Langkau ke kandungan utama

Aku dan Cuti Hujung Minggu Yang Panjang

Hujung minggu ini aku ambil cuti tambahan.
Staf diklinik minta cuti serentak.
Ada yang bercuti di Langkawi.
Ada yang buat Family Day di Melaka.
Ada yang kena jadi mak andam pengantin.
Ada yang kena attend convocation.
Jadi kalau aku nak buka klinik juga,
aku kena kerja sorang-sorang.
Dan bila aku ada cuti tambahan,
tiada tempat lain kecuali UPM Serdang, Bangi dan Putrajaya.


Pagi hari Jumaat.
Sebelum bertolak pergi,
aku masak-memasak dahulu.
Bakar ikan, celur ulam-ulaman,
buat sambal air asam,
dan panaskan balik sup ayam semalam.
Nak berkelah didalam bilik hotel cadangnya.


Selepas mengambil anak di UPM,
aku terus pergi check-in dihotel.
Kali ini aku ambil hotel yang pernah menjadi kegemaranku,
Hotel Everly Putrajaya disebelah Alamanda.
Dah lebih 2 tahun aku tak datang ke sini.
Hotelnya masih sama.
Servisnya tetap tip top.
Cuma kawasan sekeliling dah naik bangunan tinggi.
Dan khabarnya Alamanda dah makin nazak sejak IOI City Mall mula beroperasi.


Selepas berkelah dan makan masakan yang dibawa,
aku berjalan-jalan sebentar didalam Alamanda Putrajaya.
Agak lengang dan banyak kedai yang dah tak beroperasi.
Tiada kedai yang menarik perhatianku.
Betullah.
IOI City Mall lebih meriah dan lebih banyak tarikan.
Lepas tak tahu kemana nak pergi,
aku mencari pasar malam dan juga Thai Street Food yang sedang berlangsung di Putrajaya.
Malangnya hujan turun dengan lebatnya.
Aku takda pilihan selain duduk dalam kereta sahaja.
Tetapi dapatlah juga merasa masakan Thai yang sangat manis dan berperisa.


Pagi hari Sabtu.
Aku bersarapan dibilik sahaja.
Seperti biasa menunya Nasi Lemak sendiri masak.
Bukannya kedekut.
Tetapi adakalanya masak sendiri lebih nikmat berbanding makan diluar.
Kali ini aku memang ambil bilik paling basic.
Harga dibawah 200 ringgit tetapi sangat berbaloi.


Sebelum tengahari aku dah check-out daripada hotel.
Wife memujukku nak ke kedai Giofabric di Bandar Baru Bangi.
Sementara menunggu wife yang berada dalam kedai berjam-jam,
aku temankan anakku ke kedai dobi.


Rasanya ini pertama kali aku duduk didalam kedai dobi.
Patutlah bisnes kedai dobi ni memberi keuntungan besar.
Sekali cuci sahaja dah hampir sepuluh ringgit.
Kalau dibuka 24 jam,
memang insyaAllah ada banyak untungnya.
Cuma masalah sekarang,
rakyat Malaysia ni ramai yang suka pedajal dengan benda-benda yang baik.
Masukkan kucinglah,
masukkan oranglah,
sembur dengan pemadam apilah,
dan paling dahsyat,
jadi tempat melakukan jenayah.


Sementara menunggu wife yang tak siap-siap,
juga menunggu kain dimasukkan didalam mesin pengering,
aku melepak direstoran sebelah kedai dobi.
Minum Teh Ais pun dah RM 8.00 segelas.


Pukul 2 petang,
aku bertolak ke Kuala Lumpur.

Bersambung.




Ulasan

THE MOST POPULAR POSTS

Aku dan Tinted Kereta

Hari ini klinik sunyi sikit. Jadi banyak benda2 lain aku boleh buat. Antaranya survey market untuk pasang tinted kat cermin kereta aku. Menurut Akta JPJ: Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) untuk Kaedah2 Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin2 depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. Tapi kat kedai, mana ada ikut undang2. Semuanya JPJ Compliance (kononnya). Tapi janji kau nak pasang, mereka pasang. Risiko tanggung sendirilah.

Film tinted ialah filem plastik jernih ataupun laminate metallic yang dipasang pada cermin2 kereta bertujuan untuk mengurangkan panas bahang cuaca khatulistiwa, mendapatkan suasana lebih privasi dan juga untuk lebih cantik dipandang.

Kalau kita ke kedai2 aksesori kereta, macam2 jenis tinted ada. Macam2 brand ada. Biasanya mereka kata mereka punya lebih bagus dan lebih murah banding tempat lain. Kalau nak yang murah memang ada, teta…

Aku dan Toyota Vellfireku

Bro, cuba tulis tentang Vellfire/Alphard pula...
dulu dah tulis tentang Estima...
Especially tentang button2 dan radio/camera berbahasa Jepun...
tentang risiko buying Jap recond ni...
TQ

Ada orang suka kereta tempatan.
Ada orang suka kereta Eropah.
Tapi aku suka kereta buatan Jepun.
Honda CRV aku pernah pakai.
Tetapi Toyota Estima adalah yang terbaik
sepanjang 15 tahun aku memandu di jalan raya.

