Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2019

Aku dan Temuduga Sarjana Muda Veterinar UPM

Imej
Hari isnin 27 Mei.
Aku kerja sekerat hari sahaja.
Pukul 3 petang aku dah masuk Lebuhraya Utara Selatan.
Ada urusan penting di UPM keesokan harinya.
Perjalanan dilebuhraya pada petang isnin sangat lancar.
Cuaca pula panas terik.
Walaupun puasa,
aku rasa biasa-biasa sahaja.
Maklumlah dah 3 minggu berpuasa.
Badan dah terbiasa.


Kalau ikut kiraan aku, pukul 6 sepatutnya aku dah sampai di Bangi. Tetapi aku sangkut lebih setengah jam semasa nak melepasi tol diexit Bangi. Kenderaan terlampau banyak kerana waktu puncak pekerja keluar pejabat. Semua berebut nak berbuka di rumah. Ada pula sebuah kereta Pesona rosak dilorong kanan menuju tol. Selepas tol pula ada lampu isyarat dibulatan. Memang termenung aku dalam kereta. Dah terbayang berbuka dengan air sejuk sahaja dalam kereta.

Lepas keluar daripada kesesakan,
aku terus mencari bazar Ramadhan yang ada disekitar Bangi.
Masa tu jam dah menghampiri pukul 7 malam.
Yang berniaga dah banyak yang habis jualannya.
Bagus juga sebab dah tak banyak pili…

Aku dan Pesakit Hari Ini ( Edisi Nak Raya )

Imej
Seorang lelaki lewat 40-an datang ke klinik.

" Sakit apa abang? “

" Batuk doktor. "

" Dah lama batuk? "

" Err. Dekat sebulan juga doktor. "

" Batuk kering ke berkahak? "

" Err. Ada juga kahak sikit-sikit. "

" Batuk lebih waktu siang ke sebelah malam? "

" Err. Malam yang lebih doktor. "

“ Ada demam tak? “

“ Takda doktor. Batuk sahaja. “

" Dah cuba makan ubat batuk ke belum ? "

" Macam-macam jenis saya dah belikan doktor. Tak baik jugak. "

Aku ambil lampu picit.
Aku periksa tekaknya.
Aku ambil termometer.
Aku periksa suhunya.
Aku ambil stetoskop.
Aku periksa sistem pernafasannya.
Semuanya nampak normal.

" Sebenarnya bukan saya yang batuk doktor. "

" Anak bujang saya yang kat rumah yang sakit. "

" Kenapa tak dibawa dia ke klinik? "

" Err. Begini doktor. Kalau saya yang diperiksa, saya tak payah bayar apa-apa. Saya boleh claim company. Ubat saya nanti saya ber…

Aku dan Pesakit Hari Ini ( Edisi Ramadhan )

Imej
Pada satu pagi dibulan Ramadhan.

“ Lain macam jer muka kau pagi ini.”

“ Itulah doktor. Sementara tunggu doktor sampai,
Dah dua kali saya membuang kat belakang. “

“ Kenapa? Cirit-birit ke? “

“ Iyalah doktor. Sejak malam tadi dah dekat 10 kali ni.”

“ Puasa lagi tak? “

“ Ini tunggu doktor beri green light. Kalau doktor suruh berbuka saya dah stand by. “

“ Nak berbuka pun tunggu doktor beri green light? Kau biar betul. “

“ Iyalah doktor. Nanti taklah malu dengan anak-bini kat rumah. “

“ Dah. Aku tak nak subahat. Aku beri ubat sikit. Kalau kau rasa boleh tahan, kau tunggulah waktu berbuka. Kalau tak terpulanglah. “

“ Habis tu MC dapat tak doktor? “

“ Kau kena pilih. Kalau kau nak aku beri green light, aku tak beri MC. Mana kau nak? “

“ Bagi MC ajelah doktor. “

Aku beri dia MC.
Bukan sebab aku tak nak beri lampu hijau,
Tapi sebab mukanya layu bebeno.
Lidahnya dah kering tanda kurang air.
Perutnya pula menggelodak.
Memang teruk betul cirit-biritnya.
Ayam Percik bazar Ramadhan punya pasal.


