Langkau ke kandungan utama

Aku dan Taylor's University Open Day

Antara sebab utama aku ke KL adalah kerana ini.
Anak bungsuku sangat berminat nak belajar di sini.
Rasanya dah berpuluh kali dia memujukku untuk belajar di sini.
1001 alasan dah aku dengar.
Jadi apabila universiti ini buat Hari Terbuka,
maka tergeraklah hatiku untuk datang ke sini. 
Khabarnya ini tempat belajar orang ada-ada.
Jadi aku nak tengok kebenarannya.


Kalau nak cerita sejarah pasal universiti ini,
korang boleh sahaja Google di Wikipedia.
Khabarnya baru 6 tahun mereka berpindah dibangunan ini.
Sebelum ini bangunannya bersepah-sepah disekitar Kuala Lumpur.


Selepas wife puas membelek-belek kain di Giofabrics Bangi,
aku terus bergegas ke sini.
Perjalanan sejauh 30 minit daripada Bangi.
Aku sampai kira-kira jam 2 petang.
Sampai ditempat parkir seorang volunteer datang kepadaku.
Walaupun bertudung confident sahaja berbahasa Inggeris denganku.
'' Are you coming for the Open Day? "
" You can wait here and I will call a buggy for you. "
" Is it far? If not I just take a walk. "
Pergh! Dah lama aku tak berbahasa Inggeris.
Aku jalan kaki sahaja ke kaunter pendaftaran.
Orang memang tak ramai masa itu.
Layanan mereka memang mengkagumkan.
Sebenarnya sebelum aku datang sini,
setiap kali kalau aku buka Instagram atau FB,
mesti akan ada iklan pasal Open Day ini.
Siap boleh buat appointment lagi.
Begitu dahsyatnya promosi yang mereka lakukan.


Selepas melakukan pendaftaran,
aku dipersilakan duduk disatu meja bulat.
Ada pelayan datang tanya nak minum apa.
Dan tak lama kemudian seorang lecturer datang ke mejaku.
Selain sessi penerangan,
ia juga menjadi sessi interview.
Semuanya dalam bahasa Inggeris.
MasyaAllah.
Selepas habis bersembang dengan lecturer tersebut,
datang pula wakil daripada Unit Biasiswa dan seterusnya Unit Penempatan/Yuran.
MasyaAllah lagi sekali.
Mahalnya yuran-yurannya.
Kalau aku rasa yuran anak di UTP dah mahal,
yuran disini adalah sekali ganda lebih mahal.
Itu tak termasuk kos penginapan.


Selepas puashati dengan jawapan-jawapan atas segala kemusykilan,
aku menyertai lawatan sekitar kampus.
Bersama-samaku ada 3 lagi keluarga yang lain.
Aku dibawa melawat dewan-dewan kuliah, kelas-kelas tutorial juga perpustakaan.
MasyaAllah.
Kalaulah ada kemudahan seperti ini dan masih belajar main-main entahlah.


Sebelum balik aku singgah dideretan kedai-kedai didalam kampus.
Famili Mart dan Starbucks pun ada didalam kampus.
Aku kembali ke tempat parkir dengan menaiki buggy yang sedia menunggu.
Kalau aku mendaftar hari ini,
wang seribu dua ratus akan dikreditkan ke akaun aku.
Tetapi aku nak tunggu keputusan SPM anakku dulu.
Juga nak buat kira-kira mana nak cari wang untuk menampung pengajian di sini.
Aku tak nafikan inilah antara tempat terbaik untuk anakku.
Persekitaran belajar yang kondusif,
para pengajar yang proaktif,
juga kawan-kawan belajar yang datang memang untuk belajar.
Entahlah.
Aku rasa aku kena jual buah pinggang aku sebelah untuk anakku belajar di sini.

Pukul 5 petang aku tiba di hotel penginapanku di Sunway Velocity.
Rasanya semua tempat yang aku pergi dipunyai oleh orang yang sama.
Aku malu menjadi orang Melayu.
Kononnya menjadi tuan dinegara sendiri.
Tetapi tanah yang dipijak bukan milik melayu lagi.
Universiti tersergam indah milik orang,
tanah yang dulunya kuarters kerajaan,
kini dibangunkan oleh bangsa lain.
Juga bahasa Melayu sudah tidak menjadi bahasa rasmi lagi dikebanyakan tempat.
Apa gunanya anak-anak kecil diasuh berbahasa Malaysia sampai ke SPM,
tetapi bila masuk U terus 100% ubah ke bahasa Inggeris.
Siapa yang susah?
Anak-anak melayu juga yang susah.
Masih nak kata aku rasis lagi?
Pedulilah.



  

Ulasan

THE MOST POPULAR POSTS

Aku dan Tinted Kereta

Hari ini klinik sunyi sikit. Jadi banyak benda2 lain aku boleh buat. Antaranya survey market untuk pasang tinted kat cermin kereta aku. Menurut Akta JPJ: Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) untuk Kaedah2 Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin2 depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. Tapi kat kedai, mana ada ikut undang2. Semuanya JPJ Compliance (kononnya). Tapi janji kau nak pasang, mereka pasang. Risiko tanggung sendirilah.

Film tinted ialah filem plastik jernih ataupun laminate metallic yang dipasang pada cermin2 kereta bertujuan untuk mengurangkan panas bahang cuaca khatulistiwa, mendapatkan suasana lebih privasi dan juga untuk lebih cantik dipandang.

