Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2018

Aku dan Cameron Highlands Hari Kedua

Pagi hari kedua di CH.
Sejuknya sederhana.
Memandangkan hotel tidak menyediakan sarapan untuk kami,
maka aku dan wife masak nasi lemak untuk sarapan pagi.
Sambal, ikan bilis aku dah siapkan daripada rumah,
manakala yang lainnya dibuat dibilik.
Kalau kat Jepun boleh masak sambal,
takkanlah kat CH tak boleh kan?


Cadangnya pukul 8 pagi nak naik jep untuk memanjat gunung.
Tetapi sebab hujan,
program ditangguh ke pukul 10 pagi.
Program ini diatur oleh kawan wife aku yang kebetulan ada diCH.
Kami menyewa sebuah 4X4,
muat untuk 10 orang.
Kami dibawa melalui jalan-jalan sempit dan berliku untuk ke Mossy Forest.
Dan masa baliknya singgah di Ladang Teh Sg Palas.


100 ringgit adalah sangat berbaloi jika nak banding menggunakan kereta sendiri.
Sayang kereta beb.
Lagipun jalannya sempit.
Memang kena tunggu giliran kalau berselisih dengan kenderaan arah bertentangan.


Perjalanan ke puncak gunung Brinchang memakan masa lebih 20 minit.
Lagi lambat kalau kenderaan banyak.
Mana-mana yang tak sayang kere…

Aku dan Cameron Highlands Hari Pertama

Pagi Jumaat yang lalu, aku memulakan perjalanan untuk ke Cameron Highlands. Entah kali keberapa aku ke CH aku pun tak kira dah. Tetapi rasanya dua tahun sekali aku akan ke tempat ini. Agak nostalgic tempat-tempat di CH. Banyak kenangan. Banyak memori manis tersimpan di sini.
Cadangnya awal pagi lagi dah nak bertolak. Tetapi bila emak mertua kena masuk wad sebab patah tangan, wife terpaksalah ambil giliran menjaganya diwad dahulu. Pukul 10 pagi baru bertolak daripada rumah. Singgah sebentar di UPM untuk ambil anak. Pukul 3 petang baru nak bertolak semula ke CH. Perjalanan dilebuhraya agak lancar. Cuaca pun panas berdeting. Memang tak sabar-sabar nak sampai di CH.

Sekitar 8 malam aku akhirnya tiba dihotel penginapanku. Ini kali kedua aku menginap di sini. Lokasinya di Kea Farm sahaja. Kira-kira 5 km sebelum sampai ke Tanah Rata. Aku menempah apartment dua bilik. Ada ruang tamu, meja makan juga kawasan dapur untuk memasak. Walaupun hotelnya agak usang, juga peralatan biliknya pun agak k…

Aku dan Restoran Briyani Roket Al Hafizz

Aku di Hotel Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

Aku dan Musim Haji 2018

Tahun ini dua orang sepupuku dan suami masing-masing dapat panggilan menunaikan haji.
Doktor daripada cawangan klinik pun dapat panggilan juga.
Mereka terbang pada hari yang sama.


Malam Rabu 8 Ogos 2018,
pendaftaran bermula jam 11:30 malam di Lapangan Terbang Senai.
Penerbangan ke KLIA adalah pada jam 3:30 pagi hari berikutnya.
Pukul 9 malam aku dah sampai diAirport.
Punyalah bersemangat nak menghantar mereka.
Lebih bersemangat berbanding yang nak pergi.
Sebab bila sampai sana semua orang belum sampai lagi.


Tabung Haji dah berpuluh tahun melakukannya.
Perkhidmatan mereka semakin tahun semakin sistematik.
Cuma nak melayan karenah bakal-bakal haji yang ramai,
bagus manapun sistemnya,
kalau masing-masing ikut kehendak sendiri memang kelam-kabut juga.


Mana yang dah biasa naik kapal terbang,
juga mana yang dah biasa ke Mekah,
itu semua boleh menjadi panduan.
Tetapi makcik pakcik tua yang pertama kali naik kapal terbang,
memang banyak benda nak diperingatkan.
Bukan sekali tetapi berkali-ka…

Aku dan Kursus Asasi Sains Pertanian UPM 2018

Kalau ikut bulan,
dah hampir 3 bulan anakku mendaftar di sini.
Hujung minggu ini dah habis satu semester.
Dia seronok belajar di sini.
Ada subjek yang senang,
ada subjek yang susah.
Ada subjek yang dia minat,
ada juga subjek yang dia tak minat.
Paling minat ialah subjek yang masuk ke kebun dan melawat haiwan.
Semoga cita-citanya nak menjadi doktor,
tak kira doktor manusia atau doktor haiwan akan tercapai.