Aku dan Pesakit Hari Ini ( Edisi Ramadhan )

Imej
Seorang Abang Bangla datang klinik untuk pemeriksaan FOMEMA.
Selain pemeriksaan fizikal,
Kena ambil darah juga x-ray.
Sambil aku nak ambil darah aku bersembang dengan dia.

“ Abang muslim kan? “

Dia mengangguk.

“ Ini hari puasa tak? “

Dia senyum.

“ Tak puasa. “

“ Kenapa tak puasa? “

“ Mahu ambil darah hari ini. “

“ Ambil darah tak batal puasa abang. “

Dia tunjuk muka tak puashati kat aku.

“ Saya kawan cakap ambil darah batal puasa. “

Aku pula diam.

“ Sukahati abanglah. “

Aku bukan ustaz.
Tapi setahu aku ambil darah tak batal puasa.
Sedut gas nebulizer tak batal puasa.
Masukkan IV drip pun tak batal puasa.


Aku dan Pesakit Hari Ini ( Edisi Ramadhan )

Imej
Kau kata kau sakit kepala sangat-sangat.
Aku berilah ubat sakit kepala.
Ubat tahan sakit yang paling sesuai aku beri.
Ubat yang dah lebih 20 tahun aku beri kat pesakit.
Aku dah tahu kesan buruk dan baiknya.
Lepas dua minggu kau datang lagi.
Kau kata sakit kepala kau datang lagi.

“ Ubat hari tu dah habis ke? “

“ Ada lagi doktor. Emak saya tak beri saya makan. “

“ Kenapa? “

“ Emak saya kata tak bagus makan ubat tahan sakit. Bahaya. “

“ Emak kau doktor ke ? “

“ Tak. Emak saya baca kat FB kawan dia. Kata nanti buah pinggang rosak. “

“ Habis tu emak suruh buat apa? “

“ Emak suruh mandi lepas tu tidur. “

“ Habis tu kenapa datang klinik? “

“ Emak suruh ambil MC. Suruh rehat tak payah pergi kerja. “

“ Emak kau yang rawat kau. Mintalah MC dengan dia. “

Kau kata kau ada gatal-gatal kat celah kelengkang.
Kalau berpeluh lagi gatal.
Kau datang klinik.
Aku nak tengok kau tak beri.
Aku nak bagi injection kau tak nak.
Aku nak bagi pil kau pun tak nak.
Kau nak suruh aku beri cream sahaja.
Lepas tu ka…

Aku dan Hujung Minggu Ini

Imej
Hujung minggu ini aku ke Kuala Lumpur lagi. Satu sebab nak ambil anak dara aku. Dia dah habis pengajian Asasi Sains nya di UPM. Bercuti 3 bulan sebelum menyambung ke ijazah pada bulan September nanti. Alang-alang dah ke Serdang, aku bermalam satu malam di Kuala Lumpur. Sebab kedua nak berjumpa dengan anak bujang aku. Awal puasa ni dia tak dapat balik. Dan yang ketiga aku nak menambah koleksi mainanku.
Aku keluar rumah kira-kira jam 9:30 pagi. Perjalanan dilebuhraya pada hari Jumaat memang lancar. Langsung tiada kesesakan. Pukul 11:30 pagi aku tiba di exit Pedas Linggi. Sarapan merangkap makan tengahari sekali. Restoran Sabak Salai dah tukar nama kepada Grobok Salai. Tetapi servis dan makanannya tetap sama. Memandangkan aku datang agak awal, orang tak ramai. Lauk-pauk pun masih banyak pilihan.
Bila dah kenyang, barulah seronok menyambung perjalanan. Aku tiba di UPM kira-kira jam 1:30 tengahari. Sempatlah aku sembahyang Jumaat di masjid UPM sementara wife menolong anak mengangkut baran…