Aku dan Diari Raya 1440


Dua hari sebelum Syawal menjelang,
aku dah berbaju raya ke klinik.
Aku ajak staf klinik sekali.
Aku kata nak update status raya awal diFacebook.
Tahun depan aku up status selepas seminggu raya.
Aku dapat 400 Likes.
Tahun ni aku target nak dapat lebih.
Bukannya nak riak atau berbangga diri.
Tetapi sekadar nak menghiburkan hati.


Selepas malam terakhir berterawih,
aku jumpa kawan-kawan lama masa bersekolah dulu dikedai mamak belakang Aeon.
Rasanya setiap tahun ini dah jadi rutin.
Berjumpa sebelum raya.
Sebab bila dah raya masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing.
Maklumlah semua dah beranak cucu.
Aktiviti penuh sepanjang cuti Syawal.
Perjumpaan bermula agak lewat.
Dah berakhir sekitar jam 2 pagi.
Selain makan roti Nan Cheese,
kawan aku daripada Gemencheh siap bawa lemang dan rendang.
Rendang Ayam Maman yang keluar Majalah 3 malam itu.
Tahun ini kuorum agak ramai sebab ramai yang balik beraya dikampung sendiri.
Tengok tahun depan camna.
Mesti ada yang kena giliran balik Kelantanlah, Negri Sembilanlah, Melakalah.


Sepanjang dua hari cuti sebelum raya,
aku sibuk mengemas rumahku.
Walaupun dah jangka takda tetamu yang akan datang beraya,
aku kemas juga rumahku.
Kalau tidak memang tiada semangat nak mengemas.

Petang hari terakhir Ramadhan,
aku baru balik ke kampungku.
Perjalanan sangat lancar.
Tak sampai 30 minit aku dah sampai dikampungku.
Aku berbuka puasa di rumah emak aku.
Emak aku masak Asam Pedas Ikan Kaci,
manakala lauk yang lain aku yang masakkan.
Sayur Goreng, Telur Goreng dan Sambal Ketuk.
Walaupun simple,
semuanya licin dibedal anak-anak.


Raya kali ini aku tidur dirumah emak aku.
Suka betul emak tengok anak, menantu dan cucu-cucunya bergelimpangan diruang tamu.
Malam itu sempat juga aku tolong emak aku rebus ketupat,
sebelum tertidur sampailah ke pagi.


Pukul 6 pagi aku dah bangun.
Pukul 7.30 pagi aku dah sampai di masjid.
Aku orang ke lima paling awal sampai di masjid.
Semangatnya lain macam sedikit kali ini.
Aku duduk menyandar ditiang dan dibawah kipas gergasi.
Memang selesa keadaannya sambil menunggu bilal dan imam memulakan takbir raya.
Ketika masjid lain dah pasang pendingin hawa,
masjid dikampungku hanya memasang kipas bilah gergasi.
Bila masjid dah penuh,
hawa panasnya mula terasa. 


Pukul 8 pagi jemaah mula memenuhi ruang masjid.
Sembahyang raya diimamkan oleh Imam Lias tepat jam 8.30 pagi.
Khutbah pula disampaikan oleh Imam Aminuddin,
dua-duanya aku sangat kenal.
Orang kampung sendiri takkanlah tak kenal.
Lepas khutbah aku terus bergegas balik ke rumah.
Sementara menunggu emak aku bersiap,
aku bergambar raya diluar rumah.
Tahun ini aku ambil tema #teamdarkblue.
Bila tengok dalam FB kawan-kawan,
rasanya inilah warna favourite untuk tahun ini. 


Tak lama lepas itu,
kakak sulung aku pun sampai.
Dimulakan dengan sessi bermaaf-maafan sebelum sessi makan.
Lepas tu sessi bergambar bersama-sama kakak dan emakku.
Semoga panjang umur dan tahun depan berjumpa lagi.
Itu antara doa yang kerap aku sebutkan bila bersalaman dengan ahli keluarga yang lain.


Jam 11.30 pagi,
aku ikut emakku menziarahi besannya,
mertua kepada adikku yang sedang uzur.
Rumahnya di felda yang sama.
Tersenyum lebar dia bila melihat kami datang.
Walaupun kakinya dah tak kuat dan sukar bergerak,
tetapi ingatan dan suaranya tetap kuat.
Ada sahaja cerita yang nak disampaikannya.


Selepas Zohor,
aku bertolak pula ke rumah emak mertua aku di Bandar Tenggara.
Jaraknya taklah jauh mana.
15 minit dah sampai.
Petang itu hujan renyai-renyai.
Aku pun takda niat nak beraya dimana-mana.
Adik-beradik wife semuanya dah pergi beraya dirumah saudara masing-masing.
Aku sekadar mengemas rumah dan baring-baring.


