Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

Aku dan Wordless Thursday

Imej
Rumah ini terletak di tepi jalan besar.
Sebelahnya ada kuil Hindu.
Jadi buah pisangnya selalu hilang.
Lalu dibubuhnya tanda amaran.
Harap2 pencurinya tak buta huruf.


Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang wanita berusia awal 40-an.
Salah seorang pesakit tegarku.
Dah selalu sangat datang ke klinik aku.
Riwayat hidupnya pun ada dalam kocek aku.

Lebih 5 tahun dahulu.
Angkara cemburu buta,
suaminya menceraikan dia dengan talak tiga.
Bertahun suaminya gila talak nak rujuk kembali.
Tetapi apakan daya.
Nasi dah jadi bubur.
Cempedak dah jadi nangka.

Ditakdirkan dia berkahwin semula selang beberapa tahun kemudian.
Suami barunya muda beberapa tahun daripadanya.
Sedikit masalah.
Walaupun dah berkahwin,
mereka masih tinggal berasingan.
Suaminya masih tinggal dirumah bujang dengan kawan2nya.
Dia pula masih tinggal di rumah lamanya bersama anak2nya.
Dia ada seorang anak perempuan daripada suami lamanya.
Dan dia dapat seorang anak lelaki daripada suami barunya.

Sebulan yang lalu dia mengadu sakit kepala.
Malam2 dia ke hospital kerajaan.
Dia dimasukkan ke wad kerana tekanan darah tinggi.
Doktor kata tekanan darahnya 200/140 mmHg.
Boleh kena stroke kata doktor.
Masa keluar wad doktor beri dia u…

Aku ke SM Sains Muar

Imej
29 Februari hari ini.
Pukul 8:00 pagi.
Aku dah sampai di Parit Sulong.
Kena cari pejabat pos dulu.
Nak kena top up setem yg tak cukup.
Malangnya pejabat pos dibuka pukul 8:30 pagi.
Jadi aku teruskan perjalanan dan singgah di Bakri.
Nasib baik pejabat pos di tepi jalan sahaja.

Pukul 9:15 pagi.
Aku selamat tiba di SMS Muar.
Proses pendaftaran sangat cekap dan efficient.
Ramai pelajar2 senior ditugaskan untuk membantu urusan.
Ikut sahaja flow chart yang diberikan.
Takpun tanya aje senior yang sedia membantu.
Semuanya dah ditetapkan.
Mula2 ambil name tag di bilik makmal.
Lepas tu ke kelas untuk hantar borang/dokumen dan bayar yuran.
Lepas tu terus ke asrama putera.
Bilik dan katil dah ditetapkan.
Angkat dan kemas barang dalam loker.
Pukul 11 pagi masuk ke dewan besar.
Sekarang ni tengah mendengar taklimat bersama pengetua.

Lepas ni ada jamuan makan tengahari.
Pukul 2-5 petang aktiviti bebas.
Waktu2 terakhir bersama anak.
Boleh bawa jalan2 ke bandar kalau hendak.
Dan selepas tu program or…

Aku Pening Kepala!

Pening kepala.
Menyediakan kelengkapan dan persiapan.
Untuk mendaftar di sekolah berasrama penuh esok.
Dua minggu yang serba sibuk.
Cari sijil2 dan fotokopi apa yang patut.
Selepas itu perlu disahkan pulak.
Sekurang2nya Pegawai Kerajaan Kumpulan A.
Kalau takpun cari Ketua Kampung.

Pening kepala.
Pakaian seragam sekolah kena balik warna asal.
Kemeja putih dan seluar panjang hijau.
Kasut kulit berwarna hitam.
Baju melayu putih cekak musang.
Itu pakaian yang wajib.
Pakaian yang tak wajib untuk luar waktu sekolah,
kemeja T berkolar dan seluar slack.
Semuanya memang takda dalam stok.
Kalau jersi bola dan jeans berlambak2lah.

Kelengkapan2 lain kena juga disiapkan.
Peralatan untuk bersukan,
peralatan mandi,
peralatan membasuh,
beribu ringgit juga berhabis.
Itu belum kira yuran yang perlu dibayar.
Khabarnya yuran bergantung dengan gaji ibubapa.
Ada beza dari segi subsidi kerajaan.

Antara keperluan wajib ialah setem 50 sen.
Dilekat di sampul surat beralamat sendiri.
Berhari2 aku musykil.
Cuk…

Aku dan 28 Januari

Imej
Hari ini hari terakhir kau bersamaku.
Selepas hampir 16 tahun,
ini kali pertama kita akan berpisah.
Kau akan masuk asrama esok.

