Langkau ke kandungan utama

Aku dan Suka-Duka 2018



Pejam celik 2018 sudah sampai dipenghujungnya.
Cepat betul masa berlalu.
Hari-hari keluar masuk klinik,
masuk pagi dan keluar dah pun malam.
Tanpa sedar seminggu dah berlalu.
Lepas tu sebulan berlalu.
Dan sekarang setahun sudah hampir berlalu.

2018 tetap tidak menghampakan.
Banyak peristiwa suka-duka aku lalui.
Paling menarik di tahun ini tentunya perubahan politik negara.
Selepas 60 tahun memerintah,
akhirnya UMNO dan BN berjaya dikalahkan.
Walaupun pelbagai cara dilakukan untuk mengekalkan kuasa,
kuasa rakyat lebih kuat daripada kuasa parti pemerintah.
Baca cerita politik aku di sini.

Cerita politik memang tak pernah habis.
Setiap hari mesti ada benda baru yang nak diviralkan.
Daripada benda-benda besar hinggalah benda-benda remeh.
Daripada isu-isu 1MDB hinggalah isu kasut hitam untuk pelajar sekolah.
Dan yang paling terbaru,
isu rusuhan di kuil seterusnya isu ICERD.
Aku sekadar membaca sahaja isu-isu tersebut.
Aku malas nak mengulas.
Sebab bila aku mengulas ramai yang akan sentap.
Beberapa hari lepas aku tulis sedikit pasal isu Tabung Haji di FB aku.
Ramai yang sependapat.
Tetapi ramai juga yang tak boleh terima.
Masih nak menangkan pemerintahan terdahulu.
Masih percaya kepada Najib dan kroni tak berbuat salah.
Masih yakin bahawa semua ini mainan politik parti DAP.
Pemerintah yang lama tak semestinya buruk semuanya.
Pemerintah yang baru pun tak semestinya baik-baik belaka.
Dikedua-dua pihak ada menteri yang bagus,
dan ramai juga yang tak bagus.
Yang bercakap ikut sedap mulut.
Yang keluar kenyataan ikut sedap telinga yang mendengar.

Kalau ikut pendapat-pendapat yang keluar di FB kawan-kawanku,
pemerintah sekarang hampir sama dengan yang sebelum ini.
Dua kali lima sahaja.
Politik masih didahulukan,
rakyat tetap dikemudiankan.
Kawan-kawan sebangsa dah mula bosan dengan pemerintah sekarang.
Kebanyakan janji tak ditunaikan.
Tol masih perlu dibayar.
Hutang PTPTN masih perlu dibayar.
Bil Astro dan Telekom masih tak turun jugak.
Harga minyak pun tak pernahnya turun.
Harga barang juga masih statik.
Orang-orang kampung masih macam tu jugak.
Malah para peneroka Felda khabarnya lebih teruk keadaannya.

Saban hari kita dimuakkan dengan isu-isu hutang oleh kerajaan lama.
Yang dah sudah tu sudahlah.
Carilah jalan untuk mengatasinya.
Rakyat akan lebih gembira jika melihat perubahan positif dalam hidup mereka,
berbanding melihat bapak-bapak menteri naik turun pejabat SPRM.
Keluar masuk mahkamah.
Tuduhan bukan main banyak.
Tapi sampai sekarang belum pun jatuh hukum.
Masih boleh senyum lebar lagi depan lobi mahkamah.
Balik masih boleh update Facebook lagi.
Rakyat tak kisah itu semua dah.
Yang paling penting,
ada makanan untuk dimakan,
ada wang untuk beli minyak motor,
ada bumbung untuk mereka berteduh.
Minggu depan sessi persekolahan dah nak bermula.
Rasanya ramai yang mengeluh di Facebook nanti.
Itu nak kena bayar,
ini nak kena bayar.

Tengok perhimpunan membantah ICERD.
Berapa ramai orang Melayu keluar dijalanan?
Selain nak berkumpul untuk post dalam IG masing-masing,
mereka juga berkumpul untuk menunjukkan bangkangan terhadap kerajaan sekarang.
Orang Melayu terasa dipinggirkan.
Setiap kali ada orang Melayu membangkitkan isu orang Melayu,
mereka dituduh rasis.
Tetapi jika bangsa lain membangkitkan isu-isu mereka,
mereka dianggap sebagai pembela bangsa.
Tengok apa jadi dengan isu kuil Siefield.
Sampai dah ada yang meninggal pun,
menteri dan ADUN yang mengapi-apikan sentimen tak dikenakan tindakan.
Malah Tun Mahathir masih kata dia bagus kerjanya.
Tangkap sahajalah mereka.
Simpan dalam lokap seminggu dua.
Lagi bagus kalau dilucutkan jawatan.
Barulah selesa sedikit orang Melayu.
Ini semua takut nak bercakap.
Demi survival politik masing-masing.
Demi jawatan masing-masing.