Pagi 2 Syawal.
Aku bawa emak dan bapa mertua aku balik ke kampung di Muar.
Kali ini aku berkonvoi dua kereta sahaja.
Adik-beradik yang lain tak ikut serta.
Maklumlah semua dah beranak-cucu.
Mereka lebih selesa beraya bersama ahli keluarga berbanding emak sendiri.
Maklumlah orang tua dah uzur.
Boleh hilang sabar nak urus keperluan mereka.


Perjalanan ke Muar agak lancar.
Walaupun kereta semakin banyak dijalan raya,
aku dah kenalpasti jalan yang nak aku lalui.
Aku tiba di kampung kira-kira jam 12.30 tengahari.
Hujan agak lebat masa itu.
Kedatanganku disambut oleh Gula Durian dan Ubi Rebus.
Penat memandu hilang bila dapat makanan 'rare' yang sedap.


Dikampung aku menziarah adik-beradik ayah mertuaku,
juga adik-beradik emak mertuaku.
Mereka dah tak ramai tetapi ada.
Hanya setahun sekali berjumpa.
Nak harap mereka yang datang ke Kulai memang taklah.


Salah seorang abang kepada ayah mertuaku ada gerai durian.
Gerainya didepan rumahnya di tepi jalan besar Muar- Batu Pahat.
Walaupun dia dah meninggal dunia,
perniagaannya diteruskan oleh anak-anaknya.
Bila beraya di rumahnya,
kami duduk digerainya sahaja.
Order durian beberapa biji dan itulah hidangan raya kami.
Ayah mertua aku yang bayar.
Kami bukannya makan free tau!


Sebelum balik aku singgah ke Sg Sudah sekejap,
melawat abang kepada emak mertuaku yang dah semakin uzur.
Matanya dah tak nampak,
tetapi boleh nampak keterujaannya bila dengar kami datang melawat.
Selain kesihatannya yang semakin uzur,
rumahnya pun sama.

Pukul 5 petang aku bertolak balik ke Kulai.
Ayah aku sibuk mengajak ke sana-sini tapi aku tak mampu memenuhi kemahuannya.
Aku cakap walaupun masih siang,
aku tak gerenti dapat sampai di rumah dalam masa 2 jam seperti selalu.
Tepat jangkaanku.
Kenderaan sangat banyak di atas jalan raya.
Setiap simpang berlampu isyarat kena tunggu 10 minit.
Itu tak termasuk simpang utama yang tak berlampu isyarat.
Aku ikut jalan-jalan yang dicadang oleh Google Maps.
Aku ikut jalan dalam selepas Sg Nibong dan keluar di Parit Sulong.
Lepas tu keluar simpang di Seri Medan dan keluar di Ayer Hitam.
Aku jimat masa hampir sejam.
Saudaraku yang ikut jalan Batu Pahat,
sampai hampir sejam kemudian.

Malam hari yang sama aku kembali ke rumahku di Kulai.
Syawal ketiga dan keempat aku sekadar melepak di rumah.
Terasa sangat malas untuk pergi berhari raya.
Wife pun sama.
Anak-anak pun begitu juga.
Nikmat beraya dirumah sendiri memang tiada tandingannya.


Hari ini hari Ahad.
Hari ke 5 Syawal.
Aku dah kembali bertugas.
Walaupun pesakit tak ramai,
kehadiranku diklinik sememangnya ditunggu-tunggu beberapa orang pesakitku.


Tahun ini sambutan rayaku memang sangat sederhana dan simple.
Tiada jamuan makan-makan untuk saudara-mara.
Tiada rancangan untuk buat Open House.
Tiada juga rancangan untuk beraya ke sana-sini.
Kerana sesungguhnya,
aku lebih suka Ramadhan berbanding Syawal.


Ulasan

  1. Assalam tuan, saya merupakan pelajar sekolah berasrama penuh. Saya mendaftar di sbp bermula ketika saya berumur 16 tahun kerana sbp ini hanya mengambil pelajar bermula tingkatan 4 hingga tingkatan 6. Tahun ini, saya berumur 17 tahun. Selepas 6 bulan tahun 2019, saya rasa sgt sedih dengan keputusan peperiksaan pertengahan tahun saya. Saya selalu menangis ketika berdoa.

    BalasPadam
  2. Saya mohon pendapat tuan tentang situasi saya. Harap tuan dapat membantu. Terima kasih.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan Tinted Kereta

Aku dan Toyota Vellfireku

Aku dan Toyota Estima