Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2018

Aku Masih Di Sini

Seperti ramai yang sedia maklum, dah lama sangat aku tak letak doktor locum diklinik aku. Kalau sesiapa datang ke klinik, memang muka inilah akan korang jumpa. Pagi, petang dan malam. Kali terakhir aku letak doktor locum kira-kira setahun yang lepas. Itupun boleh dikira bilangan jamnya. Aku semakin hilang kepercayaan kepada doktor-doktor muda yang baru keluar daripada universiti. Bukan majoriti, tetapi kebanyakannya tidak cukup passion dengan kerjayanya. Mereka sekadar ingin bekerja dan cukup bulan dapat gaji, dan bukannya menjadikan kerjanya satu kerjaya murni dengan niat untuk berbakti kepada masyarakat.
Aku beri contoh doktor terakhir yang locum denganku. Dia doktor muda daripada klinik kerajaan. Dia sendiri yang approached aku untuk minta slot locum. Kalau tengok apa yang ditulis dikad pesakit, dia masih terikut-ikut dengan kerja di klinik kerajaan. Dia hanya merawat penyakit dan bukannya pesakit. Kalau pesakit demam, dia tulis ubat demam. Kalau pesakit sakit pinggang, dia tulis …

Aku dan Pesakit Hari Ini

Dua minggu lepas seorang lelaki datang ke klinik.
Umurnya 27 tahun.
Saiz badannya sederhana.
Bekerja shift malam di Singapura.
Dia mengadu cepat letih dan mudah mengantuk.

Dia bukannya nak MC.
Dia nak tahu apa sebabnya.
Dia tiada sejarah keluarga yang menghidap kencing manis.
Kalau ikut umur, saiz badan juga sejarah keluarga,
Dia tiada risiko menghidap kencing manis.
Aku check paras gulanya.
25.9 mmol.
Hampir 4 kali ganda tingginya banding normal.

Dia bekerja malam.
Setiap hari dia minum air berkarbonat sekurang-kurangnya 3 tin untuk kekal cergas.
Red Bull,
Coca-Cola.
Kerana dia baru rasa bertenaga selepas meminumnya.
Rasa macam letih sangat selagi tak meminumnya.

Ini bukan satu kes.
Aku ada banyak kes lain.
Ada seorang pesakit lebih kurang sama fizikalnya.
Kat kilangnya ada mesin kopi 3 dalam 1.
Percuma pulak tu.
Jadi setiap malam dia minum beberapa gelas untuk hilangkan mengantuk.
Paras gulanya pun ke laut juga.

Seorang warga Nepal awal 30-an.
Bekerja sebagai sekuriti di JPO.
Hari-…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Aku ingat kes-kes camni berlaku zaman jahilliah dulu.
Zaman sekarang pun ada lagi rupanya.

Lepas maghrib tadi ada seorang lelaki macho.
Umur awal 20-an.
Kena kerja malam ini.
Kata bangun tidur petang tadi mata merah dan bengkak.
Aku tengok memang macam kena sakit mata.
Matanya merah dan bengkak.
Sekali tengok memang macam viral conjunctivitis.
Lepas tu aku belek-belek rekod lamanya.
3 bulan dulu dia ada datang dengan sakit yang sama.
Waktu dan hari yang sama.
Malam ahad.
“ Sakit mata kau yang sebelum ni berapa hari baru baik? “
“ Seminggu juga doktor. “
Konfiden aje dia menjawab.
“ Habis tu seminggulah tak kerja? “
“ Pergi kerja juga doktor. “

Dah 20 tahun aku jadi doktor.
Sekilas ikan diair aku tahu jantan betinanya.
Panas juga hati bila cuba ditipu oleh pesakit.
Mana mungkin mata merah camtu sampai seminggu?
Kalau betul seminggu,
Takkanlah kilang tak halau dia balik?
Tapi aku tak cakaplah yang dia dah kantoi nak menipu aku.
Aku tak kata dia gosok mata dia sampai bengkak.
Aku tak ka…

Aku dan Cuti Hujung Mingguku Yang Panjang

Sebagai pekerja makan gaji, bulan September memang heaven. Banyak betul cuti umum. Kebetulan cuti jatuh pada hujung-hujung minggu. Cuti jadi berganda-ganda. Dan gaji pula dibayar penuh. Untung betul duduk Malaysia. Tahun depan gaji minimum naik lagi. Itupun masih ramai yang tak bersyukur.

Hujung minggu ini ada cuti Hari Malaysia.
Aku cuti 3 hari.
Minggu lepas dah cuti panjang.
Minggu ini cuti lagi.
Sebagai boss,
pening kepala juga nak bayar gaji.
Tapi apa boleh buat.

Pagi hari Jumaat,
aku menuju ke UPM Serdang.
Pukul 6 pagi dah bangun.
Memasak lauk untuk dibawa ke Serdang.
Cadangnya nak berkelah disekitar Putrajaya.
Sebab tempat-tempat lain sure jammed-packed punya.


