Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2019

Aku dan Pesakit Hari Ini

Pada satu pagi Isnin yang sibuk.

Seorang gadis cantik molek datang ke klinik.
Penampilannya menarik.
Matanya biru berkanta lekap.
Pakaiannya kemas.

“ Doktor saya kena cirit-birit sejak pagi tadi. “

“ Dah tiga kali ke toilet. “

“ Saya dah tunggu 3 jam kat klinik kerajaan. Nama tak dipanggil-panggil. “

“ Itu yang datang ke sini. “ itu keluhannya.

“ Setakat tiga kali ke toilet, carilah ubat kat farmasi sana. “ kata doktor.

“ Sebenarnya saya tak suka makan ubat. “
“ Kalau boleh doktor pun tak payahlah beri saya ubat. “
Dia menyambung.

“ Habis tu buat apa buang masa jumpa doktor? “ kata doktor.

“ Boss suruh ambil MC. “

“ Cirit-birit tiga kali boleh dapat MC ke? “

Pada satu petang Isnin yang masih sibuk.

Seorang gadis cantik molek datang ke klinik.
Penampilannya menarik.
Berkacamata.
Pakaiannya kemas dan kasual.

“ Doktor saya cirit-birit sejak pagi tadi. “

“ Dah tiga kali ke toilet. “

“ Awak kerja di mana? “ doktor bertanya.

“ Saya kerja di Chinese Medical Hall. “

“ Takda makan apa-apa uba…

Aku dan Pesakit Hari Ini

7 bulan dahulu dia pernah datang ke klinik.
Aku cabut kuku ibujari kaki kanannya.
Cagu punya pasal.
Aku nasihatkan dia tentang penjagaan kaki.
Juga cara memotong kuku yang betul.
.
.
Hari ini dia datang lagi.
Sakitnya dah berjangkit ke kuku kaki kirinya pula.
Malam-malam datang minta aku cabut kukunya.
.
.
Ini keadaan kukunya.
Semacam ada satu jarum terbenam didaging jarinya.
2 minggu menahan sakit.
Rasa dicucuk-cucuk terutam bila memakai kasut.
.
.
Aku pesan dengan dia.
Lagi sekali dia datang sakit yang sama,
Aku tak nak cabut kukunya.
Aku nak potong terus jarinya.
“ Nanti boleh claim insurans...”

Aku dan Pesakit Hari Ini

Ini cerita separuh benar.

“ Doktor saya nak sunatkan anak saya dua orang. Boleh dapat diskaun tak? “

“ Boleh diskaun. Tapi takda guna bius tau! “

“ Sakitlah kalau camtu. “

“ Ubat bius bukannya free kak. “

Kalaulah aku boleh sezalim ini.
😢

Aku dan Novel Doktor Kiriman Tuhan

Jam dah menunjukkan pukul 9 pagi.

         Kalau 10 tahun dulu, di waktu begini Dr Adrian dah berada diklinik. Dah bersedia untuk melihat dan merawat pesakit yang tak pernah jemu berkunjung ke kliniknya. Dr Adrian agak terkenal didaerahnya. Keprihatinannya terhadap masalah pesakit tidak pernah berkurangan walaupun saban hari beliau berhadapan dengan berpuluh-puluh pesakit yang hampir sama penyakitnya. Walau sesibuk mana sekalipun, beliau tetap melayan pesakitnya dengan senyuman dan lawak jenakanya. Malah ada pesakitnya yang berkata,

           " Tengok muka doktor sahaja dah hilang penyakit saya".
          Tetapi itu cerita 10 tahun dahulu. Sejak akhir-akhir ini beliau dah mula kecewa dengan pesakit-pesakitnya. Kalau dulu pukul 9 pagi beliau dah berada diklinik, kini jam 9 pagi beliau masih duduk termenung dimeja makan rumahnya. Menghirup kopi panas sambil memikirkan apa yang akan berlaku diklinik hari ini. Pekerjaannya sebagai doktor semakin membosankan. Kalau 1…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Enam bulan yang lalu aku pernah cerita pasal kakak ini.
Matanya hampir buta kerana kencing manis dan darah tinggi.
Aku pernah hantar dia ke klinik pakar mata.
Dicadangkan supaya menjalani rawatan laser untuk memulihkan matanya.
Namun doktor pakar pun tak beri jaminan bahawa matanya boleh pulih sepenuhnya.
Matanya sememangnya dah teruk.
Bila doktor mata pun tak dapat beri jaminan,
dia pun hilang keyakinan.
Dia tak hadir untuk rawatan laser,
malah follow up pun dia tak pergi.
Dia pergi berubat secara tradisional di Batu Pahat.
" Tak kena bayar pun doktor. "
" Bayar seikhlas hati sahaja. "

Kakak ini berubat di satu pusat rawatan yang diurus oleh bekas pembantu perubatan dan ahli keluarganya.
Merawat pesakit-pesakit kronik.
Masalah stroke, lumpuh, tak boleh jalan,
malah yang buta pun dikatakan boleh dirawat.
Ada ceritanya didalam suratkhabar Harian Metro.
Memang pernah viral satu masa dahulu.