Kelahiranmu tak sempat kusambut.
Tapi kedatanganmu sungguh dinantikan.
Kau penghubung kasih sayang.
Kau pengerat silaturahim.
Kau menjadi bukti,
cinta agung ayah dan ibumu.


Sebagai anak sulung,
kau contoh terbaik untuk adik-adik.
Cemerlang dalam pelajaran,
cemerlang dalam sukan,
juga pandai memilih kawan.
Kau disukai guru2 disekolah.
Kau rajin menelaah.
Kau jarang membantah.

2 tahun kebelakangan ini,
kau mula menuju keremajaan.
iPod dan Blackberry sentiasa lekat ditangan.
FB dan Twitter dah menjadi kawan,
bolasepak dan futsal menjadi teman.
Namun pelajaran tak dilupakan.


Esok 29 Januari.
Kau akan masuk asrama.
Jauh daripada keluarga.
Jauh daripada ayah.
Namun kau tetap dekat dihati ayah.
Anak ayah dah besar rupanya.
Harap2 dah pandai berdikari.
Harap2 dah pandai menjaga diri.
Harap2 boleh membasuh kasut dan baju sendiri.
Harap2 boleh mengemas katil sendiri.

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Sepasang suami isteri.
Dah lebih 3 tahun tak datang klinik aku.
Malam Rabu yang lalu,
mereka datang.
Mereka berpesan dengan staf aku.
Nak jadi pesakit yang terakhir.
Ada masalah besar nak bincang katanya.
Aku dapat mengagak.
Sama ada nak jual insurans,
nak pungut derma,
atau pun nak ajak join direct selling.

Dan telahan aku tepat sekali.
Mereka dah sebulan join Asia Herbal Biotech.
Menjual Produk herba.
Jus Cordyceps.
Campuran 20 jenis buah2an.
Guna Hexagonal Water Technology. (?)
Menjadi makanan tambahan tersohor.
Menjadi penawar semua jenis penyakit kronik.

Standard skema ubat MLM terkini:
Semestinya Anti oksidan.
Semestinya menjadikan awet muda.
Semestinya menguatkan sistem imun.
Semestinya mempercepat proses penyembuhan.
Semestinya menyelaras tekanan darah dan kolesterol.
Semestinya membantu fungsi jantung, buah pinggang, hati.
Semestinya menguatkan tenaga seksual.
Ada satu buku berwarna disertakan.
Testimoni pesakit2 yang sembuh dengan minum jus Cordyceps ini.
Pakcik dia dah se…

Aku dan Kenduri Kesyukuran

Imej
15 tahun lamanya.
Duduk menyewa,
Duduk kuarters kerajaan,
Duduk rumah sendiri,
Duduk rumah taman,
Duduk rumah berpengawal,
Duduk rumah kampung.
Baru ini kali pertama.
Aku buat kenduri kesyukuran dirumah sendiri.
Biasanya tumpang rumah emak,
atau rumah emak mertua.


Kenduri kesyukuran di kampung.
Bermula sekitar jam 8 malam.
Dan berakhir 2 jam kemudian.
Korumnya agak ramai.
Bacaan tahlilnya pun panjang.
Lepas doa bermesyuarat dulu.
Lepas tu baru boleh hidangkan makanan.
Makanan pun Nasi Ambeng.
Semua letak dalam dulang.
Dialas dengan daun pisang.
Tak payah susah2 nak cuci pinggan nanti.
Cuma pakat kat sini tak makan banyak.
Jamah sedikit lepas tu bungkus bawak balik.
Makan di rumah lebih selesa rasanya.
Bagusnya bila semua dibawa balik.
Tak tinggal barang sedikit pun.
Jadi tiadalah pembaziran.


Seronoknya buat kenduri di kampung.
Anak2 sedara semua ringan tulang.
Kakak ipar, abang ipar semua datang membantu.
Tukang masaknya pun kakak ipar sendiri.
Bermula dengan menyediakan rencah,
meny…

Aku dan Readers Digest

Imej
Antara banyak2 majalah berbahasa Inggeris,
aku paling suka majalah ini.
Saiznya sedang2 sahaja.
Mudah untuk dibawa kemana2.
Bahasanya sangat mudah difahami.
Gambar2 nya menarik.
Dan yang paling penting,
cerita2 kehidupan manusia seluruh dunia.
Kisah2 benar.
Kisah2 menyentuh perasaan.
Kisah2 menyayat hati.
Kisah2 lawak.
Kisah2 membangkit semangat.
Bukan seperti majalah Mastika.
Cerita pasal hal2 mistik.
Cerita pasal hantu dan jin.
Cerita pasal mayat dan kubur.