Perjalanan menuju ke Serdang surprisingly lancar.
Kenderaan tak banyak.
Aku sempat sembahyang Jumaat di masjid UPM.
Besar betul masjidnya.
Masih banyak ruang kosong walaupun berduyun-duyun jemaah yang datang.
Khutbah Jumaat pun simple dan pendek.
Tak sempat nak tidur pun.


Lepas Jumaat,
aku langsung bersiar-siar sekitar Pu…

Aku di Pantai Penyabung Mersing

Aku dan Hari Keluarga Unit Akademik PPD Kulai 2018

Pagi hari Jumaat 7 September 2018.
Aku menemani wife ke program Hari Keluarga Unit Akademiknya.
Dah beberapa tahun tak join,
tahun ini aku dapat join.
Tetapi aku pergi bertiga sahaja.
Itupun monyok aje dipaksa ikut.
Maklumlah dah besar.
Takkanlah nak main sukaneka berlawan dengan budak-budak?


Penyertaan kali ini ada lebih kurang 15 keluarga.
Nak kata tak ramai, ramai juga.
Tetapi kalau lebih ramai lebih meriah rasanya.
Janjinya pukul 9:30 pagi nak berkonvoi daripada Petronas Taman Mas.
Tetapi pukul 10 ramai yang tak nampak bayang lagi.
Jadinya masing-masing bergerak sendiri-sendiri.


Pukul 12 tengahari aku sampai ditempat yang dijanjikan.
Janji nak makan tengahari ala Pot-Luck ditepi pantai.
Wife sediakan ulam-ulaman.
Wife juga sediakan Sambal Goreng dan Kerabu Pucuk Ubi.
Konon nak makan macam Nasi Ambeng gitu.
Aku pula diarahkan sediakan sambal.
Sambal Ketuk, Tempoyak juga Cencaluk.


Pukul 12.30 tengahari semua akhirnya selamat sampai.
Apa lagi,
makanlah lauk-pauk yang ada.
Panas, ada…

Aku Gilakan Funko Pop

Ini bilik rawatan diklinikku.
Memang tak macam bilik doktor.



Aku memang dah lama mengumpul mainan.
Satu hobi gila yang sampai sekarang masih tiada kawan segila aku.
Dah hampir 15 tahun aku mengumpul alat permainan.
Bermula dengan mainan mini daripada McD dan KFC,
seterusnya beralih ke Naruto, IronMan dan apa sahaja yang menarik minatku.
Bilik aku dah macam Toy Gallery.
Ramai budak-budak suka dengan koleksiku.
Itu standard.
Tapi nak cari bapak budak yang sama hobi denganku,
aku belum kenal lagi.
Apatahlagi yang sebaya denganku.
Yang sebaya denganku ramai yang mengumpul kayu golf,
ada yang mengumpul motosikal,
ada yang mengumpul buku,
ada yang mengumpul jam,
malah ada yang mengumpul isteri.


Sejak awal tahun lepas aku mula fokus kepada mainan ini.
Funko Pop namanya.
kalau sesiapa ada melanggan Netflix,
boleh tengok satu dokumentari pasal Funko Pop ini.
Anda boleh tengok orang lebih tua daripadaku,
lebih berjawatan tinggi daripadaku,
semuanya menjadi Funatic.
Penuh satu bilik dengan kole…

Aku dan Mesej Daripada Dr Japaraj Peters

SESUATU UNTUK DIFIKIRKAN UNTUK MEREKA YANG BERGELAR DOKTOR...

Written by the late Dr Japaraj Peters(HOD O&G Ipoh GH/Life Member MMA)who passed away  on 6/9/2018 because of a brain tumour.
I don’t know how many of you have gone through a critical illness and been a patient yourself. I had the “opportunity” to be in this position recently and I am still in this situation for now. For the sake of not contravening any Doctor - Patient confidentiality issues and inadvertent release of medical records on social media, I will just say that I was diagnosed a month ago with a very serious illness which needed urgent surgery followed by chemo and radiotherapy. Was fortunately managed by one of the best team of doctors and nurses in the country.
Lessons learnt over the last 5 weeks:
1. It sucks to be a patient. It’s always better to be the doctor (even if you are overworked and under appreciated). While lying on the ICU bed post op, all I wanted to do was to get up and see some O&G pati…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Pukul 7 pagi.
Dia bawa anak ke unit kecemasan sebuah Hospital Pakar di Johor Bahru.
Anaknya baru berusia 3 tahun.
Terjatuh dari katil dan ada luka sepanjang 3 cm di dahi.
Doktor yang merawat kata kena masuk bilik bedah.
Kena jumpa dua doktor pakar.
Satu pakar bius dan satu lagi pakar bedah.
Kena letak deposit 3 ribu sebelum masuk wad dan bilik bedah.

