Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2019

Aku dan Pesakit Minggu Ini

Kisah-kisah berikut aku paparkan atas persetujuan pesakit-pesakit aku.

Pesakit No Satu:

Seorang lelaki dewasa datang ke klinik.

“ Saya terus-terang ya doktor. “

“ Saya tak sakit sebenarnya. “

“ Habis tu buat apa datang klinik? “

“ Anak saya sakit doktor. Masuk wad sejak malam tadi. “

“ Apa kaitannya? “

“ Satu malam tak tidur doktor. Badan semua sakit. “

“ Jadi ? “

“ Saya nak MC. “

“ Kalau anak yang sakit, ambillah cuti tahun. MC untuk yang sakit. “

“ Sayang nak habiskan cuti tahun doktor. Bulan lepas dah banyak ambik sebab kilang shut down. “

Pesakit No 2:

Seorang lelaki dewasa datang ke klinik.
Umur baru 20 tahun.
Baru sebulan kerja kilang di sini.
Muka pun macam baru bangun tidur.

“ Kenapa ya? “

“ Sakit pinggang doktor. “

“ Muda-muda dah sakit pinggang. Apa puncanya?”

“ Biasalah doktor. Kerja berat. “

“ Kerja berat apa yang kau buat? “

“ Angkat kotak kat kilang. “

“ Doktor, saya nak MC ya untuk malam ini. “

Pesakit No 3:

Seorang lelaki dewasa datang ke klinik.
Lebih kurang sama den…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Senario Klinik A:

Seorang wanita berusia 20 tahun.
Bekerja di Singapura.
Datang ke klinik untuk rawatan.

" Sakit apa ya? "

" Lutut saya sakit doktor. "

" Jatuh kat tempat kerja minggu lepas. "

Doktor tengok lututnya.
Tiada kesan luka, lebam atau bengkak.
Tadi masa masuk bilik pun masih boleh tersenyum bila berjalan.

'' Ok. Awak ambil ubat di luar. "

" Bagi MC ya doktor. "

Petang tu tulis status dalam FB.
Doktor klinik tak prihatin.
Doktor tak periksa pesakit.
Doktor cas mahal.
Doktor tak beri MC.


Senario Klinik B:

Seorang wanita berusia 20 tahun.
Bekerja sebagai pengawal keselamatan di Singapura.
Kerjanya mengawal pintu masuk kondominium.
Datang ke klinik untuk rawatan.

" Sakit apa ya? "
" Lutut saya sakit doktor. "

" Jatuh di tempat kerja minggu lepas. "

" Macamana boleh jatuh? "

" Err! Lutut terlanggar kerusi batu. "

" Itu bukan jatuh namanya. "

" Ada luka ke tidak?…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
“ Doktor semalam saya pergi hospital. “

“ Saya melawat pakcik saya. Paru-paru dia ada air. Siap masuk tiub untuk keluarkan air. “

“ Jadi apa masalahnya? “

“ Saya tak boleh tidur malam tadi doktor. “

“ Macam-macam saya rasa. Sakit dada, pening kepala, tekak pun rasa tercekik jer. Saya takut doktor."

“ Apa yang kau takutkan? “

“ Saya takut saya ada sakit macam pakcik saya. Lagipun, keliling dia semua orang sakit macam-macam. Takut saya doktor. “

“ Kau pergi hospital. Memanglah keliling kau semua orang sakit. Cuba kau pergi masuk Aeon depan tu. Ada kau jumpa orang sakit teruk-teruk? “

Takut biar bertempat.
Berani pun biar bertempat.
Kalau dah takut sakit macam-macam,
Jagalah kesihatan.
Buanglah rokok tu.
Makan pun patut-patutlah.
Jangan main belasah jer.

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Hari ini Hari Cirit-Birit Sedunia agaknya.
Daripada pagi tadi ada lebih 10 kes cirit-birit.
Maklumlah musim cuti sekolah.
Macam-macam alasan.
Pergi makan kenduri.
Pergi jemputan kahwin.
Pergi makan BBQ.
Pergi makan steamboat.
Malah balik makan KFC pun ada yang boleh cirit-birit.

" Tak terkira berapa kali dah doktor. Asyik keluar masuk toilet jer. ''

" Dah lebih 10 kali doktor. Ini pun ada rasa lagi doktor. "

" Dah dua hari sebiji nasi pun saya tak makan doktor. "

" Satu malam tidur depan bilik air jer doktor. "

'' Lepas makan aje terus nak pergi berak doktor. "

Itulah antara cerita-cerita epik yang aku dengar pagi ini.

Tapi bila tengok muka takdalah lembik macam dah nak putus nyawa.
Malah yang sempat bermake-up pun ada.

" Saya pergi makan 4-5 orang doktor. Makan benda yang sama. Minum air yang sama. Tapi saya seorang aje yang kena cirit-birit doktor. Kenapa tu doktor? "

Nak tahu jawapan doktor?

