Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Seorang pesakit regular datang ke klinik cawangan di Planet Pluto.

“ Doktor. Hari itu you dah janji. Kalau sakit tak baik juga you mahu kasi MC 2 hari...”

“ Saya ada janji ka? “

“ Iya lor. “

“ Sekarang kerajaan sudah tukar maa. Jadi saya kena ikut kerajaan. Itu janji tak payah tunai pun takpa. Kita cakap saja. “

“ Haiya. Doktor pun mahu ikut sama kerajaan juga ka? “


🤥🙁

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Dua malam lepas kau datang klinik.
Demam 40.5 darjah.
Ada batuk dan selsema.
Aku yakin 90% kau kena jangkitan virus.
Kena cukup rehat.
Kena cukup hidrasi.
Kena kuarantin.
Juga tak perlu antibiotik.
Aku beri kau ubat demam sahaja.

Lepas dua hari kau datang ke klinik lagi.
Kau bising-bising kat pak doktor.
Kenapa demam tak baik-baik lagi?
Kenapa ubat pak doktor beri tak cukup kuat?
Kenapa kelmarin pak doktor tak beri antibiotik?

Aku periksa suhunya.
Masih 40 darjah.
Tetapi keseluruhannya kau nampak lebih sihat.
Rambut tersikat rapi.
Baju kemeja warna pink.
Seluar Yankee.
Aku kata kat kau ini demam virus.
Virus ada ribu-ribu jenis.
Nak sembuh ikut imuniti diri sendiri.
Kena cukup rehat.
Kena cukup hidrasi.
Tak perlu ubat kuat-kuat.
Dan tak perlu antibiotik.

Sekali lagi kau bising-bising kat pak doktor.
Kau nak minta MC satu minggu.
Nak rehat secukupnya.

Untung tau aku beri kau 2 hari.
Orang lain aku beri sehari sahaja.
Kau tahu kenapa aku beri kau MC dua hari?
Sebab kau nampak “cute” pa…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
“ Doktor, saya nak MC sahaja. Berapa saya kena bayar? “

“ Ikut mood doktorlah. Kadang-kadang doktor bagi free sahaja. “

“ Awak sakit apa? “

“ Saya sengugut doktor. First day. “

“ Biasa makan ubat apa? “

“ Biasa tak makan ubat doktor. “

“ Jadi, awak nak MC sahajalah ya ? “

“ Ya doktor. Berapa ringgit doktor? “

“ Saya kat sini tak menjual MC. Tapi rasanya awak kena bayar lebih sebab telah merosakkan mood doktor pagi ini. “

“ MC dapat tak doktor? “

“ Awak masih tak faham-faham ya? “

Dr Deadpool lantas mengeluarkan pedangnya...




Tamat.

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Seorang lelaki datang ke klinik.

Demam hampir 39 darjah

Lengkap dengan batuk dan selsema sekali.

“ Doktor, boleh mintak MC daripada semalam tak?“

“ Semalam pun saya demam. Tapi tak larat nak ke klinik. “

“ Boleh. Tapi dengan satu syarat. “

“ Apa syaratnya? Berapa pun saya bayar doktor. “

“ Syaratnya mudah jer. Kau kena datang ke klinik SEMALAM. Bukannya HARI INI. “

“ Susah tu doktor. Mana boleh? “

“ Boleh. Kalau kau ada mesin masa. “

“ Boleh. Kalau kau ada berkawan dengan Dr Strange. “

“ Doktor ni banyak sangat tengok wayanglah. 😡”

“ So, memang tak dapatlah doktor? 🥺“

“ Maaflah. Walaupun aku ada berkawan dengan Dr Strange. MC untuk semalam memang aku tak boleh nak adjust. ✌🏼“


Dr Deadpool.

