Aku dan Pesakit Minggu Ini



Sejak 10 tahun dulu,
Klinik aku adalah panel kepada satu kilang di Singapura.
Majoriti pekerjanya adalah perempuan berketurunan Cina.
Usia mereka daripada 20-an hinggalah 50-an.
Ada yang baru bekerja,
Ada yang sudah lebih 30 tahun bekerja dikilang yang sama.
Ramai yang dah jadi regular customer aku.
Kisah hidup mereka semua dalam poket aku.

Kilang ini kilang elektronik.
Hari bekerja 24 jam sehari 365 hari setahun.
Pekerjanya bekerja sif.
Ada yang permanent pagi,
Ada yang permanent malam.
3 hari bekerja, 3 hari cuti.
Kalau musim cuti Raya Tahun Baru Cina,
nasiblah kalau kena giliran kerja.
Memang tak dapat nak tolong sebab majoriti pekerja berbangsa Cina.

Maka setiap kali musim perayaan,
Ramailah yang datang ke klinik.
Sebab supervisor mereka dah pesan,
Siapa tak nak kerja pergi cari MC.
Memang akan dapat memo.
Tetapi raya punya pasal,
Setahun sekali nak masak untuk anak cucu,
Setahun sekali nak jumpa anak cucu,
Maka akulah yang menjadi tempat mengadu nasib.

Setiap kali musim perayaan cerita yang sama.
Yang datang awal nak book MC pun ada.
Dulu aku bising-bising juga.
Tetapi lama-lama aku dah malas nak kisah.
Cuba bayangkan kalau yang datang nyonya tua,
Nak balik jumpa emak di Penang.
Nak tengok cucu di Segamat.
Nak jumpa kakak di Teluk Intan,
Tak sampai hati aku tak beri MC.

Namun seminggu dua ini,
Ramai yang datang untuk ucap selamat tinggal dan berterima kasih kepadaku.
Mereka kata tak ramai doktor yang memahami masalah mereka.
Pukul 4:30 pagi dah bangun untuk kejar bas.
Kadang-kadang pukul 10 malam baru sampai rumah.
Esok pagi pukul 4:30 dah kena bangun lagi.
Kerana mulai 2019,
klinik aku dah tak dilantik sebagai panel lagi.
Ada satu klinik yang baru buka cawangan di Kulai dipilihnya.
Ramai yang mengeluh.
Tetapi apakan daya.

Tahun depan hidup aku akan aman sedikit.
Tetapi aku yakin dengan rezeki yang Allah beri.
Bila kita jujur dan ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah,
Pasti ada balasannya.



Ulasan

  1. Alhamdulillah.. semoga hidup Doc Zoul sekeluarga sentiasa diberkati Allah swt.. Aamiiiiiiin

    BalasPadam
  2. Good blog Post....thanks for sharing...
    Book online bus ticket from Redbus

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan Tinted Kereta

Aku dan Toyota Vellfireku

Aku dan Toyota Estima