Langkau ke kandungan utama

Aku dan Funko Pop Fair Sunway Velocity

Antara tujuan utama aku datang ke Kuala Lumpur kali ini,
adalah untuk memburu FunkoPop di Funko Pop! Fair 2018.
Pameran ini diadakan di TGV Sunway Velocity,
bermula pada 15 November hingga 2 Januari 2019.
Dah beberapa kali nak datang tetapi asyik bertangguh sahaja.
Kali ini aku dah nekad.
Aku siap booked bilik hotel didalam bangunan yang sama untuk memudahkan pemburuanku.


Petang hari Sabtu.
Aku tiba dilobi hotel kira-kira jam 5 petang.
Nak mencari parkir lebih 15 minit sebab tempat parkir bercampur dengan kereta yang nak ke Mall.
Dan bila dah jumpa parkir,
nak cari pintu ke lobi hotel pulak tak jumpa.
Nasib baiklah jaga Nepal tu faham bahasa Melayu.
Senang sikit nak minta tunjuk arah.


Prosedur pendaftaran masuk hotel Sunway Velocity sangat mudah.
Lobi hotel agak lengang.
Bila staf pendaftaran nampak aku datang berempat,
terus dia call room service untuk siapkan bilik aku.
Selepas 5 minit aku dibilik,
ada staf datang bawa ekstra tuala, mineral water juga toiletries.
Dia juga convert sofa yang ada untuk jadikan tempat tidur.
Memang tip top punya servis.
Takda ekstra bayaran pun.


Lepas bersiap lebih kurang,
aku terus ke ruang TGV di tingkat 4.
Memang dah tak sabar sangat nak ke sana.
Kerana disitulah pameran tersebut diadakan.
Suasana didalam ruang pameran agak suram.
Lampunya malap.
Dan tiada ramai pengunjung.
Itu tak penting bagiku.
Yang penting adalah deretan kotak-kotak yang disusun kemas disana-sini.


Aku berlegar-legar disekitar ruang pameran lebih sejam.
Aku hanya ditemani anak lelaki aku.
Wife aku, aku suruh pergi ke tempat lain.
Aku belek-belek hampir setiap kotak mainan yang ada.
Hasilnya aku dapat satu dozen FunkoPop baru.
Ada beberapa collector items yang aku beli.
Selebihnya karakter yang dah lama aku idamkan.


Aku malas nak cerita banyak pasal hobiku ini.
Tetapi aku pernah bercerita di sini.
Setakat ini aku masih belum jumpa kawan segila aku.
Tetapi kalau orang perempuan boleh duduk berjam-jam dikedai kain Giofabrics,
aku pula boleh duduk berjam-jam di ruangan ini.


Sekitar jam 10 malam,
dua orang kawan lama masa diuniversiti datang melawat aku.
Mereka pun sesat juga macam aku masa diruang parkir.
Walaupun kedua-duanya memang warga KL,
ini kali pertama mereka sampai di Sunway Velocity.
Kami bersembang dilobi sahaja.
Malas nak cari kedai mamak sebab hujan lebat diluar.
Tak sedar dua jam masa dah berlalu.
Ada game final Piala Suzuki AFF pun tak menarik perhatian kami.
Sembang pasal hal-hal dunia sama ada yang dah berlalu atau belum lebih menyeronokkan.
Aku dah agak team Harimau Malaya akan kalah.
Tetapi kekalahan 0-1 tak memalukan.
Team Harimau Malaya dah banyak improved dibawah kendalian jurulatih baru. 


Pukul 12.30 malam aku balik ke bilik hotel.
Sebelum tidur aku belek-belek apa yang aku dah beli.
Aku senyum sendirian.
Adakah aku ni masuk kategori orang gila?
Dah tua-tua masih lagi berminat dengan mainan.



Ulasan

THE MOST POPULAR POSTS

Aku dan Tinted Kereta

Hari ini klinik sunyi sikit. Jadi banyak benda2 lain aku boleh buat. Antaranya survey market untuk pasang tinted kat cermin kereta aku. Menurut Akta JPJ: Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) untuk Kaedah2 Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin2 depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. Tapi kat kedai, mana ada ikut undang2. Semuanya JPJ Compliance (kononnya). Tapi janji kau nak pasang, mereka pasang. Risiko tanggung sendirilah.

Film tinted ialah filem plastik jernih ataupun laminate metallic yang dipasang pada cermin2 kereta bertujuan untuk mengurangkan panas bahang cuaca khatulistiwa, mendapatkan suasana lebih privasi dan juga untuk lebih cantik dipandang.

Kalau kita ke kedai2 aksesori kereta, macam2 jenis tinted ada. Macam2 brand ada. Biasanya mereka kata mereka punya lebih bagus dan lebih murah banding tempat lain. Kalau nak yang murah memang ada, teta…

Aku dan Toyota Vellfireku

Bro, cuba tulis tentang Vellfire/Alphard pula...
dulu dah tulis tentang Estima...
Especially tentang button2 dan radio/camera berbahasa Jepun...
tentang risiko buying Jap recond ni...
TQ

Ada orang suka kereta tempatan.
Ada orang suka kereta Eropah.
Tapi aku suka kereta buatan Jepun.
Honda CRV aku pernah pakai.
Tetapi Toyota Estima adalah yang terbaik
sepanjang 15 tahun aku memandu di jalan raya.