Selain politik, ekonomi tahun ini juga agak merudum.
Trump sebagai presiden US sibuk bergaduh dengan semua orang.
Bila dia berkonfrontasi dengan China,
negara-negara kecil jadi mangsa.
Pasaran saham KLCI jatuh merudum.
Nilai ringgit terus jatuh.
Minyak sawit, getah malah minyak petrol pun jatuh harga.
Saham Amanah aku semuanya turun.
Tak tahu bila nak naik.
Tetapi bila harga saham turun,
inilah masa sesuai untuk menambah caruman.
Itu pesanan dan nasihat wakil-wakil penjual saham Amanahku.
Cuma wang yang nak dicarum tak tahu nak cari dimana lagi.

Bulan Februari tahun ini aku berjaya sampai di Mekah dan Madinah.
Aku bawa isteri, anak-anak juga ibuku sekali.
Kalaulah arwah abah ada lagi,
lagi seronok rasanya.
Bersembahyang didepan kaabah,
juga didalam Raudhah,
Satu pengalaman indah yang tak boleh aku lupakan.
Dan tidak tertulis dengan kata-kata.
Aku pernah ke Bandung,
aku pernah ke Seoul dan Tokyo,
aku juga pernah ke Perth Australia.
tetapi Madinah dan Mekah 100 kali lebih baik daripada tempat-tempat tersebut.

Selang dua minggu balik daripada Mekah,
aku sekeluarga bercuti pula ke Osaka dan Tokyo.
Aku ikut group Kak Ita yang pernah bawa aku ke Seoul dan Perth.
Tetapi mungkin ini kali yang terakhir aku bersama mereka.
Anak-anak semua dah besar.
Rasanya kami boleh uruskan perjalanan kami sendiri selepas ini.
Tokyo memang best.
Cuma sepanjang 2 hari hujan tak pernah berhenti.
Suhu mencecah 0 darjah masa aku di Shibuya.
Tetapi apapun ia tetap menjadi satu pengalaman menarik bagiku sekeluarga.
Mungkin tahun depan aku nak repeat semula ke Jepun.

Tiga hari sebelum aku bercuti di Jepun,
anak aku mengambil keputusan peperiksaan SPMnya.
Alhamdulilah keputusannya memberangsangkan.
Beliau berjaya memasuki Asasi Sains di UPM Serdang.
Cadangnya nak jadi doktor Veterinar.
Dan kalau tak dapat doktor veterinar,
doktor manusia pun jadilah.
Bila anak dah ada di UPM,
sebulan sekali aku mesti melawatnya.
Itu dah jadi satu kemestian.
Habis semua hotel sekitar Bangi dan Putrajaya aku dah cuba.
Kalau nak kira,
banyak kali juga aku keluar masuk ke IOI City Mall.
Dah jadi tempat biasa untuk melepak.

Bulan Ogos yang lalu,
aku bercuti pula di Cameron Highlands.
Bawa anak-anak dan isteri mencari tempat sejuk.
Aku ulang semula tempat-tempat yang pernah aku pergi.
Dan kali ini,
aku dapat naik sampai ke Mossy Forest di Gunung Brinchang.

Akhir bulan November,
aku bercuti berdua bersama isteriku di Langkawi.
Sempena ulang tahun perkahwinanku yang ke 22 tahun.
Nasib sangat-sangat menyebelahiku kali ini.
Sangat bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.
Semuanya well-planned.
Naik turun kapalterbang.
Sewa kereta.
Bilik hotel.
Tempat makan, tempat shopping,
semuanya seperti yang dirancangkan.
InsyaAllah akhir tahun depan aku nak ke Bali pulak.

