasi segala-galanya.
Malaysia mencatat satu sejarah baru.
Tanpa perlu mengorbankan nyawa,
Tanpa perlu mengangkat senjata,
Tanpa perlu berarak di atas jalan raya,
Parti pemerintah berjaya dikalahkan.
Hebat sungguh manusia bernama Tun Mahathir ini.
Kesungguhan dan kesanggupan Tun Mahathir memacu rakyat untuk menumbangkan BN sangat-sangat menakjubkan.
Pagi itu perlahan-lahan aku hadam satu-persatu.
Hampir semua negeri kecuali Sarawak, Pahang dan Perlis telah jatuh.
Kelantan dan Terengganu juga jatuh kepada PAS.
Rakyat dah membuat pilihan.
Mereka tak mahu Najib.
Mereka tak mahu BN.
Mereka mahu Tun Mahathir.
Proses pembentukan kerajaan dan melantik perdana Menteri baru sangat rumit rupanya.
Maklumlah ini kali pertama parti pembangkang menang di Malaysia.
Pakatan Harapan juga tidak didaftarkan secara sah.
Tun Mahathir pula tidak mempunyai kuasa majoriti diparlimen.
Partinya kecil sahaja.
Walaupun keputusan pilihanraya disahkan pada jam 4 pagi,
Keputusan bertulis hanya sampai ke tangan DYMM Agong pada jam 2.30 petang.
Atas sebab-sebab itulah,
Tun Mahathir hanya sah menjadi perdana Menteri yang baru selepas jam 9.30 malam.
Dan bila prosedur ini lambat,
Macam-macam spekulasi keluar.
Ada yang kata Agong tak suka dengan Tun Mahathirlah,
Ada yang kata Sultan Johor dan Sultan Selangor juga tak setuju dengan perlantikan Tun lah.
Macam-macam desas-desus.
Tapi itulah tanggungjawab sebagai DYMM Agong.
Ini hal masa depan negara.
Semuanya kena ikut peraturan dan perlu ada hitam putihnya.
Di tv tidak disiarkan.
Tetapi diinternet disebarkan.
Bagaimana rakyat Malaysia berduyun-duyun keluar ke jalan raya.
Masing-masing nak menunjukkan penghargaan mereka kepada Tun.
Ada satu perasaan aneh dalam dadaku.
Mungkin sama dengan perasaan datuk nenek kita masa Malaysia nak mencapai kemerdekaan dulu.
Itulah perasaanku.
Seolah-olah Merdeka untuk kali yang kedua.

Pukul 11 malam.
Aku menonton sidang akhbar pertama Tun selepas disahkan menjadi perdana Menteri yang baru.
Bukan ditv1 atau tv3.
Aku menontonnya di Channel News Asia Singapura.
Live dan tidak diedit.
Tun Mahathir bukan orang tua berusia 92 tahun yang aku kenal.
Tun Mahathir adalah Tun Mahathir yang pernah aku kenal.
Otaknya masih tangkas.
Jawapan-jawapannya masih tajam menikam.
Semuanya pendek-pendek, tepat dan jelas.
Budaya Cash Is King dah tiada lagi.
Wang 1MDB akan cuba dibawa kembali.
Beberapa ketua agensi kerajaan akan dipotong lehernya.
Aku lahir daripada keluarga miskin.
Tanpa dasar-dasar ekonomi Tun Mahathir,
Aku pasti tak mampu nak menjadi seorang doktor seperti sekarang.
Itu sebab aku rasa sangat terhutang budi kepadanya.
Dan belum cukup aku nak membayar hutang budinya,
Aku terhutang budi sekali lagi kepadanya.
Mungkin aku pernah rasa marah atas apa yang dibuatnya keatas Datuk Seri Anwar.
Sebagaimana Datuk Seri Anwar sekeluarga telah memaafkannya,
Aku pun begitu juga.
Seperti kata Kak Wan,
Kita tak boleh mengubah perkara-perkara yang dah lepas,
Tetapi kita masih boleh mencorak masa depan.
Masih ada segelintir rakyat yang skeptik dengan Tun Mahathir dan Pakatan Harapan.
Penyokong tegar BN terutamanya.
Kata-kata mereka masih angkuh dan tak dapat menerima kenyataan.
Lantaklah.
Yang penting majoriti rakyat Malaysia dah berani untuk berubah.
Momokan isu-isu agama dan gula-gula pilihanraya dah tak relevan.