Bila aku terpaksa menggantikan Estima aku,
aku hanya ada dua pilihan.
Downgrade ke Honda Odyssey
atau upgrade ke Toyota Alphard/Vellfire.
Selepas 12 bulan membuat penyelidikan,
juga mengumpul wang pendahuluan,
Vellfire adalah pilihan paling tepat.


Vellfire dan Alphard adalah adik-beradik.
Enjinnya enjin yang sama.
Ruang kokpit pun lebih kurang sama.
Cuma ada modifikasi luaran yang nyata.
Iaitu lampu depan dan lampu belakang bertingkat.
Juga grill depan yang menjadikannya kelihatan lebih ganas.

Aku suka kereta buatan Jepun.
Ianya sangat reliable.
Kos penyelenggaraannya lebih kurang sama dengan kere…

Aku dan Toyota Estima

Toyota Estima dikenali sebagai Toyota Previa di US dan Toyota Tarago di Australia. Ia adalah kereta jenis MPV dan mula dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 1990 lagi. Estima di atas adalah kereta Estima generasi pertama yang dikeluarkan antara tahun 1990-2000. Di sini, ia dikenali sebagai BEAN. Ini dikira kereta klasik jugaklah.

Ini adalah Estima generasi kedua yang dikenali sebagai SEPET. Aku cukup berkenan dengan bentuk lampu depannya. Ia dikeluarkan antara tahun 2001-2005. Kereta2 ini banyak betul dibawa masuk ke Malaysia dan jangan harap dapat yang baru. Semuanya recondition daripada Jepun.

Estima generasi ketiga ini pula dikenali sebagai NINJA dan mula dibawa masuk ke Malaysia sekitar tahun 2007. Estima jenis ini terlebih advanced termasuk boleh parking sendiri secara automatik. Aku kurang berkenan dengan lampu depan dan belakangnya. Tapi interiornya memang superb.
Aku nak cerita sedikit pasal Estima SEPET yang aku gunakan sekarang. Aku memang dah study habis se…

Aku dan Suka-Duka 2018

Pejam celik 2018 sudah sampai dipenghujungnya.
Cepat betul masa berlalu.
Hari-hari keluar masuk klinik,
masuk pagi dan keluar dah pun malam.
Tanpa sedar seminggu dah berlalu.
Lepas tu sebulan berlalu.
Dan sekarang setahun sudah hampir berlalu.

2018 tetap tidak menghampakan.
Banyak peristiwa suka-duka aku lalui.
Paling menarik di tahun ini tentunya perubahan politik negara.
Selepas 60 tahun memerintah,
akhirnya UMNO dan BN berjaya dikalahkan.
Walaupun pelbagai cara dilakukan untuk mengekalkan kuasa,
kuasa rakyat lebih kuat daripada kuasa parti pemerintah.
Baca cerita politik aku di sini.

Cerita politik memang tak pernah habis.
Setiap hari mesti ada benda baru yang nak diviralkan.
Daripada benda-benda besar hinggalah benda-benda remeh.
Daripada isu-isu 1MDB hinggalah isu kasut hitam untuk pelajar sekolah.
Dan yang paling terbaru,
isu rusuhan di kuil seterusnya isu ICERD.
Aku sekadar membaca sahaja isu-isu tersebut.
Aku malas nak mengulas.
Sebab bila aku mengulas ramai yang akan sentap.

Aku dan Honda Odyssey Siri 4

Semenjak Estimaku sakit, aku mula buat kajian mendalam mengenai Odyssey. Bukannya nak tukar daripada Estima ke Odyssey tetapi jika Estimaku makin tenat, aku terpaksa jugalah membuat pilihan. Jadi, pengalaman mencari dan membeli kereta recond 4 tahun yang lalu mengajarku bahawa aku perlu bersedia sebelum keluar dan berjumpa dengan salesman2 kereta yang kadang2 terlebih pandai. Sebelum aku terkena, baik aku bersedia untuk mengenakan mereka. Kalau aku rasa macam tak betul aje, aku boleh mengesan awal dan berpindah ke kedai lain.

Berikut adalah hasil kajian aku sepanjang seminggu ini:
Generasi pertama Odyssey menggunakan kod RA1-RA5 adalah keluaran antara tahun 1995 hingga 1999. RA1 dan RA3 untuk pemanduan 2WD manakala 2 dan 4 untuk pemanduan 4WD. RA5 adalah untuk enjin 3.0L manakala yg lain guna enjin 2.4L sahaja.Generasi kedua Odyssey menggunakan kod RA6-RA9 adalah untuk keluaran selepas 1999- 2003. Kod membezakan kapasiti enjin dan jenis pemanduan sama seperti kereta2 generasi pertama.…