Aku kembali ke SAJOHA

Sabtu 22 Jun 2019.
Pukul 7:30 pagi aku dah berada diLebuhraya Utara Selatan.
Aku tak memandu.
Aku dah ada driver sekarang.
Dr Zulkarnain daripada Columbia Asia menjemputku dengan BMW 5seriesnya.
Bersamaku ada juga Doreen,
Pakar Aktuari juga pengurus kewangan berlesen.
Kami bertiga bekas pelajar SAJOHA SPM tahun 1988.
Mendapat undangan daripada Cikgu Zanariah Abdol,
mantan guru Bahasa Malaysia kami.
Satu-satunya cikgu kami yang masih kekal diSAJOHA.
Juga satu-satunya cikgu kami yang belum pencen.
Beliaulah yang mengundang kami untuk membuat bengkel kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5.
" Mendepani Isu Kerjaya Tidak Terjangka ".


Pukul 8.30 pagi aku tiba dipintu masuk SMSJ.
Kali terakhir aku sampai disini 3 hari selepas keputusan SPM 1988 diumumkan.
Kira-kira 30 tahun yang lalu.
SMSJ dah jauh berubah.
Bangunan dah semakin banyak.
Yang aku masih ingat adalah tangki air yang terletak didepan asrama putri,
disebelahnya ada dewan makan.
Yang lain-lain memang dah banyak berubah.


Kira-kira 15 minit kemudian,
Cikgu Zanariah tiba dengan Toyota Camry nya.
Dia ajak kami naik keretanya.
Dia nak belanja sarapan pagi direstoran kegemarannya.
Restoran Bashir di Taman Intan.


Restorannya sederhana sahaja.
Tetapi kerusi meja penuh dengan pelanggan.
Menunya sama sejak 2 dekad yang lalu.
Sarapan paginya hanya ada roti canai dan kari kambing/ayam.
Tengahari pula nasi putih dan kari kambing/ayam.
Tiada menu lain.
Tetapi itulah signature dish nya yang dicari-cari.


Kopi O nya kaw.
Kari kambingnya awesome.
Roti tampalnya pun sedap.
Rugi aku hanya order sekeping sahaja.


Pukul 10 pagi aku kembali semula ke SMSJ.
Dewan kuliah masih kosong sebab adik-adik tersilap tempat.
Mereka menunggu di dewan besar dan bukannya didewan kuliah.
Pukul 10.10 pagi,
adik-adik tingkatan 5 mula memenuhi dewan.
Masing-masing diarahkan berpakaian kasual lengkap dengan tali leher.
Kedatangan mereka diikuti dengan kawan-kawan lama aku yang dah lama tak jumpa.


Chuck. Tablemate aku masa dikelas 5M1 dahulu.
Zainul Gigi. Ketua Pengawas kami.
Dr Baha. Kawan masa di Jabatan Urologi dahulu.
Prof Rozaini. Lecturer UTHM. Sama-sama masuk lewat diSMSJ.
Razali Hasan.
Mokhtar Wahid.
Shahrudin Jepun.
Munir.
Mad B.
Kami bersalaman dan berpelukan.
Ada yang memang aku tak jumpa sejak lepas SPM dahulu.
Namun sedikit sebanyak aku tahu perkembangan mereka melalui WA Group.


Sesi pagi ada 3 ceramah.
Satu ceramah tentang etika menghadiri temuduga oleh Doreen.
Diikuti oleh ceramah tentang Mendepani Isu Kerjaya Tak terjangka oleh Munir,
Safety Manager di MHSE.
Akhir sekali sedikit motivasi oleh Dr Zulkarnain, 
pelajar terbaik SPM 1988.
Mot atau Mokhtar Wahid, pegawai di Pej Pelajaran Ipoh dilantik sebagai moderator.