Aku sayang Tun Mahathir.
Semoga beliau panjang umur dan kekal sihat.
Banyak masalah negara yang perlu diselesaikan.
Aku yakin dengan pasukan Pakatan Harapan.
Kejayaan mereka memerintah Pulau Pinang dan Selangor boleh menjadi bukti.
Apatahlagi dengan adanya Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim nanti.
Semoga Malaysia kembali gah dipersada dunia.
Hidup Tun Mahathir!
Terima kasih rakyat Malaysia.
Ini kejayaan kita bersama.



Ulasan

  1. Saya juga. Sangat2 gembira dengan perubahan besar ini. Walaupun bukan simple majority, tapi kita dah jumpa jalan. Let them do the rest. Beri masa untuk pembersihan di jalankan…

    BalasPadam
  2. Wow! meremang membacanya... Alhamdulillah, semua rakyat bersatu, Alhamdulillah

    BalasPadam
  3. Sebakkan doc. Sy pun ada perasaan itu. Merdeka! Merdeka! Merdeka!!!

    BalasPadam
  4. Mak Long mengikuti perkembangan tanah air dari jauh. Berbagai pergolakan dan delima rakyat di bawah payong bocor pemerintah. Akhirnya suara rakyat mendapat tempat. DrM seorang insan yang dikurnia Allah dengan keberanian dan kebolehan yang tinggi.

    BalasPadam

  5. شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

    شركة المثالية للتنظيف
    شركة المثالية للتنظيف بالدمام
    شركة المثالية للتنظيف بالخبر

    BalasPadam

Catat Ulasan

THE MOST POPULAR POSTS

Aku dan Tinted Kereta

Hari ini klinik sunyi sikit. Jadi banyak benda2 lain aku boleh buat. Antaranya survey market untuk pasang tinted kat cermin kereta aku. Menurut Akta JPJ: Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) untuk Kaedah2 Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin2 depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. Tapi kat kedai, mana ada ikut undang2. Semuanya JPJ Compliance (kononnya). Tapi janji kau nak pasang, mereka pasang. Risiko tanggung sendirilah.

Film tinted ialah filem plastik jernih ataupun laminate metallic yang dipasang pada cermin2 kereta bertujuan untuk mengurangkan panas bahang cuaca khatulistiwa, mendapatkan suasana lebih privasi dan juga untuk lebih cantik dipandang.

Kalau kita ke kedai2 aksesori kereta, macam2 jenis tinted ada. Macam2 brand ada. Biasanya mereka kata mereka punya lebih bagus dan lebih murah banding tempat lain. Kalau nak yang murah memang ada, teta…

Aku dan Toyota Vellfireku

Bro, cuba tulis tentang Vellfire/Alphard pula...
dulu dah tulis tentang Estima...
Especially tentang button2 dan radio/camera berbahasa Jepun...
tentang risiko buying Jap recond ni...
TQ

Ada orang suka kereta tempatan.
Ada orang suka kereta Eropah.
Tapi aku suka kereta buatan Jepun.
Honda CRV aku pernah pakai.
Tetapi Toyota Estima adalah yang terbaik
sepanjang 15 tahun aku memandu di jalan raya.

Bila aku terpaksa menggantikan Estima aku,
aku hanya ada dua pilihan.
Downgrade ke Honda Odyssey
atau upgrade ke Toyota Alphard/Vellfire.
Selepas 12 bulan membuat penyelidikan,
juga mengumpul wang pendahuluan,
Vellfire adalah pilihan paling tepat.


Vellfire dan Alphard adalah adik-beradik.
Enjinnya enjin yang sama.
Ruang kokpit pun lebih kurang sama.
Cuma ada modifikasi luaran yang nyata.
Iaitu lampu depan dan lampu belakang bertingkat.
Juga grill depan yang menjadikannya kelihatan lebih ganas.

