Aku dan Pesakit Hari Ini ( Edisi Nak Raya )


Seorang lelaki lewat 40-an datang ke klinik.

" Sakit apa abang? “

" Batuk doktor. "

" Dah lama batuk? "

" Err. Dekat sebulan juga doktor. "

" Batuk kering ke berkahak? "

" Err. Ada juga kahak sikit-sikit. "

" Batuk lebih waktu siang ke sebelah malam? "

" Err. Malam yang lebih doktor. "

“ Ada demam tak? “

“ Takda doktor. Batuk sahaja. “

" Dah cuba makan ubat batuk ke belum ? "

" Macam-macam jenis saya dah belikan doktor. Tak baik jugak. "

Aku ambil lampu picit.
Aku periksa tekaknya.
Aku ambil termometer.
Aku periksa suhunya.
Aku ambil stetoskop.
Aku periksa sistem pernafasannya.
Semuanya nampak normal.

" Sebenarnya bukan saya yang batuk doktor. "

" Anak bujang saya yang kat rumah yang sakit. "

" Kenapa tak dibawa dia ke klinik? "

" Err. Begini doktor. Kalau saya yang diperiksa, saya tak payah bayar apa-apa. Saya boleh claim company. Ubat saya nanti saya berilah kat anak saya. "

" Kalau anak saya yang diperiksa, saya kena bayar. Maklumlah company saya tak cover untuk ahli keluarga. "

Aku ambil stestoskop semula.
Lalu aku letak didahinya.
Aku nak periksa sistem otaknya pula.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan Tinted Kereta

Aku dan Toyota Vellfireku

Aku dan Toyota Estima