Tahun ini merupakan tahun yang memberi cabaran besar kepada wifeku.
Ayah dan ibunya semakin uzur.
Memandangkan anak-anaknya semua bekerjaya,
jadual untuk menguruskan kehidupan mereka berdua agak payah.
Masing-masing ada kehidupan masing-masing.
Ayah mertuaku keluar masuk hospital kerana masalah usus juga jantung.
Ibu mertuaku pula masuk hospital juga kerana jatuh dan patah tangan.
Bila orang tua semakin uzur,
anak-anak yang dah punya kehidupan masing-masing terasa kesannya.
Ustaz-ustaz selalu berceramah,
itu lubuk pahala.
Jangan jadi anak derhaka.
Jangan jadi kacang yang lupakan kulit.
Tetapi ustaz hanya pandai cakap sahaja.
Kalaulah anak tak bekerja dan tak punya keluarga untuk diurus,
bolehlah 24 jam menghadap orang tua.
Tetapi tanggungjawab dipejabat perlu dilaksana.
Hutang-hutang bank perlu dibayar,
anak-anak perlu diberi makan.
Takkan cukup dengan pahala sahaja?
Tiga bulan lepas,
anak-anak dah sepakat untuk mengambil orang gaji bagi menjaga mereka berdua.
Alhamdulilah orangnya baik dan bertanggungjawab.
Senang sikit anak-anaknya dan tak asyik nak bertekak sahaja.

Tahun 2018 juga menyaksikan aku kehilangan beberapa orang sahabat.
Pesakit-pesakit yang aku kenal pun ramai yang telah meninggal dunia.
Salah seorang aku ada cerita di sini.
Aku bersyukur sangat kepadaNya.
Masih memberi aku kesihatan dan kekuatan untuk terus berbakti.
Berbakti kepada ibubapaku, isteriku, anak-anakku juga para pesakitku.
Aku pernah sakit teruk sekembali daripada umrah tempohari.
Lebih sebulan aku menanggung batuk dan selsema yang kronik.
Aku takut aku kena kuman TB,
tapi doktor sahkan aku kena komplikasi jangkitan sinus sahaja.

Tahun ini klinik aku masih sibuk seperti tahun-tahun lepas juga.
Pesakitku tetap ramai.
Cuma masalahnya pesakit panel yang ramai.
Pesakit berbayar semakin berkurangan.
Bermakna income klinik hanya banyak dalam akaun klinik sahaja.
Akaun bank masih paras-paras hidung sahaja.
Pembayaran panel adalah bertangguh.
Biasanya dalam tempoh dua bulan.
Mana yang janji bayar dalam tempoh 3 hari itu temberang.
Lagipun bayaran panel ada banyak potongan.
Kos operasi katanya.

Pesakit regularku pula semakin hampir denganku.
Selain jumpa diklinik,
mereka berjumpa denganku di Instagram juga Facebook.
Hari-hari cutiku pasti ada yang mesej.
Tanya soalan macam-macam.
Kawan FB ku dah lebih 2000 orang.
Kawan Instagram pun dah lebih 1000 orang.
Aku tak kisah mereka nak like atau tidak post aku.
Sebab tujuan aku post adalah untuk bacaan dan kenanganku dimasa depan.
Mana yang suka, Alhamdulilah.
Mana yang tak suka, terpulanglah.
Blog aku yang ini pun semakin sunyi.
Satu post jarang lebih 200 views.
Tak macam dulu.
1000 views dalam masa 2-3 hari itu biasa.
Tapi aku akan terus menulis di sini.
Untuk menghilangkan tekanan,
juga menjadi sumber rujukanku dimasa akan datang.

Selamat tinggal 2018.




Ulasan

  1. Terima kasih Doc.. salah satu sebab saya ada blog pun sebab nak baca pengalaman Dr Zoul merawat pesakit.. menarik dan boleh jadi panduan am buat saya.. semoga pada tahun 2019 Doc Zoul akan lebih berjaya dan lebih banyak menulis

    BalasPadam

Catat Ulasan

THE MOST POPULAR POSTS

Aku dan Tinted Kereta

Hari ini klinik sunyi sikit. Jadi banyak benda2 lain aku boleh buat. Antaranya survey market untuk pasang tinted kat cermin kereta aku. Menurut Akta JPJ: Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) untuk Kaedah2 Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin2 depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. Tapi kat kedai, mana ada ikut undang2. Semuanya JPJ Compliance (kononnya). Tapi janji kau nak pasang, mereka pasang. Risiko tanggung sendirilah.