Bila aku terpaksa menggantikan Estima aku,
aku hanya ada dua pilihan.
Downgrade ke Honda Odyssey
atau upgrade ke Toyota Alphard/Vellfire.
Selepas 12 bulan membuat penyelidikan,
juga mengumpul wang pendahuluan,
Vellfire adalah pilihan paling tepat.


Vellfire dan Alphard adalah adik-beradik.
Enjinnya enjin yang sama.
Ruang kokpit pun lebih kurang sama.
Cuma ada modifikasi luaran yang nyata.
Iaitu lampu depan dan lampu belakang bertingkat.
Juga grill depan yang menjadikannya kelihatan lebih ganas.

Aku suka kereta buatan Jepun.
Ianya sangat reliable.
Kos penyelenggaraannya lebih kurang sama dengan kere…

Aku dan Toyota Estima

Toyota Estima dikenali sebagai Toyota Previa di US dan Toyota Tarago di Australia. Ia adalah kereta jenis MPV dan mula dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 1990 lagi. Estima di atas adalah kereta Estima generasi pertama yang dikeluarkan antara tahun 1990-2000. Di sini, ia dikenali sebagai BEAN. Ini dikira kereta klasik jugaklah.

Ini adalah Estima generasi kedua yang dikenali sebagai SEPET. Aku cukup berkenan dengan bentuk lampu depannya. Ia dikeluarkan antara tahun 2001-2005. Kereta2 ini banyak betul dibawa masuk ke Malaysia dan jangan harap dapat yang baru. Semuanya recondition daripada Jepun.

Estima generasi ketiga ini pula dikenali sebagai NINJA dan mula dibawa masuk ke Malaysia sekitar tahun 2007. Estima jenis ini terlebih advanced termasuk boleh parking sendiri secara automatik. Aku kurang berkenan dengan lampu depan dan belakangnya. Tapi interiornya memang superb.
Aku nak cerita sedikit pasal Estima SEPET yang aku gunakan sekarang. Aku memang dah study habis se…

Aku dan Suka-Duka 2018

Pejam celik 2018 sudah sampai dipenghujungnya.
Cepat betul masa berlalu.
Hari-hari keluar masuk klinik,
masuk pagi dan keluar dah pun malam.
Tanpa sedar seminggu dah berlalu.
Lepas tu sebulan berlalu.
Dan sekarang setahun sudah hampir berlalu.

2018 tetap tidak menghampakan.
Banyak peristiwa suka-duka aku lalui.
Paling menarik di tahun ini tentunya perubahan politik negara.
Selepas 60 tahun memerintah,
akhirnya UMNO dan BN berjaya dikalahkan.
Walaupun pelbagai cara dilakukan untuk mengekalkan kuasa,
kuasa rakyat lebih kuat daripada kuasa parti pemerintah.
Baca cerita politik aku di sini.

Cerita politik memang tak pernah habis.
Setiap hari mesti ada benda baru yang nak diviralkan.
Daripada benda-benda besar hinggalah benda-benda remeh.
Daripada isu-isu 1MDB hinggalah isu kasut hitam untuk pelajar sekolah.
Dan yang paling terbaru,
isu rusuhan di kuil seterusnya isu ICERD.
Aku sekadar membaca sahaja isu-isu tersebut.
Aku malas nak mengulas.
Sebab bila aku mengulas ramai yang akan sentap.

Aku dan Honda Odyssey Siri 4

Semenjak Estimaku sakit, aku mula buat kajian mendalam mengenai Odyssey. Bukannya nak tukar daripada Estima ke Odyssey tetapi jika Estimaku makin tenat, aku terpaksa jugalah membuat pilihan. Jadi, pengalaman mencari dan membeli kereta recond 4 tahun yang lalu mengajarku bahawa aku perlu bersedia sebelum keluar dan berjumpa dengan salesman2 kereta yang kadang2 terlebih pandai. Sebelum aku terkena, baik aku bersedia untuk mengenakan mereka. Kalau aku rasa macam tak betul aje, aku boleh mengesan awal dan berpindah ke kedai lain.

Berikut adalah hasil kajian aku sepanjang seminggu ini:
Generasi pertama Odyssey menggunakan kod RA1-RA5 adalah keluaran antara tahun 1995 hingga 1999. RA1 dan RA3 untuk pemanduan 2WD manakala 2 dan 4 untuk pemanduan 4WD. RA5 adalah untuk enjin 3.0L manakala yg lain guna enjin 2.4L sahaja.Generasi kedua Odyssey menggunakan kod RA6-RA9 adalah untuk keluaran selepas 1999- 2003. Kod membezakan kapasiti enjin dan jenis pemanduan sama seperti kereta2 generasi pertama.…