Aku suka kereta buatan Jepun.
Ianya sangat reliable.
Kos penyelenggaraannya lebih kurang sama dengan kere…

Aku dan Toyota Estima

Toyota Estima dikenali sebagai Toyota Previa di US dan Toyota Tarago di Australia. Ia adalah kereta jenis MPV dan mula dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 1990 lagi. Estima di atas adalah kereta Estima generasi pertama yang dikeluarkan antara tahun 1990-2000. Di sini, ia dikenali sebagai BEAN. Ini dikira kereta klasik jugaklah.

Ini adalah Estima generasi kedua yang dikenali sebagai SEPET. Aku cukup berkenan dengan bentuk lampu depannya. Ia dikeluarkan antara tahun 2001-2005. Kereta2 ini banyak betul dibawa masuk ke Malaysia dan jangan harap dapat yang baru. Semuanya recondition daripada Jepun.

Estima generasi ketiga ini pula dikenali sebagai NINJA dan mula dibawa masuk ke Malaysia sekitar tahun 2007. Estima jenis ini terlebih advanced termasuk boleh parking sendiri secara automatik. Aku kurang berkenan dengan lampu depan dan belakangnya. Tapi interiornya memang superb.
Aku nak cerita sedikit pasal Estima SEPET yang aku gunakan sekarang. Aku memang dah study habis se…

Aku dan Doktor Lokum

Locum doctor bermaksud doktor sambilan atau part time. Locum tu istilah luar negara yang telah selalu diguna pakai disini. Masa aku kerja di kerajaan dulu, aku kena selalu buat locum untuk menampung kehidupan yang selalu kesempitan. Nak harap gaji kerja kerajaan mana cukup masa itu. Sebenarnya kalau aku sebagai kakitangan kerajaan, aku tak boleh buat kerja2 sambilan seperti itu tetapi disebabkan ramai yang buat, kerajaan buat2 tak tahu sahaja. Selagi ianya tidak menjejaskan kerja2 di hospital, pengarah hospital buat2 tak nampak aje.

Selain faktor kewangan, aku buat locum untuk mencari pengalaman baru. Satu hari bila aku dah bersedia untuk bukak klinik sendiri, taklah panik atau pening bila nak manage klinik sendiri. Aku memang dah target tak nak sambung belajar. Cukup masa aku nak bukak klinik sendiri. Jadi sepanjang bekerja di hospital, aku memang sentiasa membuat persediaan dan perancangan ke arah itu.

Masa aku jadi houseman di Muar, ramai member2 sebaya yang giler buat locum. Pant…

Aku dan Honda Odyssey Siri 4

Semenjak Estimaku sakit, aku mula buat kajian mendalam mengenai Odyssey. Bukannya nak tukar daripada Estima ke Odyssey tetapi jika Estimaku makin tenat, aku terpaksa jugalah membuat pilihan. Jadi, pengalaman mencari dan membeli kereta recond 4 tahun yang lalu mengajarku bahawa aku perlu bersedia sebelum keluar dan berjumpa dengan salesman2 kereta yang kadang2 terlebih pandai. Sebelum aku terkena, baik aku bersedia untuk mengenakan mereka. Kalau aku rasa macam tak betul aje, aku boleh mengesan awal dan berpindah ke kedai lain.

Berikut adalah hasil kajian aku sepanjang seminggu ini:
Generasi pertama Odyssey menggunakan kod RA1-RA5 adalah keluaran antara tahun 1995 hingga 1999. RA1 dan RA3 untuk pemanduan 2WD manakala 2 dan 4 untuk pemanduan 4WD. RA5 adalah untuk enjin 3.0L manakala yg lain guna enjin 2.4L sahaja.Generasi kedua Odyssey menggunakan kod RA6-RA9 adalah untuk keluaran selepas 1999- 2003. Kod membezakan kapasiti enjin dan jenis pemanduan sama seperti kereta2 generasi pertama.…