" Habis tu kau seor…

Aku dan Majlis Meraikan Cinta Haziq & Yana

Imej
Ini kakak sulungku. Anaknya cuma dua orang. Ini kali pertama dia buat majlis seperti ini. Memandangkan dia tinggal dikuarters, dia lebih selesa uruskan dengan pihak katering.

Khemah dan makanan diserahkan kepada Iznur Katering.
Daripada pemasangan khemah, urusan susun-atur meja,
juga urusan makan minum pada hari majlis,
semuanya diuruskan oleh pihak katering.
Jadi sebagai tuan rumah,
kita tahu siap sahaja.


Pagi hari majlis,
aku sekadar pegang kamera dan meninjau daripada jauh sahaja.
Ramai saudara-mara daripada kampung, kawan-kawan sekolah juga jiran tetangga yang hadir.
Cuaca memang panas terik.
Sekejap-sekejap mesti nak kena minum air.
Kalau tidak boleh demam nanti.






Tepat jam 2 petang,
rombongan pengantin pun tiba.
Majlis resepsi nya simple sahaja.
Takda nak tepung tawar atau bersalam-salam atas pelamin.
Pengantin pun sama kepanasan.
Tak boleh nak bersanding lama-lama.






Tarikh: 16 Mac 2019
Masa: 11 pagi- 5 petang
Tempat: Jalan Cemara, Felda Ulu Belitong.
Suhu: 33 darjah.



Aku dan Keputusan SPM 2018

Imej
I Ini kisah anak bungsu aku. Dia bersekolah di sekolah harian sahaja. Dia pernah dua kali menyertai program Permata Pintar UKM. Tetapi langsung tak minat nak duduk asrama. Abangnya ambil peperiksaan SPM di SAMURA. Kakaknya pun ambil peperiksaan SPM di SAMURA. Tetapi dia memang tiada keinginan nak masuk SAMURA. Nak duduk dengan emak ayah di rumah katanya. Keputusan PT3 dia pun biasa-biasa sahaja. Jadi dia terus kekal disekolah ini.

Pukul 10 pagi hari Khamis.
Aku dah tiba di dewan besar sekolah.
Biasanya dalam 10.30 pagi keputusan peperiksaan SPM akan diumumkan.
Dan aku dah boleh balik ke klinik untuk sambung bekerja.
Tetapi kali ini lain pulak.
Ada majlis graduasi terlebih dahulu sebelum keputusan diumumkan.


Sebelum aku masuk dewan,
wife dah mesej aku.
Keputusan peperiksaan anak dia dah tahu.
Maklumlah kerjanya di PPD.
Keputusannya pun aku telah dijangka.
Setimpallah dengan usahanya.
Ada banyak A.
Tetapi ada juga B dan C.
Memandangkan ini kali terakhir anak aku ambil keputusan SPM,
jadi…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Sepasang suami isteri datang ke klinik pagi semalam.
Pasangan ini punya dua anak.
Anak pertamanya meninggal dunia lebih setahun yang lalu.
Radang paru-paru katanya.
Anaknya yang kedua berusia 4 tahun.
Ada dibawa sekali bersamanya.

" Apa masalah hari ini? "

" Kami tak sakit doktor. Anak ini yang sakit. "

Aku belek-belek kad rawatannya.
Ayah dan ibu yang didaftarkan.
Anaknya tak didaftarkan.

" Kalau anak yang sakit kenapa tak didaftarkan didepan? "

" Kami cuma nak MC doktor. Nak bawa budak ni pergi jumpa doktor pakar pagi ini. Takda siapa nak bawa dia. "

" MC untuk orang yang betul-betul sakit. Kalau bawa orang sakit mana boleh ambil MC? "

" Cuti tahun dah habis doktor. "

" Eh! Baru bulan 3 cuti tahun dah habis? "

Dia diam.

" Sayang cuti tahun doktor. Nanti boleh guna untuk benda lain. "

Aku semak kad rawatannya.
Akhir tahun lepas aku pernah beri MC untuk mereka berdua.
Alasannya mereka nak ziarah ke kubur.

Aku dan Hujung Minggu Ini Hari 2

Imej
Pagi hari Sabtu. Aku dikejutkan dengan bau nasi lemak yang ditanak isteriku. Memang dah jadi kemestian. Pagi hari cuti mesti masak nasi lemak. Sambal tumis aku yang masak, manakala yang lain-lain wife yang siapkan. Lepas sarapan aku suruh anak aku panggil Grabcar. Kami nak ke Midvalley. Aku memang malas nak drive masuk Kuala Lumpur. Apatahlagi nak melalui jalan sekitar Midvalley. Pening kepalaku nanti. Tak sampai 5 minit, sebuah Perodua Alza hitam pun sampai. Seorang polis daripada Semporna Sabah menjadi pemanduku. Kira-kira 12 km sebelum sampai diMidvalley, kereta terasa panas lain macam. Suhu enjin naik mendadak. Bila diperiksa ada kebocoran pada hos diradiatornya. Nak tak nak aku terpaksa cari kereta lain. Tak sampai pun 10 minit, Kereta Exora dipandu lelaki Cina daripada Johor Bahru datang. Aku minta maaf sebab terpaksa pergi. Dan aku bayar tambangnya sambil berdoa semoga dipermudahkan urusannya.