Aku kembali ke SAJOHA

Imej
Sabtu 22 Jun 2019. Pukul 7:30 pagi aku dah berada diLebuhraya Utara Selatan. Aku tak memandu. Aku dah ada driver sekarang. Dr Zulkarnain daripada Columbia Asia menjemputku dengan BMW 5seriesnya. Bersamaku ada juga Doreen, Pakar Aktuari juga pengurus kewangan berlesen. Kami bertiga bekas pelajar SAJOHA SPM tahun 1988. Mendapat undangan daripada Cikgu Zanariah Abdol, mantan guru Bahasa Malaysia kami. Satu-satunya cikgu kami yang masih kekal diSAJOHA. Juga satu-satunya cikgu kami yang belum pencen. Beliaulah yang mengundang kami untuk membuat bengkel kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5. " Mendepani Isu Kerjaya Tidak Terjangka ".

Pukul 8.30 pagi aku tiba dipintu masuk SMSJ.
Kali terakhir aku sampai disini 3 hari selepas keputusan SPM 1988 diumumkan.
Kira-kira 30 tahun yang lalu.
SMSJ dah jauh berubah.
Bangunan dah semakin banyak.
Yang aku masih ingat adalah tangki air yang terletak didepan asrama putri,
disebelahnya ada dewan makan.
Yang lain-lain memang dah banyak berubah.


Kira…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang wanita datang ke klinik petang tadi.
Mengadu sakit ditumit kanannya lebih setahun lamanya.
Dia pernah jumpa doktor diklinik lain.
Diberinya ubat penahan sakit.
Dan kalau tak sembuh juga dia nak suntik ubat dikakinya.
Klinik tersebut walaupun berada dikampungnya,
Ia bukan klinik panel.
Jadi kilangnya kata tak boleh nak claim.

Malam tadi dia bekerja sampailah ke pagi.
Lepas kerja dia terus ke klinik kerajaan.
Dia dah tak tahan menahan sakit.
Kalau doktor kerajaan nak suntik,
Suntiklah.
Dia kata dia dah redha.

Lepas 2 jam menunggu.
Namanya pun dipanggil.
Doktor yang merawat kata sakit biasa sahaja.
Diberinya ubat penahan sakit ; Ponstan.
Dan disuruhnya cari kasut yang lebih sesuai.
Bila ditanya pasal MC,
Langsung dimarahinya.
“ Kenapa datang pada hari ini? “
“ Kenapa tak tunggu hari cuti? “

Bila sampai diklinik aku,
Mukanya memang dah lain macam.
Kalau aku sergah mesti menangis punya.
Menangis sebab sakitnya masih belum reda.
Menangis sebab kena tunggu lama diklinik kerajaan.
Ju…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang warga asing datang ke klinik.
Tak sampai setahun di Malaysia.
Jadi bahasa Malaysianya memang ke laut.
Dan bahasa Omputihnya cukup-cukup makan sahaja vocab nya.
Mukanya monyok sahaja.
Dia tunjuk kepala dan seluruh badannya yang sakit kat aku.

Aku periksa suhunya.
Panas.
39.2 darjah.

“ You have fever. Very high. “

Mukanya blur sahaja walaupun aku tunjuk bacaan termometer kat dia.

“ You are hot. Very hot. “

Tiba-tiba mukanya berubah.
Dia senyum.
Mungkin HOT yang aku maksudkan tak sama dengan apa yang dia faham.

Pada aku dia memanglah agak hot.
Kulit mukanya putih bersih.
Rambutnya perang.
Matanya coklat.
Subangnya penuh ditelinga.
Tapi maaflah,
Dia bukan taste aku.
Lainlah kalau aku geng LGBT.
Haziq Aziz pun tentu suka.


Aku dan 18 Jun

Imej
TAHUKAH ANDA?

Kebangkitan Liverpool tahun ini diterajui oleh 4 orang yang lahir pada bulan ini.

MO SALAH lahir pada 15 Jun.

KLOPP lahir pada 16 Jun.

HENDERSON lahir pada 17 Jun.

Dan seorang lagi pada hari ini 18 Jun.


