Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2018

Aku di The Shore Oceanarium Melaka

Imej
Aku pun dah lupa bila masa aku sampai ke tempat ini. Bayaran masuknya agak mahal. Tetapi berbaloi. Sebab selain melihat, kita boleh berinteraksi dengan haiwan-haiwan tersebut.
Puashati tengok ikan besar-besar dan gemuk-gemuk. Cukup rapi penjagaannya.


Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Hujung minggu lepas ada seorang kawan daripada luar kawasan mencari aku.
Umur lebih kurang sebaya.
Heavy smoker.
Dan jarang ambil endah pasal kesihatannya.
Medical card dah setahun tak bayar pun buat tak endah sahaja.

3 hari sebelum raya,
Dia kena heart attack.
Dimasukkan ke hospital kerajaan diluar Johor hampir 2 minggu.
Itupun keluar wad atas risiko sendiri.
Tak tahan tengok ahli keluarganya beraya dihospital.

Seminggu dirumah dia tak keruan.
Nafasnya sempit,
Dadanya berat.
Kakinya bengkak.
Langsung tak boleh tidur.
Dia meminta isterinya membawanya kepadaku.

Aku terkejut melihat keadaannya.
Mukanya sugul.
Matanya bengkak.
Berat badannya susut.
Emosinya tak stabil.
Banyak betul yang menganggu fikirannya.

Aku baca surat yang dibawanya.
Teruk keadaan jantungnya.
Dia agak terlewat didiagnosis serangan jantung.
Pergi ke klinik beberapa kali doktor cuma kata sakit gastrik sahaja.

Banyak kesilapan yang telah dilakukannya.
Tetapi aku cakap kat dia,
Kita tidak boleh mengubah apa yang telah …

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Aku nak cerita pasal seorang pesakit aku lagi hari ini.
Maaflah.
Kalau mood aku kurang baik,
Aku akan rajin menulis.
Bacalah kalau nak baca.

Pesakit ini panel diklinik aku.
Penghidap kencing manis tegar.
Setiap kali datang ke klinik,
Bacaan gulanya tak pernah dibawah 10.0
15.0-25.0 itu biasa sahaja baginya.
Dia memang ada makan ubat.
Maksimum dosnya.
Tetapi ubat untuk sebulan,
Boleh bertahan sampai 2-3 bulan.
Maksudnya makan ubat tak ikut peraturan.
Nak berjimat katanya.
Antara puncanya ialah tiada kenderaan untuk datang ke klinik.
Juga sibuk mengurus ibunya yang dah uzur.
Dulu bekas suaminya ada menolong mengambilkan ubat diklinik.
Tetapi sejak dah berkahwin baru,
Dia hilang entah kemana.
Suami barunya pun tak boleh diharap sangat.
Duduk berasingan dan sibuk dengan kerjayanya.

Aku memang rapat dengannya.
Setiap kali ada kudis dikakinya,
Memang akulah yang kena buat dressing.
Selagi tak baik,
Dia takkan pergi tempat lain.
Penat aku menasihatkannya ambil ubat diklinik kerajaan.
Ubat b…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Nak baca cerita pesakit lagi?
Ini kisah seorang lelaki dewasa.
Berjawatan tinggi disebuah kilang di sini.
Berpenyakit kencing manis dan tinggi kolesterol dah lama.
Makan ubat pun pelbagai jenis.
Sangat disiplin dengan ubat yang diambilnya.
Tidak merokok.
Tetapi kehidupannya agak stress terutama berkaitan dengan kerjayanya.

Bulan April yang lalu dia datang klinik kerana simptom yang sangat biasa.
Batuk, selsema juga sakit dada sikit-sikit.
Aku bertanya,
“ You have medical card right? “
“ I think you better do full check up. “
“ In case something wrong with your heart . “
Dia setuju.

Seminggu kemudian dia pergi ke sebuah klinik pakar jantung di Johor Bahru.
Memandangkan keadaannya yang tidak kelihatan serius,
Dia diberi temujanji seminggu yang akan datang.
Datang untuk buat Stress Test.
Pada hari dia nak buat Stress Test,
Dia collapsed dibilik Stress Test.
Dia kena serangan jantung masa itu juga.
Nasib baik doktor dan kakitangan kesihatan ada di situ,
Dia segera ditolak ke Bilik Kecemasan…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Pesakit #1:

Pesakit ini bekerja di sebuah kilang di Singapura.
Semalam dia telah mendapat rawatan diklinik panelnya di Singapura.
Katanya sakit mata.
Doktor dah beri dia MC satu hari.
Lewat pagi ini dia datang ke klinik aku.
Supervisornya nak minta surat pengesahan menyatakan dia dah sihat dan boleh bekerja.
Takut penyakitnya merebak dikilang katanya.
Aku tengok matanya macam mata aku juga.
Takda apa-apa.
Lalu aku tulis suratlah menyatakan matanya dah sembuh.
Lepas tu dia minta pula MC untuk hari ini.
Dia tak pergi bekerja pagi ini.

“ Tadi kakak cakap mahu surat kata sudah sihat?
Mahu masuk kilang. Saya tulislah sudah sihat. “
“ Itu surat untuk esok doktor. Hari ini saya tak pergi kerja.”
“ Mata kakak sudah tak sakit. Jadi bolehlah pergi kerja.
Tak payah MC. Takda masalah. Boleh masuk kilang”
“ Sekarang sudah tengahari, macamana mahu pergi kerja? “
“ Haiya! Kakak mahu saya tulis MC sebab hari sudah tengahari ke? “

Sebagaimana aku pening pasal GST dan SST,
masalah pesakit ini rupanya …

Aku dan Kembara Jepun: Hari Kelima

Imej
Dah berbulan-bulan aku sangkut dientri ini. aku tak boleh move-on selagi entri ini tak siap. Jadi aku cuba siapkan hari ini.

Hari Kelima juga hari terakhir aku berada diJepun.
Malam ini aku akan bertolak balik ke Malaysia.
Rasa belum puas lagi berjalan-jalan di Jepun.
Masih banyak lokasi yang ingin dilawati.


Pukul 10 pagi aku dah keluar bilik.
Siap checked out bilik hotel sekali.
Subway Pass untuk sehari ini aku dah dapat.
Boleh pergi kemana sahaja.
Tetapi cuaca hari ini langsung tak menyebelahiku.
Hujan masih berterusan.
Diramal akan terus hujan sehingga esok.
Ikut kata kakak Ita yang bawa aku,
hari ini tiada tour guide.
Jadi pandai-pandailah sendiri mencari jalan nak ke Tokyo.


Ketika hujan renyai-renyai,
aku redah juga keluar hotel untuk ke stesen keretapi.
Jauh juga perjalanannya.
800 meter jaraknya.
Suhu pun sejuknya sampai ke tulang.
Satu pengalaman baru yang tak mungkin kulupakan.



Pukul 11.30 pagi, aku tiba di kawasan Shibuya. Tempat paling happening di Tokyo. Ada tugu kucing y…