Kalau kita ke kedai2 aksesori kereta, macam2 jenis tinted ada. Macam2 brand ada. Biasanya mereka kata mereka punya lebih bagus dan lebih murah banding tempat lain. Kalau nak yang murah memang ada, teta…

Aku dan Toyota Vellfireku

Bro, cuba tulis tentang Vellfire/Alphard pula...
dulu dah tulis tentang Estima...
Especially tentang button2 dan radio/camera berbahasa Jepun...
tentang risiko buying Jap recond ni...
TQ

Ada orang suka kereta tempatan.
Ada orang suka kereta Eropah.
Tapi aku suka kereta buatan Jepun.
Honda CRV aku pernah pakai.
Tetapi Toyota Estima adalah yang terbaik
sepanjang 15 tahun aku memandu di jalan raya.

Bila aku terpaksa menggantikan Estima aku,
aku hanya ada dua pilihan.
Downgrade ke Honda Odyssey
atau upgrade ke Toyota Alphard/Vellfire.
Selepas 12 bulan membuat penyelidikan,
juga mengumpul wang pendahuluan,
Vellfire adalah pilihan paling tepat.


Vellfire dan Alphard adalah adik-beradik.
Enjinnya enjin yang sama.
Ruang kokpit pun lebih kurang sama.
Cuma ada modifikasi luaran yang nyata.
Iaitu lampu depan dan lampu belakang bertingkat.
Juga grill depan yang menjadikannya kelihatan lebih ganas.

Aku suka kereta buatan Jepun.
Ianya sangat reliable.
Kos penyelenggaraannya lebih kurang sama dengan kere…

Aku dan Toyota Estima

Toyota Estima dikenali sebagai Toyota Previa di US dan Toyota Tarago di Australia. Ia adalah kereta jenis MPV dan mula dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 1990 lagi. Estima di atas adalah kereta Estima generasi pertama yang dikeluarkan antara tahun 1990-2000. Di sini, ia dikenali sebagai BEAN. Ini dikira kereta klasik jugaklah.

Ini adalah Estima generasi kedua yang dikenali sebagai SEPET. Aku cukup berkenan dengan bentuk lampu depannya. Ia dikeluarkan antara tahun 2001-2005. Kereta2 ini banyak betul dibawa masuk ke Malaysia dan jangan harap dapat yang baru. Semuanya recondition daripada Jepun.

Estima generasi ketiga ini pula dikenali sebagai NINJA dan mula dibawa masuk ke Malaysia sekitar tahun 2007. Estima jenis ini terlebih advanced termasuk boleh parking sendiri secara automatik. Aku kurang berkenan dengan lampu depan dan belakangnya. Tapi interiornya memang superb.
Aku nak cerita sedikit pasal Estima SEPET yang aku gunakan sekarang. Aku memang dah study habis se…

Aku dan Doktor Lokum

Locum doctor bermaksud doktor sambilan atau part time. Locum tu istilah luar negara yang telah selalu diguna pakai disini. Masa aku kerja di kerajaan dulu, aku kena selalu buat locum untuk menampung kehidupan yang selalu kesempitan. Nak harap gaji kerja kerajaan mana cukup masa itu. Sebenarnya kalau aku sebagai kakitangan kerajaan, aku tak boleh buat kerja2 sambilan seperti itu tetapi disebabkan ramai yang buat, kerajaan buat2 tak tahu sahaja. Selagi ianya tidak menjejaskan kerja2 di hospital, pengarah hospital buat2 tak nampak aje.

Selain faktor kewangan, aku buat locum untuk mencari pengalaman baru. Satu hari bila aku dah bersedia untuk bukak klinik sendiri, taklah panik atau pening bila nak manage klinik sendiri. Aku memang dah target tak nak sambung belajar. Cukup masa aku nak bukak klinik sendiri. Jadi sepanjang bekerja di hospital, aku memang sentiasa membuat persediaan dan perancangan ke arah itu.

Masa aku jadi houseman di Muar, ramai member2 sebaya yang giler buat locum. Pant…

Aku dan Cikgu Arbainah

Masa aku sekolah ugama di kampung dulu, aku ada kenal dengan satu ustazah ni. Dia ni memang garang. Semua murid takut padanya. Malah gurubesar pun takut dengannya. Walaupun ustazah, perangai dia memang brutal. Sapa2 yang dia rasa nakal, jahat, malas buat kerja, belajar main2, memang nak kena dengan dia. Kena tengking, kena jerit, kena carut, kena cubit, dah jadi rutin kehidupan. Satu hari kalau dia takda kat sekolah, memang terasa sunyi sepi sepanjang hari. Sehari kalau tak dengar suara dia jerit2 mengajar dan marahkan anak murid memang tak sah.

Pada aku dia tak garang. Cuma bersemangat sikit bila nak mendisiplinkan murid2nya. Aku pernah kena hukum dengan dia sekali. Itulah sekali. Lepas tu taubat tak buat lagi. Masa tu aku baru darjah 3. Dulu sekolah ugama start pukul 3.30 petang. Biasanya kami datang awal. Kadang2 sebelum pukul 3 dah sampai. Kat rumah bukan buat apa pun. Jadi datang awal bolehlah main2 dulu sementara tunggu loceng. Satu hari tu, aku pergi main belon acah kat sebel…