Aku pernah melanggan majalah ini dulu.
Sekitar tahun 2000 dulu.
Dihantar ke rumah secara percuma pada awalnya.
Lepas tu kata aku antara yang terpilih menang hadiah.
Siap beri kunci kereta Camry lagi.
Siap suruh pilih warna mana yang aku nak.
Tapi aku melanggan bukan sebab Camry.
Aku langgan sebab aku suka baca cerita2 didalamnya.
Dan memang sah dan nyata.
Aku tak menang pun kereta Camry tu.
Gimik pengiklanan sahaja.

Tahun2 berikutnya,
Aku beli majalah dikedai sahaja.
Dulu cuma sepuluh ringgit.
Sekarang dah 15 ringgit.
Tapi beli …

Aku dan Doktor Jual Bayi

Imej
Doktor Jual MC. Biasa dengar. Doktor jual ubat batuk. Biasa dengar. Doktor jual ubat tidur. Biasa dengar. Doktor jual bayi? Dah makin kerap didengar. Kalau fikir nak untung dan nak cepat kaya, doktor boleh jadi penjenayah paling keparat. Patut dilaknat dunia dan akhirat.

Ramai pasangan yang sanggup buat apa sahaja. Untuk dapatkan zuriat sendiri. Kaedah perubatan semua dah buat. Ujian darah dah beberapa kali buat. Ujian air mani pun dah buat. Ujian ultrasound pun dah buat. Pil subur pun dan jelak memakannya. Berurut dan memakan akar2 kayu pun sudah. Berpantang macam2 pun sudah. Cuma IVF sahaja tak mampu nak buat. Jadi mereka pun guna kaedah ini. Kos pun lebih kurang sama sahaja. Tapi boleh pilih hasilnya. Yang lelaki atau yang perempuan. Yang putih ataupun yang sawo matang. Yang cerah ataupun yang hitam manis.
Dan ada juga doktor yang kecundang. Demi wang ringgit dan kekayaan segera, mereka tolak ke tepi batas2 dan hukum-hakam. Kalau ada bakal ibu datang klinik, terutama yang belum sa…

Aku ke Taklimat Murid-Murid Tahun 6

Imej
Hari Jumaat.
Hari cuti aku.
Ada doktor baik hati sanggup jaga klinik aku.
Tapi hari ini kena bangun awal jugak.
Kena hadir ke sekolah.
Kena dengar taklimat.
Program setahun untuk kecemerlangan UPSR.
Ada taklimat GPK.
Ada taklimat guru penyelaras.
Ada taklimat YDP PIBG.
Ada taklimat guru besar.


Daripada dulu lagi.
Aku memang tak suka hadir majlis2 camni.
Biasanya wife yang kena pergi.
Tapi memandangkan ini anak terakhir ambil UPSR,
aku gagahkan juga untuk hadir.
Walaupun intipati taklimat ulang perkara yang sama,
ada juga ilmu yang aku dapat.
Aku nampak kesungguhan dikalangan guru2.
Aku nampak juga kesungguhan dikalangan ibubapa.
Cuma budak2nya mungkin lambat panas.
Masih sibuk nak bersilat.
Masih sibuk nak berlatih kompang.
Masih sibuk nak lawan ping pong.
Masih sibuk nak belajar main catur.

Mulai bulan depan,
kelas2 tambahan bermula.
Kelas tambahan sejam selepas waktu sekolah.
Dan setiap hari Sabtu,
7:30 pagi hingga 12:00 tengahari.
Juga mulai bulan depan,
Kena beli suratkhabar BH s…

Aku dan Gila Burger

Imej
Malam minggu yang lalu.
Aku tertengok program Majalah 3.
Kisah penjual2 burger.
Kisah penjual Lava Burger.
Kisah tauke Monster Burger.
Burger bukan makanan orang kita.
Tetapi budaya makan burger semakin menular di sini.
Ada sampai sanggup beratur panjang tunggu giliran.
Tunggu berjam2 pun takpda.
Sebab itu orang kita semakin 'sihat'.
Lepas tengah malam pun masih nak makan lagi.
Makan berat2 pulak tu.