Film tinted ialah filem plastik jernih ataupun laminate metallic yang dipasang pada cermin2 kereta bertujuan untuk mengurangkan panas bahang cuaca khatulistiwa, mendapatkan suasana lebih privasi dan juga untuk lebih cantik dipandang.

Kalau kita ke kedai2 aksesori kereta, macam2 jenis tinted ada. Macam2 brand ada. Biasanya mereka kata mereka punya lebih bagus dan lebih murah banding tempat lain. Kalau nak yang murah memang ada, teta…

Aku dan Toyota Vellfireku

Bro, cuba tulis tentang Vellfire/Alphard pula...
dulu dah tulis tentang Estima...
Especially tentang button2 dan radio/camera berbahasa Jepun...
tentang risiko buying Jap recond ni...
TQ

Ada orang suka kereta tempatan.
Ada orang suka kereta Eropah.
Tapi aku suka kereta buatan Jepun.
Honda CRV aku pernah pakai.
Tetapi Toyota Estima adalah yang terbaik
sepanjang 15 tahun aku memandu di jalan raya.

Bila aku terpaksa menggantikan Estima aku,
aku hanya ada dua pilihan.
Downgrade ke Honda Odyssey
atau upgrade ke Toyota Alphard/Vellfire.
Selepas 12 bulan membuat penyelidikan,
juga mengumpul wang pendahuluan,
Vellfire adalah pilihan paling tepat.


Vellfire dan Alphard adalah adik-beradik.
Enjinnya enjin yang sama.
Ruang kokpit pun lebih kurang sama.
Cuma ada modifikasi luaran yang nyata.
Iaitu lampu depan dan lampu belakang bertingkat.
Juga grill depan yang menjadikannya kelihatan lebih ganas.

Aku suka kereta buatan Jepun.
Ianya sangat reliable.
Kos penyelenggaraannya lebih kurang sama dengan kere…

Aku dan Toyota Estima

Toyota Estima dikenali sebagai Toyota Previa di US dan Toyota Tarago di Australia. Ia adalah kereta jenis MPV dan mula dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 1990 lagi. Estima di atas adalah kereta Estima generasi pertama yang dikeluarkan antara tahun 1990-2000. Di sini, ia dikenali sebagai BEAN. Ini dikira kereta klasik jugaklah.

Ini adalah Estima generasi kedua yang dikenali sebagai SEPET. Aku cukup berkenan dengan bentuk lampu depannya. Ia dikeluarkan antara tahun 2001-2005. Kereta2 ini banyak betul dibawa masuk ke Malaysia dan jangan harap dapat yang baru. Semuanya recondition daripada Jepun.

Estima generasi ketiga ini pula dikenali sebagai NINJA dan mula dibawa masuk ke Malaysia sekitar tahun 2007. Estima jenis ini terlebih advanced termasuk boleh parking sendiri secara automatik. Aku kurang berkenan dengan lampu depan dan belakangnya. Tapi interiornya memang superb.
Aku nak cerita sedikit pasal Estima SEPET yang aku gunakan sekarang. Aku memang dah study habis se…

Aku dan Honda Odyssey Siri 4

Semenjak Estimaku sakit, aku mula buat kajian mendalam mengenai Odyssey. Bukannya nak tukar daripada Estima ke Odyssey tetapi jika Estimaku makin tenat, aku terpaksa jugalah membuat pilihan. Jadi, pengalaman mencari dan membeli kereta recond 4 tahun yang lalu mengajarku bahawa aku perlu bersedia sebelum keluar dan berjumpa dengan salesman2 kereta yang kadang2 terlebih pandai. Sebelum aku terkena, baik aku bersedia untuk mengenakan mereka. Kalau aku rasa macam tak betul aje, aku boleh mengesan awal dan berpindah ke kedai lain.

Berikut adalah hasil kajian aku sepanjang seminggu ini:
Generasi pertama Odyssey menggunakan kod RA1-RA5 adalah keluaran antara tahun 1995 hingga 1999. RA1 dan RA3 untuk pemanduan 2WD manakala 2 dan 4 untuk pemanduan 4WD. RA5 adalah untuk enjin 3.0L manakala yg lain guna enjin 2.4L sahaja.Generasi kedua Odyssey menggunakan kod RA6-RA9 adalah untuk keluaran selepas 1999- 2003. Kod membezakan kapasiti enjin dan jenis pemanduan sama seperti kereta2 generasi pertama.…