Aku di Sesi Town Hall Bersama YBMK

Imej
Pukul 11.15 malam.
Aku selamat tiba di Kulai.
Selepas mengikuti satu perjalanan yang panjang.
Pukul 8 pagi pagi tadi aku dah berada di Hentian Kulai tepi lebuhraya.
Menunggu bas bersama Dr Panujah.
Aku mengikuti rombongan persatuan doktor perubatan ke Putrajaya.

Pukul 8:45 pagi bas pun sampai.
Dalam bas ada 19 orang doktor akan bersamaku.
Berbilang bangsa.
Ramai yang aku kenal,
Di Guru, Dr Muru, Di Jumiah, Dr Ananthi, Dr Piong, Dr Kishen.
Majoriti usia mereka dah lebih 50 tahun.
Dah cukup berpengalaman kalau ditanya tentang nasib doktor GP seperti kami.


Perjalanan ke Putrajaya sangat lancar.
Cuaca agak panas dan dijangka hujan pada sebelah petang.
Bas berhenti sekejap di RnR Ayer Keroh tetapi aku tak lalu nak makan.
Kurang berselera.Pukul 12.30 tengahari aku tiba di Dewan Seri Endon Puspanitapuri Putrajaya.
Bangunan kerajaan yang terletak satu jalan dengan Seri Perdana.
Cantik bangunannya.
Cantik juga landskapnya.
Suasana masa tu agak hingar-bingar.
Ramai doktor dah memenuhi ruang legar.
Banyak adegan jeja…

Aku dan Diari Raya 1440

Imej
Dua hari sebelum Syawal menjelang,
aku dah berbaju raya ke klinik.
Aku ajak staf klinik sekali.
Aku kata nak update status raya awal diFacebook.
Tahun depan aku up status selepas seminggu raya.
Aku dapat 400 Likes.
Tahun ni aku target nak dapat lebih.
Bukannya nak riak atau berbangga diri.
Tetapi sekadar nak menghiburkan hati.


Selepas malam terakhir berterawih, aku jumpa kawan-kawan lama masa bersekolah dulu dikedai mamak belakang Aeon. Rasanya setiap tahun ini dah jadi rutin. Berjumpa sebelum raya. Sebab bila dah raya masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Maklumlah semua dah beranak cucu. Aktiviti penuh sepanjang cuti Syawal. Perjumpaan bermula agak lewat. Dah berakhir sekitar jam 2 pagi. Selain makan roti Nan Cheese, kawan aku daripada Gemencheh siap bawa lemang dan rendang. Rendang Ayam Maman yang keluar Majalah 3 malam itu. Tahun ini kuorum agak ramai sebab ramai yang balik beraya dikampung sendiri. Tengok tahun depan camna. Mesti ada yang kena giliran balik Kelantanla…

Aku dan Dilemma Seorang Doktor GP

Imej
Berikut adalah kata-kata sinis para netizen bila ada ura-ura kos konsultasi doktor minta dinaikkan.
          “ Doktor GP nak apa lagi? Belum cukup kaya lagi ke? “
         “ Dasar doktor GP. Tamak haloba. Demam batuk selsema pun masih nak cas sampai 50 ringgit. Aku pergi beli ubat kat farmasi pun tak sampai 20 ringgit. “
          “ Siapa doktor GP ni? Aku kalau sakit terus jumpa specialist. Tak mainlah doktor GP “
Siapa itu Doktor GP?
Doktor GP adalah doktor yang berhenti berkhidmat dengan kerajaan dan membuka klinik sendiri di premis-premis kedai untuk berkhidmat kepada masyarakat setempat. Klinik tersebut dibuka hampir setiap hari dan ada yang dibuka 24 jam semata-mata untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat. Doktor GP walaupun bukannya doktor pakar tetapi diibarat sebagai pakar rujuk untuk segala macam jenis penyakit. Dengan pengalaman yang sedia ada, doktor GP boleh menjadi pakar perubatan, pakar kanak-kanak, pakar bedah, pakar kulit malah kadang-kadang menjadi pakar perun…