Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2018

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang warga asing datang ke klinik petang tadi.
Mengadu gatal-gatal dan ruam di tangan kirinya.
Aku lihat ruamnya hanya di tangan kirinya sahaja.
Tiada ditempat lain.
Aku tertarik dengan rama-rama yang hinggap dilengannya.

“ Ini rama-rama sudah lama hinggap sini? “ Saja aku tanya pasal tatoonya.

“ Sudah lama. Sana kampung bikin. “ dia menjawab.

“ Ini rama-rama kasi terbang. Baru itu gatal-gatal hilang. “
Saja aku menyakat dia.
Dia tengok aku semacam aje. 😨🤔

“ Atau taruk satu injection. Baru boleh hilang itu gatal-gatal. “
Cepat-cepat aku menyambung ayatku.

“ Injection tak mahu. Takut . “ 😢

“ Kalau itu macam, rama-rama kena kasi terbanglah...”



Aku dan Pesakit Hari Ini

Aku ada seorang pesakit.
Penghidap kencing manis lebih 5 tahun.
2 bulan sekali akan datang ke klinik untuk rawatan susulan.
Kadang-kadang datang sendirian,
kadang-kadang ditemani isterinya.
Mula-mula dulu gulanya agak tinggi.
Dia tak suka makan ubat.
Dan rajin mengambil alkohol.

Lepas beberapa lama,
dengan bantuan isterinya yang kuat membebel,
paras gulanya mula kembali normal.
Dia menjaga pemakanannya,
mengurangkan meminum alkohol,
dan paling penting dia rajin makan ubat kencing manis.
Beberapa tahun ini aku takda masalah dengannya.
Gulanya tak pernah lebih daripada 10.0 mmol/L.
Bacaan 6 - 7.0 itu normal untuknya.

Sejak dua bulan lepas,
gulanya mula naik.
7 ke 9 dan akhir sekali 12.2 mmol/L.
Dia kata makan banyak masa bercuti di Pulau Pinang.
Dia kata makan ada sikit lebih.
Lepas tu hampir 2 bulan dia tak datang klinik.
Pagi tadi dia datang.
Sengaja nak check paras gulanya.

Dia kata dah lebih 2 minggu tak makan ubat kencing manisnya.
Ada kawannya menasihatkan dia.
Makan ubat kencing…

Aku dan Hujung Minggu Ini

Minggu lepas adalah antara minggu tersibuk aku.
Tak tahu kenapa,
pesakit berduyun-duyun datang ke klinik aku.
Mungkin sebab aura staf baru.
Mungkin juga sebab ada student sedang praktikal di klinik aku.
Jadi Allah nak suruh mereka semua belajar susah sedikit.
Bagaimana rasanya melayan pesakit yang tak henti-henti.

Staf paling baru aku seorang lulusan perubatan daripada CUCMS.
Dia pernah praktikal diklinik aku tahun lepas.
Disebabkan panggilan untuk penempatan houseman kira-kira 6 bulan lagi,
jadi ayahnya suruh dia bekerja diklinik aku untuk sementara.
Gaji pembantu klinik pun takpa kata ayahnya.
Aku layan dia seperti pembantu klinik.
Tetapi kalau ada prosedur yang dia boleh buat,
aku suruh dia buat.
Ambil darah contohnya.
Cuma aku beri pesakit warga asing dahulu.
Kalau warga tempatan aku belum benarkan.
Kang tak pasal-pasal jadi viral pulak.


Minggu ini anak saudara aku buat praktikal diklinik aku.
Medical Student tahun 4 daripada CUCMS juga.
Bila ada student datang makin banyaklah ak…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Pesakit No #1:

Seorang warga Bangladesh.
Datang ke klinik dengan skru terpacak dijarinya.
Kawannya siap dah bawa pemutar skru.
Nak suruh aku cabutkan.
Dia kata dia dah cuba,
tapi kawannya tak tahan sakit.
Kalau ikutkan staf aku,
memang nak suruh pergi ke hospital sahaja.
Tetapi disebabkan dia warga asing,
prosedurnya agak lambat dan tentunya sangat mahal.
Jadi aku pun ikhtiarlah apa yang patut.


Aku malas nak tanya lebih-lebih bagaimana skru boleh berada di situ.
Aku cuma memikirkan bagaimana aku nak menolongnya.
Aku tengok dia relaks sahaja.
Siap boleh ketawa dengan situasinya.
Jadi aku bubuh Lignocaine 3cc kat jarinya.
Bila dah kebas baru aku kerjakan.
Pertama kali aku buat kerja ini.
Menggunakan pemutar skru pada jari manusia.
Aku ada upload videonya di FB aku.
Tak sampai 12 jam,
hampir 3 ribu tontonan.
Macam-macam komen yang keluar.
Walaupun pada aku ini perkara biasa,
tetapi ramai yang tak pernah tengok kejadian ini.


