Aku dan Penjenayah Zaman Sekarang

Semalam ada berita menyayat hati. Seorang wanita mati ditikam oleh perompak. Kalau baca ceritanya mengalahkan skrip filem Hollywood. Tapi ini betul2 terjadi, bukannya dalam filem. Ia bermula bila wanita itu memecat pembantu rumahnya kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumahnya sebelum itu. Beberapa hari sebelum kejadian ini berlaku maid dia ada hantar SMS menyatakan tak puashati dan ingin membalas dendam.

Ketika mereka bangun pagi untuk bersahur, mereka nampak 2 lelaki telah berjaya pecah masuk rumah mereka. Suami dan 2 anak perempuannya sempat lari tetapi wanita malang itu terperangkap dalam bilik. Semasa polis tiba ditempat kejadian, wanita itu telah dijadikan tebusan. Perompak meminta kawan mereka yang tertangkap lebih awal dibebaskan dan juga sebuah kereta untuk lari. Mungkin kerana bengang sebab polis lambat buat keputusan, wanita itu telah dicederakan. Akibatnya, polis merempuh masuk dan bunuh itu perompak2 keparat. Wanita itu meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital. Sungguh menyayat hati terutama sebab kejadian berlaku didalam bulan Ramadan.

Aku cukup kagum dengan kecekapan pihak polis sekarang. Kebelakangan ini ramai betul penjenayah yang ditembak mati ketika sedang dalam proses melakukan jenayah. Aku sokong sangat. Kalau ditangkap hidup2, buang duit rakyat aje nak bagi makan minum masa dalam penjara nanti. Esok keluar penjara balik ke asal jugak. Baik tembak mati aje orang2 camni.

Sebut pasal jenayah, aku pernah terkena sekali kira2 3 tahun lepas. Masa itu aku tak sangka, penjenayah boleh mencuri dan menggeledah klinik aku ketika aku dan staf aku ada sama. Modus operandinya memang superb. Mereka datang satu famili. 2 perempuan bawak satu pesakit lelaki ditemani 2 budak lelaki umur belasan dan bawah 5 tahun. Perempuan ini akan cerita bahawa lelaki ini pemabuk dan selalu mengadu sakit perut. Beriya2 mereka suruh check betul2 perut dia. Masa kita sibuk memeriksa, 2 budak lelaki ini asyik bukak tutup pintu bilik aku dan kemudiannya hilang. Aku agak pergi ke toilet. Lepas pemeriksaan mereka cepat2 keluar. Aku pun hairan sebab takda tanya nak ambik ubat ke, berapa bayaran ke, mereka terus hilang. Dalam kehairanan aku memang tak menyangka mereka semuanya pencuri keparat lagi bangsat. Masa aku nak balik rehat, baru aku perasan dompet duit aku dalam laci sudah hilang, PDA yang aku tengah charged di bilik belakang juga hilang.

Aku terkilan bukan sebab barang2 aku hilang. Tapi cara mereka memperdayakan aku dan mempergunakan kelemahanku. Dalam dompet tu cuma ada 70 ringgit aje tapi proses nak dapatkan semula IC, Lesen Memandu, Kad2 kredit dan ATM card yang memeritkan. Aku kena berulang-alik ke balai polis, pejabat JPJ dan pejabat pendaftaran. Tahu2 ajelah berurusan dengan pejabat kerajaan.

Masa ke balai polis buat repot, polis tu macam pening aje nak ambik repot aku. Padahal aku dah draftkan ayat2 atau karangan aku tapi dia nak guna ayat dia jugak. Masa tu baru aku perasan bahawa pesakit tu register tanpa bawa IC atau dokumen pengenalan diri. Alamat , No IC dan telefon main tembak aje. Polis yang menyiasat kes aku pun acuh tak acuh aje. Aku tahu mereka takkan buat apa2. Dia kata salah aku sebab tak pasang CCTV kat klinik.

Esoknya aku ke JPJ. Aku bawak salinan polis repot tu. Dia tak baca pun. Dan dia tak nak benda tu. Yang dia nak ialah resit bayaran 5 ringgit untuk harag salinan repot tu. Polis kat balai takda pun mintak duit kat aku. Terpaksa aku patah balik ke balai polis mintak resit. Aku rasa macam nak bakar aje balai polis tu. Menyusahkan orang je. Kata kerja ikut prosedur, tapi kenapa tak keluarkan resit awal2. Dia boleh kata terlupa. 2 hari aku tak masuk klinik, hilang pendapatan aku. Korang lainlah, makan gaji. Cukup bulan, duit masuk. Hujung tahun, bonus masuk. 

Selepas kejadian itu, aku mula berwaspada. Penjenayah tak semestinya datang acu pistol atau parang kat kita. Yang baik2, berkot dan bertali leher, yang bawak anak2 kecik, yang bawak orang tua pun boleh jadi penjenayah jugak. Syarat utama ialah tunjuk IC atau dokumen pengenalan diri dulu sebelum boleh didaftar. Mana2 yang mengaku kawan atau sedara nak jumpa direct, aku suruh staf aku siasat dulu. Biasanya yang camtu sama ada nak ajak join direct selling ataupun jual insurans. Takpun mintak derma. Itu semua aku memang tak layan dah walau datuk mana sekalipun yang rekomen. Lagi, aku dah tak simpan dompet dalam laci. Aku tak bawak dompet waktu kerja malam. Semua pintu sentiasa dikunci dan tak siapa2 yang boleh suka2 pinjam toilet kita. Satu sahaja, sampai la ni aku masih belum pasang CCTV kat klinik aku.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan Tinted Kereta

Aku dan Toyota Vellfireku

Aku dan Cikgu Arbainah