Pukul 9:30 pagi jumpa doktor kesayangan.
Luka hanya luaran sahaja.
Ada sedikit pendarahan.
Budaknya ok.
Taklah meronta-ronta sangat.

Doktor ambil selimut dan balut kaki tangannya.
Ayah pegang kepala.
Ibu pula pegang badan sambil memujuknya.
Doktor suntik bius sedikit.
Dan beri 3 jahitan.
Ada menangis sekejap itu adatlah.
10 minit dah siap.
Takda minta deposit sampai 3 ribu.

Kalau anak orang kaya.
Kalau ada medical card sekalipun,
Tak berbaloi 3 jahitan berharga 3 ribu.
Nak guna benang emas ke apa?

Ramai kata doktor GP akan pupus tak lama lagi.
Ramai kata doktor GP dah tak relevan lagi.
Biarlah apa orang ramai nak kata.

Aku kehilangan seo…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang makcik berusia 60 tahun.
Regular customer aku.
Penghidap darah tinggi sejak 10 tahun yang lalu.
Dua bulan sekali datang klinik untuk ambil ubat darah tingginya.
Dia sangat-sangat menjaga makanannya.
Dan disiplin makan ubat memang A+.
Jadi tekanan darahnya sentiasa terkawal.
Aku memang tak pening kepala merawat dia.

4 tahun yang lalu darah tingginya naik sekejap.
Dia bertengkar dengan adik-beradiknya pasal tanah pusaka.
2-3 bulan darahnya tak stabil.
Tapi bila masalahnya selesai,
Tekanan darahnya kembali normal.

Pada satu pagi anaknya call aku.
Emak pening kepala.
Satu malam tak boleh tidur.
Nak jumpa doktor kesayangannya pagi itu.

Betul.
Tekanan darahnya naik semula.
150/90.
Lepas aku tanya macam-macam soalan,
Dan aku check yang lain-lainnya,
Aku pun bertanya,
“ Anak makcik bagi masalah kat makcik ke? “
Betul tekaanku.
Terus berubah air mukanya.

Dipendekkan cerita dia ada masalah baru.
Anak sulungnya ibu tunggal anak tiga.
Suaminya meninggal 5 tahun lepas kerana kencing manis.

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang lelaki 60-an datang ke klinik pagi ini.
Seorang penghidap kencing manis sejak akhir tahun lepas dan pernah mengambil rawatan awal daripadaku.
Paras gulanya memang naik turun.
Dulu dia ambil ubat kencing manis daripadaku.
Tetapi kurang disiplin.
Selepas anaknya belikan dia mesin Glucometer di rumah,
Dia dah tak beli ubat denganku lagi.
Dia kata dia beli ubat difarmasi.
Dan monitor gulanya sendiri.

Sebelum ini gulanya dibawah 10.0.
7.0 - 9.0 mmol itu normal baginya.
Entah camna ada kawannya mencadangkan,
Mencuba ubat suplemen yang boleh dibeli di FB.
100 ringgit untuk sebotol.
Campuran 10 jenis herba katanya.
Mahkota Dewa, Misai Kucing, Halba, Lada Hitam,
Jintan Kasar, Ekstrak Daun Tin, Daun Pecah Beling,
Peria Katak, Hempedu Bumi dan Daun Pegaga.
Semua penyakit boleh dirawat,
Menurunkan tekanan darah.
Melawaskan penghadaman.
Menyingkirkan angin dalam badan.
Menurunkan paras gula.
Menurunkan kolesterol.
Melancarkan pengedaran darah.
Boleh mencegah kanser.
Meningkatkan imuniti b…

Aku dan Dilemma Seorang Doktor GP

Beberapa hari ini heboh dalam media sosial tentang cadangan kenaikan kos perundingan dan rawatan diklinik-klinik swasta. Seperti biasa,  khalayak dengan membaca topik utama sahaja terus menghentam para doktor juga kerajaan yang baru.
" Wah! Makin kayalah doktor-doktor." " Ceh! kerja tak sampai 10 minit pun nak cas mahal-mahal." " Dasar tamak begitulah."
Itu antara cakap-cakap yang mula sampai ditelingaku.
Sejak akhir-akhir ini juga aku banyak menerima keluhan. Ramai pesakit-pesakit yang biasa boleh mendapat rawatan diklinik aku, kini tidak lagi. Mereka perlu ke klinik cawangan lain kerana klinik aku dah tak boleh merawat mereka. Ini aku nak cerita.
Ada 3 jenis pesakit yang datang ke klinik aku:
1. Pesakit yang membayar tunai. Datang klinik, ambil rawatan, ambil ubat dan bayar tunai. Kos rawatan adalah bergantung kepada lokasi dan situasi setempat. Majoriti doktor tidak mengikuti sepenuhnya cas yang dibenarkan oleh kerajaan dan bayaran adalah atas budi bi…