Pukul 1 tengahari,
kami semua berpindah ke Dewan Besar.
Ada sedikit jamuan hari raya disediakan untuk makan tengahari.
Masa itu hujan dah mula turun dengan lebatnya.
Namun keseronokan jumpa kawan-kawan lama mengatasi segalanya.
Macam-macam cerita yang keluar.
Kisah di asrama, di kolej, kisah keluarga juga kisah-kisah politik semasa.



Pukul 2 petang, sesi kedua bermula.
Adik-adik dibahagikan kepada 4 kumpulan.
Manakala kami juga dibahagi kepada 4 kumpulan.
Aku masuk group perubatan,
Dr Nain, Dr Baha dan Dr Azman.



Aku tanya Dr Nain,
" Aku nak cerita apa ni? "
" Kau cerita sahaja pengalaman kau sebagai doktor. Goreng jer. "
Bila aku berdiri dihadapan adik-adik,
soalan pertama aku ialah,
" Siapa sini yang berminat nak jadi doktor? "
Ada 5-6 orang mengangkat tangan.
Semuanya perempuan.
Memandangkan aku cuma ada 15 minit sahaja,
aku cerita tentang susahnya nak dapat tempat diIPTA.
Lepas tu susahnya belajar selama 5 tahun.
Lepas tu kena tunggu setahun untuk penempatan Houseman.
Bukan nak bagi takut,
cuma nak beri kesedaran bahawa Medik tak seindah yang digambarkan dimedia.


Masuk kumpulan terakhir,
semangat adik-adik nak jadi doktor dah semakin berkurangan.
Hanya 2 orang sahaja yang mengangkat tangan,
itupun rendah sahaja.
Aku cakap kat Dr Baha,
" Ini program motivasi ke program de-motivasi? "


Pukul 4 petang, 
majlis akhirnya ditamatkan.
Ketua Pengawas 1988 menutup acara dengan memberi sedikit motivasi ringkas.
Selepas itu ramai adik-adik yang bersalaman dengan kami.
Yang ajak bergambar pun ada.


Daripada 20 orang yang awalnya nak turut serta,
16 orang berjaya menghadirkan diri.
Geng ini memang ramai yang gila-gila.
Tetapi dalam gila-gila semuanya berjaya dalam karier masing-masing.
Ada yang mendapat PR dinegara jiran,
ada yang memandu Porsche,
ada yang punya kilang percetakan,
ada yang punya hotel,
ada yang dah ada gelaran profesor,
dan ada juga yang dah merantau seluruh pelusuk dunia.
Dan kawan-kawan aku ingat aku sebagai penulis buku tersohor.


Selepas majlis berakhir,
kami memenuhi jemputan kawan sekolah kami.
Cikgu Anom namanya.
Dia ajak kami singgah makan-makan dirumahnya.
Bila aku sampai sana,
dia tengok muka aku.

" Kau ni siapa ya? "

" Aku minta maaflah. Aku pun tak kenal kau jugak. Ha ha ha. "

Aku mungkin sekelas dengan dia ditingkatan 4.
Lepas tu aku pindah kelas.
Jadi tak salahlah kalau kami saling tak kenal.

Selepas kekenyangan makan Lontong, Sambal Goreng dan Satay,
aku minta diri.
Kawan-kawan ajak makan durian pulak tetapi driver kata jom balik.
Aku ikutkan sahaja.
Pukul 7 malam aku tiba di Tol Kulai.
Sepanjang malam,
group WA tetap meriah.
Macam-macam cerita baru yang masuk.
Tetapi aku dah keletihan.
Pukul 10.30 aku dah tidur.

Khabarnya ada PIBG sekolah lain nak kami ulang program ini disekolah mereka.
Aku tak pasti nak join atau tidak.
Sebab seperti aku cakap banyak kali.
Aku tak suka bercakap.
Aku lebih suka menulis dan menjadi pemerhati.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan Tinted Kereta

Aku dan Cikgu Arbainah

Aku dan Toyota Vellfireku