Stall burger ada di mana2 sekarang.
Rasanya setiap 100 meter mesti nampak stall burger.
Kalau dulu cuma ada Ramly Burger,
sekarang dah macam2 jenama.
Dan orang2 kita dah semakin kreatif dan inovatif.
Dulu daging burger cuma ada 2 jenis;
ayam atau daging.
Sekarang macam2 jenis daging ada.
Rusa, arnab, kambing pun ada.
Lepas tu boleh tambah macam2.
daging boleh dibungkus telur,
boleh minta double atau triple,
tambah cheese pun boleh.
Nak yang combo berserta kentang goreng pun boleh.
Sos pun dah macam2 warna.
Sayur2 pun dah macam2 jenis.
Salad, kobis, carrot, bawang.
Saiz pun dah sem…

Aku dan Wordless Wednesday

Imej
Empat keajaiban bersedekah: Sedekah mengundang rezeki.Sedekah menolak bala.Sedekah menyembuhkan penyakit.Sedekah memanjangkan umur.



Aku Di Atas Padang Sejarah

Imej
Di dataran sejarah Suara kita sesubur rumput, Bisik kalbu bergaung garang Tanpa resah tanpa takut.
Lagu kita rindu demokrasi Darjat awan tertinggi Mengindah ufuk senja merai Kemerdekaan diri.
Rumput di kaki Awan di kepala Gah iringi murba Seramainya Sederapnya Setulusnya Kita bersama menjulang panji negara Bangga dicium angin jati Di tengah gelora kita sebangsa Dan sejiwa murni.
Di atas padang sejarah Pantang kita mungkiri janji Setiap tapak dan langkah Mengisi rindu demokrasi.
Diri kita amat padu maruah Senandung setulus hati Melunturkan wewarna zalim Menyubur kuning berseri.
Kita Tenaga jati Gah berjuang demi keadilan Kita terbang sederas sinar Julang panji kebenaran.
A Samad Said Stadium Merdeka HKR112.

Aku dan Wordless Wednesday

Imej
Satu dah nak masuk asrama.
Tinggal lagi dua.
Rutin jadual kehidupan akan berubah.



Kenapa Aku Tak Boleh Jadi Doktor?

Imej
Aku biasa terima email daripada doktor2 muda.
Bertanya pasal kehidupan sebagai GP.
Bertanya bagaimana nak buka klinik sendiri.
Bertanya pasal francais.
Bertanya pasal pinjaman bank.
Tapi email ini lain sangat ceritanya.

Seorang doktor muda.
Baru dapat jadi Houseman tahun ini.
Lulusan universiti di Indonesia.
Dia minat bidang Farmasi sebenarnya.
Tapi JPA suruh dia buat jurusan Medik.
Dia selalu gagal dalam exam.
Dah beberapa kali dia nak quit,
tetapi dia teruskan juga sebab kasihankan ibubapanya.
Dia teruskan juga sebab ada perjanjian dengan JPA.

Masa mula bekerja sebagai doktor pelatih,
baru dia tahu realiti sebenar kehidupan sebagai doktor.
Dia tak boleh tengok pesakit.
Dia akan kena Panic Attack.
Dia seolah2 phobia dengan pesakit.
Dia selalu mengelak untuk jumpa dengan pesakit.
Jumpa pengarah hospital.
Jumpa pakar sakit jiwa.
Dapat ubat2 penenang juga MC panjang2 pun.
Masih tak boleh menyembuh "panic attack"nya.
Akhirnya dia resigned sebagai doktor.
Dia nak minta kerja l…

Aku dan 14 Januari

Imej
Genap 13 tahun yang lalu.
Pada pagi hari Jumaat penuh berkat.
Aku sendiri yang menyambut kelahiranmu.
Sang Puteri kesayanganku.
Syukur Alhamdulilah.
Kelahiranmu dipermudah.
Membesarkanmu juga mudah.
Kau jarang meragam.
Kau jarang sakit.
Kau jarang minta yang bukan-bukan.


Hari ini.
14 Januari 2013.
Kau masih lagi puteri kesayanganku.
Kerana kau banyak mewarisi tabiatku.
Suka makan dan suka memasak.
Suka tidur jangan dikacau.
Suka menulis juga melukis.
Sangat tekun dalam pelajaran.
Juga langsung tak minat bersukan.

13 tahun melihat kau membesar.
Satu anugerah Allah tidak ternilai.
Kaulah penenang dikala duka.
Kaulah pengubat dikala kecewa.
Kaulah penawar segala masalah jiwa.

13 tahun akan datang.
Pasti kau dah besar panjang.
Pasti kau dah cukup matang.
Pasti kau akan dipinang orang.
Tapi aku masih yakin dan pasti.
Kau tetap puteri kesayanganku.

Selamat Harijadi puteriku.



Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang lelaki cukup dewasa.
Cukup sifat dan waras akal fikirannya.
Salah seorang kawan sekelas masa sekolah menengah dulu.
Bekerja disebuah kilang elektronik sejak habis sekolah.
Dah lebih 20 tahun bekerja di kilang tersebut.
Dia jarang2 berjumpa denganku.
Tapi aku kenal benar sejarah kehidupan dia.
Isterinya banyak kali mengandung.
Tetapi tak pernahnya lekat.
Asyik keguguran sahaja.
Buat IUI beberapa kali pun gagal juga.

Dah lebih setahun dia tak datang ke klinik.
Tiba2 dia datang waktu klinik hampir ditutup.
Membawa masalah negara katanya.
Panjang lebar dia bercerita masalah dia.

Tiga minggu yang lalu.
Dia kena marah dengan Manager kilang.
Ada barang yang dihantar ke Jepun kena reject.
Dia tak puashati.
Sebab kena marah semasa di dalam line.
Kena marah didepan para pekerja yang lain.
Lalu dia langsung tak hadir bekerja.
Bukan sehari dua.
Tetapi lebih 2 minggu.
Absent Without Leave.
Memang confirmed kena buang kerja punya.

Tempoh 2 minggu itu.
Dia belajar berniaga kecil2an didepan ru…

Aku dan Projek Hari Ini

Imej
Sejak 5 tahun yang lalu.
Wife dah suruh upgrade gajet di bilik air.
5 tahun telah pun berlalu.
Aku buat2 tak dengar sahaja.
Wife aku pun dah kenal sangat denganku.
Aku memang 'out' kalau bab tukang menukang.
Sepanjang 5 tahun ini,
satu persatu kepala paip mula rosak.
Kepala2 paip yang dipasang oleh pemaju,
semuanya buatan kurang bermutu.
Asal ada sahaja.
Selang beberapa lama,
dah rosak.
Dan sepanjang 5 tahun ini,
kami gunakan apa yang ada sahaja.

Hari ini harijadi wife aku.
Dan sempena harijadinya,
aku panggil seorang plumber.
Aku suruh ganti semua kepala paip,
upgrade sinki dan shower-head di bilik2 air.
Plumber ni sangat special.
Kena ambil 2 minggu untuk dapatkan appointment.
Plumber ni sibuk aje memanjang.
Kerjanya tak pernah habis.


Plumber ini sangat professional.
Dalam kereta buruknya,
segala spare parts ada.
Daripada yang sekecil sehingga sebesar2nya.
Peralatannya pun cukup serba-serbi.
Dan dia kerja seorang diri sahaja.

Plumber ni sangat2 teliti kerjanya.
Sepanjang petang …

Aku dan Pesakit Hari Ini

Warga asing pertama tahun ini.
Datang untuk pemeriksaan FOMEMA.
Warga Nepal.
Umur baru 19 tahun.
Hanya tahu berbahasa isyarat sahaja.
Hanya ternganga bila ditanya.
Dan aku pun ikut ternganga.
Bila dia tunjuk stok ubat yang dimakannya.
Sodium Valproate.
Clonazepam.
Ubat untuk penyakit sawan.
Penyakit yang sah kena reject.

Bila ada penyakit sawan.
Mana boleh kerja dikilang besi?
Mana boleh kerja menjaga mesin memotong besi?
Kilang ni pun punya rekod buruk diklinik aku.
Setiap tahun pasti ada yang tercedera.

Aku kasihan dengan warga Nepal ini.
Dah beribu duit habis untuk ke mari.
Tapi buta2 dah kena hantar balik.
Penyakitnya susah nak kaw-tim.
Apatahlagi bila tunjuk ubat depan mataku.
Semoga Allah lebih mengasihinya.




Aku dan Wordless Saturday

Imej
Sejak tahun baru. Saban hari dapat email. Suruh update akaun bank. RHB, CIMB, Maybank2U, AmBank. Macam2 notification dihantarnya. Naik rimas aku. Zaman sekarang. Masih ramai nak menipu. Masih ramai yang tertipu.

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Seorang wanita Indonesia. Dah dua hari keluar hospital. Datang ke klinik untuk Daily Dressing. Aku terpandang sesuatu di pergelangan tangannya. Kenapa masih ada branula? Nak kena masuk IV Antibiotic ke? Nak kena masuk IV Drip ke? Rupa2nya nurse lupa nak cabut. Pesakit balik dengan branula di tangan. Nasib baik tak jadi apa2.



Aku dan Wordless Wednesday

Imej