Aku dan Pesakit Hari Ini



Pada satu pagi Isnin yang sibuk.

Seorang gadis cantik molek datang ke klinik.
Penampilannya menarik.
Matanya biru berkanta lekap.
Pakaiannya kemas.

“ Doktor saya kena cirit-birit sejak pagi tadi. “

“ Dah tiga kali ke toilet. “

“ Saya dah tunggu 3 jam kat klinik kerajaan. Nama tak dipanggil-panggil. “

“ Itu yang datang ke sini. “ itu keluhannya.

“ Setakat tiga kali ke toilet, carilah ubat kat farmasi sana. “ kata doktor.

“ Sebenarnya saya tak suka makan ubat. “
“ Kalau boleh doktor pun tak payahlah beri saya ubat. “
Dia menyambung.

“ Habis tu buat apa buang masa jumpa doktor? “ kata doktor.

“ Boss suruh ambil MC. “

“ Cirit-birit tiga kali boleh dapat MC ke? “

Pada satu petang Isnin yang masih sibuk.

Seorang gadis cantik molek datang ke klinik.
Penampilannya menarik.
Berkacamata.
Pakaiannya kemas dan kasual.

“ Doktor saya cirit-birit sejak pagi tadi. “

“ Dah tiga kali ke toilet. “

“ Awak kerja di mana? “ doktor bertanya.

“ Saya kerja di Chinese Medical Hall. “

“ Takda makan apa-apa ubat sebelum ke klinik? “

“ Sudah, tetapi boss nak suruh saya angkat MC. “

“ Cirit-birit 3 kali boleh dapat MC ke? “

Ada pesakit marah kalau sakit sengugut tak dapat MC.
Kadang-kadang boyfriend pun marah doktor sebab sengugut tak dapat MC.
Selain sengugut,
Cirit-birit pun sepatutnya tak layak dapat MC.

Sekian untuk makluman.
Terima kasih.



Ulasan

  1. Hahaha ia mmg menjadi dilemma utk semua org.

    Saya jarang ambil MC, sbb jarang sakit Alhamdulillah.

    Cuma, apabila sakit betul-betul (demam selesema tak kebah2) mmg nak rehat je. pergi kerja, bos suruh balik, sbb tak mahu jangkit dgn pekerja lain. Tapi bila jumpa doctor, doctor cakap, awak boleh buat kerja lagi, tak dapat MC.

    Kat ofis kita dh melepek tido bawah meja, takleh buat keja. Hahahaha

    BalasPadam
  2. Doktor, kita senggugut dulu la.. dek endometriosis .. sakit macam nak kena sawan pun tak dapat MC.. sudahnya dia bagi injek tahan sakit n bagi time off saja.. then lepas tu saya kena p emergency sebab sakit 9/10 sudah.. tapi kalau sakit.. idak ler datang kinik dgn keadaan cantik molek gitu.. tak sempat pun nak bermolek2.. janji tutup aurat seja sudah...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan Tinted Kereta

Aku dan Cikgu Arbainah

Aku dan Toyota Vellfireku