Pesakit No #2:

Seorang pelajar sekolah berusia 12 tahun.
Dah le…

Aku dan Pesakit Hari Ini

ANDA RASA DOKTOR ADA MASA UNTUK SAKIT KEPALA?

Seorang warga asing datang ke klinik ditemani kawannya pagi ini.
Lelaki berusia 20 tahun.
Baru 5 bulan di Malaysia.
Tapi dah 3 kali datang ke klinik.

“ Apa sakit? “ aku bertanya.

“ Supervisor suruh datang klinik. “ kawannya yang menjawab.

“ Apa pasal? “ aku bertanya lagi.

“ Supervisor suruh angkat MC.”

“ Apa pasal suruh angkat MC?”

“ Semalam dan hari ini takda masuk kerja. “

“ Apa pasal tak masuk kerja? “

“ Dia tak boleh masuk kerja. “

“ Iyalah tak boleh masuk kerja. Tapi apa pasal? “

“ Dia semalam tidur sahaja. Kepala sakit. “

“ Cakaplah kepala sakit. Apa pasal kepala sakit? “

“ Supervisor suruh pergi klinik check. “

Aku malas nak bertanya lagi.
Semakin ditanya,
Semakin sakit kepala aku.
Pemeriksaan fizikal semuanya normal.
Aku tuliskan ubat sakit kepala untuknya.

“ MC untuk semalam awak minta itu supervisor. “ Itu amanat terakhirku.

Nota kaki: Liverpool kalah kepada Napoli 0-1 awal pagi tadi. Salah taktik kata Klopp.


Aku Dan Pesakit Hari Ini

Seorang ibu membawa dua anaknya ke klinik.
Yang sulung berusia 10 tahun.
Adiknya pula berusia 4 tahun.
Yang sakit kakaknya yang berusia 10 tahun.
Demam dan selsema.
Adiknya ok sahaja.

Dah siap rawatan,
Adiknya kelihatan monyok sahaja.
Ibunya ajak keluar bilik pun tak nak.
Tercegat sahaja kat depan meja doktor.
Mereka bercakap sesama sendiri.
Bahasa Mandarin.

“ Doktor boleh tolong check ini budak tak? “
Ibunya bersuara.
“ Dia kata doktor belum check dia lagi,
Sebab itu dia tak mahu keluar. “
Lalu aku ambil termometer.
Aku periksa suhunya.
Aku ambil torchlight.
Aku periksa tekaknya.
Aku ambil stetoskop.
Aku periksa jantungnya.
Lepas tu aku angkat ibujariku.
Baru dia tersenyum.
Baru dia keluar bilik rawatan.

Nasib baik dia cuma minta diperiksa sahaja.
Kalau dia minta mainan aku tadi,
Lagi parah.


😅😅

Aku dan Pesakit Hari Ini

Permulaan bulan baru.
Aku kerja macam diklinik kerajaan semalam.
Pagi, petang sampailah ke malam.
Macam-macam masalah yang perlu diselesaikan.
.
.
Lepas Maghrib malam tadi ada seorang warga Myanmar datang klinik.
Baru 4 bulan di Malaysia.
Bahasanya memanglah ke laut.
Nasib baik ada kawan yang boleh jadi translator.
Dia mengadu masalah susah buang air besar.
Dah 4 hari tak membuang.
.
.
Aku tengok mukanya agak pucat.
Macam ada yang tak kena.
Aku suruh dia baring.
Aku tengok perutnya.
Perutnya membusung.
Takkanlah 4 hari tak buang air dah jadi macam tu.
.
.
Aku tanya,
“ Dah ada husband? “
“ Dia baru kahwin doktor. “
“ Lepas kahwin terus datang sini. “
Kawannya menyampuk.
.
.
Aku scan perutnya.
Dah 7 bulan usia kandungannya.
Hairan aku.
Takkanlah dia tak perasan.
Juga aku hairan.
Macamana boleh lepas ujian saringan Fomema.
.
.
Aku tulis surat kat majikan dia.
Suruh hantar balik kampung.
Selesai masalah.
.
.
Esok aku nak masuk lewat.
Otakku dah penat.
Merawat hampir 100 orang sehari dah …