Dipendekkan cerita,
dia datang ke klinik pagi tadi.
Datang dipimpin oleh suam…

Aku dan Melaka Short Vacation

Hujung minggu kedua dibulan Januari 2019. Aku tinggal berdua sahaja dengan wife di rumah. Anak bungsu aku pergi bercuti dengan kawannya di Seoul Korea. Anak sulungku baru memulakan program internship nya di Kuala Lumpur. Manakala anak daraku sibuk dengan exam akhir semesternya. Lagipun hujung minggu ini harilahir wife aku. Jadi aku nak celebratelah kononnya.  Mula-mula aku cadang nak ke Desaru sahaja. Tetapi rasa tak berbaloi sebab harga bilik hotelnya mahal sangat. Lagipun tiada aktiviti yang menarik kecuali main air dan main pantai. Jadi aku cadang nak ke Melaka.  Melaka memang sentiasa menjadi lokasi favorite aku dan wife. Terutama kawasan sekitar Dataran Pahlawan. Memang banyak aktiviti window shopping boleh dilakukan.
Seperti biasa aku mencari bilik hotel diAgoda. Dan hotel Rosa Melaka paling menarik minatku. Aku booked secara atas talian seperti biasa. Dan dengan harga dibawah 250 ringgit semalam, aku rasa cukup berbaloi.
Seawal jam 7 pagi, aku dah berada dilebuhraya Utara Sela…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Setiap kali tahun baru,
Ini antara soalan wajib tanya kepada para pesakit aku.
Setiap tahun,
Mereka semakin kreatif dengan jawapan mereka.

“ Rokok sudah berhenti kan? “

“ Sudah doktor. Sudah berhenti membeli “

“ Rokok dah tak hisap kan? “

“ Sudah doktor. Saya dah tak hisap rokok kat rumah. Saya hisap kat luar sahaja. “

“ Rokok dah buang kan? “

“ Sudah doktor. Lepas hisap saya buang puntungnya.”

" Rokok dah kurangkan belum? "

" Sudah doktor. Kalau pagi saya belum 20 batang,
petang dah kurang separuh doktor. "

Sama macam cerita lawak sebelum ini.
Setiap kali baca suratkhabar ada iklan pasal bahaya merokok.
Maka sejak tahun ini saya dah berhenti baca suratkhabar.
Rokok tetap jalan macam biasa.

Kepada para perokok tegar,
Masih ada setahun lagi untuk menunaikan azam tahun baru.
Selamat berjaya.




Aku dan Pesakit Hari Ini

Ini kisah benar.
Bukannya karangan.

“ Doktor, company saya beri peruntukan 1000 ringgit setahun untuk medical claim. “

“ MC setahun boleh dapat 21 hari. “

“ Tahun lepas saya cuma claim 400 ringgit sahaja.”

“ MC pun saya ambil 6 hari sahaja. “

“ Rugi saya doktor sebab company tak beri saya apa-apa. “

“ Jadi tahun ini saya berazam nak habiskan semua peruntukan dan MC saya. “

“ Nak beri kilang rugi sedikit. “

“ Doktor berilah saya vitamin apa-apa dan tulislah MC untuk saya. “

“ Nanti bulan depan saya datang lagi. “

“ Doktor untung, saya pun untung. “

Korang jangan tanya apa jawapan aku kepadanya.
Tetapi ada setengah orang tak bersyukur Tuhan tak beri dia sakit macam-macam.
Malah dia kecewa bila Tuhan tak beri dia sakit,
dia kecewa sebab kawan-kawannya semua bergilir-gilir ambil MC.
Tetapi dia tidak berpeluang.
Asyik sihat sahaja memanjang.

Nasib baiklah pesakit seperti ini tak ramai.


Aku dan Hotel Rosa Melaka

Markah penuh aku beri untuk hotel ini.
Lokasi 10/10.
Layanan 10/10.
Suasana 10/10.