Langkau ke kandungan utama

Aku dan Fantasia Bulan Madu Langkawi Hari 3

Hari ke 3 di Langkawi. 
Awal pagi aku dah bangun untuk bersarapan di Nasi Dagang Pak Malau.
Dalam perjalanan balik aku singgah sekejap di Perusahaan Gamat Nusantara.
Antara kemestian bila datang ke Langkawi adalah membeli minyak Gamat.
Kedai-kedai menjual minyak Gamat bertaburan di sekitar Langkawi.
Banyak sangat kedainya.
Banyak sangat pilihannya.
Harga pun lebih kurang sama sahaja.
Di tengah bandar ataupun di hujung kampung. 


Sebagai seorang pengamal perubatan moden,
aku agak skeptik dengan penggunaan minyak gamat ini.
Aku pernah jumpa beberapa kes diklinikku.
Minyak gamat disapu ditempat yang tak sepatutnya.
Jadi jangkitan kuman dan sepsis.
Ada yang kehilangan sebahagian ususnya.
Ada yang kehilangan kulit buah zakarnya.
Semuanya gara-gara menyapu minyak gamat ditempat sulit.


Minyak Gamat memang ada kebaikannya.
Tetapi dia bukan ubat untuk segala jenis penyakit.
Lagipun kebersihannya diragui.
Tengoklah bagaimana penyediaannya.
Tak steril.
Sebab itu jangan disapu ditempat sulit.
Nanti buruk padahnya kerana tempat-tempat itu adalah sensitif.


Selain jualan gamat,
sekarang dah ada 1001 produk lain selain minyak gamat.
Ada untuk kecantikan,
ada untuk alahan dan resdung,
ada untuk penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis,
dan semestinya ada juga untuk kekuatan lelaki.
Mungkin ada yang serasi tetapi ramai yang sekadar jadi placebo effect.
Aku perhatikan ramai makcik dan pakcik yang memborong sakan.
Nak beli ole-ole untuk kaum-kerabat dikampung.


Selain minyak gamat,
aku juga terpaksa singgah dikedai menjual kain batik ini.
Memang cantik-cantik warna dan coraknya.
Harganya pun berpatutan.
Setakat membeli 3 helai untuk kegunaan sendiri takkan dikenakan cukai.
Sebab aku ada baca diterminal lapangan terbang.
Membeli-belah disini ada hadnya.
Kalau beli terlebih banyak boleh dikenakan cukai.
Tetapi aku tengok pegawai kastam tu tak buat apapun.
Takda pun bagasi yang diselongkar dan diperiksa.




Kepada yang datang ke Langkawi,
aku cadangkan korang singgah makan direstoran ini.
Restoran Kak Yan Nasi Campur Ulu Melaka.
Pasti takkan kecewa kerana pilihan masakannya yang pelbagai.
Servis yang bagus.
Juga harga yang murah.
Sepanjang 3 hari di sini,
aku memang ambil lunch di sini.
Hari ketiga pun wife masih mengajak datang sini sebelum balik.
Tetapi sebab dah kekenyangan makan Nasi Dagang,
dan disediakan sarapan pagi masa balik ke hotel,
aku kata cukup-cukuplah.
Nanti overlimit berat kena bayar ekstra berat sebelum masuk kapal terbang.
Wife ada mencuba Kerabu Beronok yang famous tu.
Jenuh nak mengunyahnya sebab ianya keras dan liat.
Rasanya unik tetapi bukan taste aku.



Satu lagi yang wajib dibeli bila di Langkawi,
coklat Daim dan Pepero.
Walaupun takda tanda halal dikotaknya,
ianya halal dan boleh dimakan tanpa was-was.



Cenderahati yang lain seperti keychain, fridge magnet, poskad aku dah tak membeli.
Aku cuma ambil gambar sahaja.


Pukul 11.30 pagi aku check out daripada hotel.
Pekerja hotel dah tunggu aku depan pintu masa aku mengangkat beg keluar.
Pukul 12 tengahari aku tiba di Pintu 1 Lapangan Terbang Langkawi.
Staf daripada Europcar dah sedia menunggu untuk mengambil kereta sewaku.
10 minit sebelum aku terbang balik,
hujan turun dengan lebatnya.
Tapi segera berhenti bila aku nak menaiki pesawat.
Aku selamat tiba di Senai kira-kira jam 4 petang.


Sesungguhnya percutianku kali ini cukup istimewa.
Semuanya perfect dan didalam jadual perancanganku.
Aku cakap kat wife,
lepas ni kita buat lagi.
Ada banyak lokasi lagi yang boleh dituju.

Sekian terima kasih.



Ulasan