Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2019

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Seorang makcik datang ke klinik pagi ini.
Badannya agak berisi.
Mukanya muram.
Mungkin sebab lama menunggu giliran.
Mungkin sebab menahan sakit.

“ Kenapa ni makcik? “

“ Makcik jatuh semalam. “

“ Makcik jatuh TANGGA ke jatuh CINTA? “

Dia tengok muka aku sambil tersenyum.

“ Takkanlah jatuh cinta dah tua-tua ni. “

“ Manalah tahu...”

“ Kalau makcik jatuh cinta, makcik tak jumpa doktor. Makcik pergi jumpa tok kadi terus. “

Ini siapa yang kenakan siapa ni?
Makcik tu senyum.
Aku pun senyum.
Sesekali mengenakan orang.
Sesekali dikenakan orang.

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
“ Doktor, anak saya ni demam dah dua hari. Susu pun kurang. Nampak lemah jer. “

“ Anak kakak minum susu apa sekarang ? “

“ Susu EVEREADY doktor. “

“ Susu EVEREADY ke EVERY DAY kak? “

“ EVERY DAY doktor. Salah cakap. “

“ Patutlah anak kakak kurang cergas.
Cuba try susu ENERGIZER pulak lepas ni.
InsyaAllah kembali cergas anak kakak nanti. “




Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Kisah benar No 1:

“ Doktor, kat sini boleh buat ujian darah tak? “

“ Nak buat ujian apa? “

“ Saya nak check satu badan saya doktor. Mana tahu ada banyak penyakit. “

“ Kakak umur berapa? “

“ 30 tahun doktor. “

“ Keturunan dan ahli keluarga ada penyakit apa-apa tak?
Darah tinggi ke, kencing manis ke, kanser ke ? “

“ Semua takda doktor. Tapi atuk saya ada SAKA doktor. “

“ Ok. Saya check kejap SAKA boleh nampak tak dalam ujian darah...”

Kisah benar No 2:

“ Doktor, kat sini boleh buat ujian darah tak? “

“ Nak buat ujian apa? “

“ Ini isteri saya. Dia baru keluar lokap petang tadi. “

“ Kena tahan seminggu dalam lokap. “

“ Lawyer suruh dia test darah. Takut ada jangkitan virus dalam badannya. “

“ Dia ada komplen apa-apa tak? Sakit perut ke, demam ke, muntah ke ? “

“ Takda doktor. “

“ Dia ada luka ke atau ada kena cucuk apa-apa? “

“ Takda doktor. “

“ Ok. Kejap saya check ada tak ujian darah yang boleh kesan VIRUS dalam badan. “

Nak tahu jawapannya,
Kena tunggu aku masuk Raja Lawak tahun depan…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Hari ini aku jumpa seorang pesakit paling jujur pernah aku rawat.
Seorang nyonya berusia hampir 70 tahun.
Kali terakhir datang ke klinik kira-kira 5 tahun yang lalu.
Selepas aku merawatnya dia tanya aku,

“ Doktor, lu sekarang apa pasal banyak hitam? Dulu lu putih sahaja? “

“ Alamak Auntie. Lu punya mata manyak sharp lagi aaa? “

“ Takpa Auntie. Nanti balik saya mandi rendam clorox. “

Aku tak kisah Auntie kata aku hitam.
Tapi dia kata aku dulu kulit aku putih.
Walaupun usianya dah 70 tahun,
Matanya mungkin dah kurang jelas,
Aku percaya dengan dia.

Nasib baik dia tak mintak MC hari ini.
Kalau tidak, seminggu aku beri.


Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Berdasarkan kisah benar pada satu hari sebelum Tahun Baru Cina.

Pukul 10:00 pagi hari Ahad.

“ Sakit apa pagi-pagi ni? “

“ Leher saya sakit doc. Kawan saya kata mungkin beguk. “

“ Takda bengkak pun. Kalau beguk mesti ada bengkak.”

Dipendekkan cerita.

“ Doktor saya nak balik Terengganu pagi ini.
Dah minta cuti dua hari tapi supervisor tak lulus.
Harap doktor kasihan saya beri MC dua hari.
Ada majlis kahwin kat rumah saudara. “

Pukul 10:00 malam hari yang sama.

Pesakit yang lain tetapi dari kilang yang sama.
Muka ceria semacam sahaja.

“ Sakit apa malam-malam ni? “

“ Sengugut doc. Dah dua hari. “

“ Tiap-tiap bulan ke sakitnya? “

“ Selalu boleh tahan, malam ni tak boleh tahan doc sakitnya. “

Dipendekkan cerita.

“ Doktor saya dah keluar daripada kilang.
Saya dah dua tahun kerja,
tak pernah ambil MC.
Harap doktor tolonglah saya. “

Rasa malas sangat nak masuk klinik hari ini.
Rasa macam nak bunuh orang hari ini.