Langkau ke kandungan utama

Aku dan Pesakit Hari Ini


Pesakit No #1:

Seorang warga Bangladesh.
Datang ke klinik dengan skru terpacak dijarinya.
Kawannya siap dah bawa pemutar skru.
Nak suruh aku cabutkan.
Dia kata dia dah cuba,
tapi kawannya tak tahan sakit.
Kalau ikutkan staf aku,
memang nak suruh pergi ke hospital sahaja.
Tetapi disebabkan dia warga asing,
prosedurnya agak lambat dan tentunya sangat mahal.
Jadi aku pun ikhtiarlah apa yang patut.


Aku malas nak tanya lebih-lebih bagaimana skru boleh berada di situ.
Aku cuma memikirkan bagaimana aku nak menolongnya.
Aku tengok dia relaks sahaja.
Siap boleh ketawa dengan situasinya.
Jadi aku bubuh Lignocaine 3cc kat jarinya.
Bila dah kebas baru aku kerjakan.
Pertama kali aku buat kerja ini.
Menggunakan pemutar skru pada jari manusia.
Aku ada upload videonya di FB aku.
Tak sampai 12 jam,
hampir 3 ribu tontonan.
Macam-macam komen yang keluar.
Walaupun pada aku ini perkara biasa,
tetapi ramai yang tak pernah tengok kejadian ini.


Pesakit No #2:

Seorang pelajar sekolah berusia 12 tahun.
Dah lepas UPSR,
jadi banyak masa terluang semasa didalam kelas.
Entah camna boleh terlebih bergurau.
Saling ejek-mengejek.
Akhirnya ada yang sampai naik angin.
Dicakar-cakarnya muka kawan dia.
Aku tengok pun kasihan.
Lukanya banyak dan agak dalam.
Aku beri suntikan anti tetanus.
Aku suruh cuci lukanya dengan air suam sahaja.
Emak bapanya ada bertanya pendapat aku,
perlukah membuat laporan polis?
Aku kata ini hal budak-budak.
Selesaikanlah dengan cara baik.
Mungkin akan ada parut yang kelihatan.
Tetapi rasanya tak lama akan hilanglah parutnya.

Pesakit No #3:

Seorang warga Indonesia berusia 19 tahun.
Datang ditemani dua orang kakak angkatnya.
Ikut ceritanya,
dia mengandung luar nikah dengan seorang lelaki Bangladesh.
Lelaki Bangladesh tersebut dah lari entah kemana.
Company nya pun dah tahu masalahnya.
Dah dibelikan tiket untuk pulang ke Indonesia.
Beliau dah sampai diKLIA bila mana dia berubah fikiran.
Dia tak nak balik kampung.
Dia tak nak memalukan ibubapanya.
Dia cuba menggugurkan kandungannya.
Tetapi mana ada mak bidan yang berani nak buat?
Baby dah besar dah.
Entah bagaimana dia sampai diklinik aku.
Ada orang yang nak mengambil bayinya nanti untuk dijadikan anak angkat.
Aku scan perutnya.
Kandungannya dan hampir 8 bulan.
Dijangka bersalin pada akhir tahun ini.
Aku lihat wajahnya.
Memang sangat innocent.
Bukan jenis anak gadis liar.
Celaka punya lelaki.
Gadis macam ini yang dirosakkannya.
Siapa yang patut dipersalahkan?
Diri sendiri yang lemah imannya?
Masyarakat yang tak ambil peduli?
Ataupun Jabatan Agama yang kurang membuat kerja?

Sebagai doktor GP.
Ada harinya hidupku cukup membosankan.
Tetapi ada harinya tak menang tangan nak menangani pelbagai masalah yang datang.




Ulasan

  1. Adoiii... kesian ... terima kasih DocZoul sbb kongsi cerita. Saya seronok baca (dan rasa lebih bersedia kalau jadi pada saya) ..

    BalasPadam

Catat Ulasan