Pukul 11 pagi aku sampai di Center Court Midvalley.
Punyalah ramai orang.
Sesak nafa…

Aku dan Hujung Minggu Ini

Imej
H Hujung minggu ini adalah Pesta Makan. Dimulakan dengan pagi hari Jumaat lagi. Awal pagi lagi aku dah sampai di Pasar Pagi Simpang Renggam. Ada satu gerai menjual sarapan di situ. Soto Johornya paling lengkap pernah aku jumpa. Soto Johor wajib ada begedel (kentang lenyek yang digoreng),  su hoon yang juga digoreng, taugeh yang segar dan rangup, sambal kicap yang pedas dan manis, dan paling penting ialah kuah supnya yang tak pekat. Dah 3 kali aku repeat dikedai ini. Memang markah penuh aku beri. Harga pun cuma RM5.00 sahaja termasuk begedel.

Lepas dah kenyang,
aku meneruskan pemanduan ke Kuala Lumpur.
Aku akan bermalam diPutrajaya untuk perjumpaan dengan anak-anakku.
Sebelum waktu sembahyang Jumaat,
aku dah sampai di kawasan Pedas/Linggi.
Wife ajak makan tengahari diRestoran Sabak Salai yang terletak diKg Kundur, Rembau.
Menu utamanya semestinya Daging Salai.
Itik Salai, Ikan Keli Salai, Ayam Kampung Salai pun ada.


Kedainya tak jauh dari Exit Pedas/Linggi.
Ditepi jalan menuju arah ke…

Aku dan Sepuluh Bulan Dah berlalu

Imej
10 bulan yang lalu.
Sejarah baru telah tercipta.
Majoriti rakyat dijanjikan perubahan.
Majoriti rakyat mahukan perubahan.
GST akan dibatalkan.
PTPTN bakal dimansuhkan.
Harga minyak diturunkan.
Tol pula akan dihapuskan.
Dan ada ramai pak-pak menteri yang akan dibicarakan.

10 bulan yang lalu.
Sejarah baru bakal bermula.
Kehidupan rakyat lebih selesa.
Masa depan lebih terjamin.
Ekonomi lebih memberangsangkan.
Pak-pak menteri yang lebih berpengetahuan.
Rakyat akan didahulukan.
Politik dikemudiankan.

10 bulan dah berlalu.
Kepimpinan negara makin bercelaru.
Kerajaan hanya bertukar nama.
Tetapi perangainya tetap dua kali lima.
Masing-masing masih berpolitik cara lama.
Yang egois masih egois.
Yang rasis tetap rasis.
Yang cakap lepas makin ramai.
Yang tak dengar cakap pun makin ramai.

10 bulan dah berlalu.
Harga barang tetap seperti dulu.
Harga minyak turun sikit tetapi naiknya selalu.
Tol pun masih perlu bayar bila nak lalu.
Pak menteri pula masih tak tahu malu.
Dulu dah berjanji sekarang bu…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Tiga tahun dulu,
Aku pernah hantar dia ke hospital.
Buasir berdarah.
Dua kali masuk wad.
Lebih seminggu duduk berehat dalam wad.
Lepas tu sambung dengan MC hampir sebulan.
Memang heaven katanya.
.
.
Awal tahun ini dia dinaikkan pangkat.
Stress jadi berlebihan.
Sebab staf bawah dia semua lebih senior daripadanya.
.
.
“ Doktor, hantar saya masuk hospital balik boleh tak? “
“ Stress sangat lah doktor. “
.
.
“ Orang stress mana boleh suka-suka masuk wad . “
“ Hospital Permai pun tak nak terima. “
“ Orang stress masuk hotel. Pergi bercuti dihotel. “
.
.
“ Doktor tulislah buasir saya berdarah semula. “
.
.
“ Gila kau! Nanti doktor jolok buntut kau. “
“ Nanti doktor hantar kau masuk bilik bedah. “
“ Nanti doktor masukkan scope atas dan bawah. Kau nak? “
.
.
“ Boleh jer doktor. Janji dapat berehat dalam wad. “
“ Lagipun semua company yang bayar doktor. “
“ Bilik free, makan free. Boss pun tak kacau saya kalau saya dalam wad “
“ Kalau masuk hotel, semua kena bayar. “
“ Boss pun asyik kacau aj…

Aku dan Majlis Persandingan Haziq & Yana

Imej
Tarikh: 2 Mac 2019

Masa: 2:30 petang

Tempat: Bangunan T 08, Azman Hashim International Business School UTM


Petang tu sempat lagi singgah meraikan satu lagi pasangan pengantin,
anak murid wife juga keluarga pesakit setiaku.

Semoga kedua-dua pasangan hidup aman bahagia hingga ke Jannah.