Aku dan Pesakit Hari Ini



Sepasang suami isteri datang ke klinik pagi semalam.
Pasangan ini punya dua anak.
Anak pertamanya meninggal dunia lebih setahun yang lalu.
Radang paru-paru katanya.
Anaknya yang kedua berusia 4 tahun.
Ada dibawa sekali bersamanya.

" Apa masalah hari ini? "

" Kami tak sakit doktor. Anak ini yang sakit. "

Aku belek-belek kad rawatannya.
Ayah dan ibu yang didaftarkan.
Anaknya tak didaftarkan.

" Kalau anak yang sakit kenapa tak didaftarkan didepan? "

" Kami cuma nak MC doktor. Nak bawa budak ni pergi jumpa doktor pakar pagi ini. Takda siapa nak bawa dia. "

" MC untuk orang yang betul-betul sakit. Kalau bawa orang sakit mana boleh ambil MC? "

" Cuti tahun dah habis doktor. "

" Eh! Baru bulan 3 cuti tahun dah habis? "

Dia diam.

" Sayang cuti tahun doktor. Nanti boleh guna untuk benda lain. "

Aku semak kad rawatannya.
Akhir tahun lepas aku pernah beri MC untuk mereka berdua.
Alasannya mereka nak ziarah ke kubur.
Nak sembahyang untuk memperingati ulangtahun kematian anak sulungnya.

Inilah nasib seorang doktor.
Bila kita cuba berbuat baik,
ada yang akan mengambil kesempatan atas kebaikan kita.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.




Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan Tinted Kereta

Aku dan Toyota Vellfireku

Aku dan Toyota Estima