Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Pada suatu hari.
Dua warga Pakistan datang ke klinik. Nak buat pemeriksaan Fomema.
Jarang aku jumpa,
Warga Pakistan yang agak fasih berbahasa Melayu. Aku agak musykil dengan borang yang dibawanya.
Middle East Plantation?
Bekerja di ladang kurma gamaknya.


" Sudah lama sampai Malaysia? " " Baru sampai. " " Kerja apa? " " Jual tudung." " Mana kerja? " " Kerja sini. Saleng. " " Siapa tauke? Melayu ke Cina? " " Pakistan juga. Satu kampung. "
Lalu aku tunjuk borang Fomema kat dia. " Tengok. Ini patut kerja kebun. Mana boleh niaga? " " Tengok. Ini tauke KL sana. Mana boleh datang sini? "
Sengaja aku mengertak mereka. " Kalau semua orang macam ni,
macamana orang Malaysia mahu cari makan? " " Ini Malaysia bagus. Senang cari makan. "
Kalau ikutkan semangat patriotik aku, nak aje aku gagalkan mereka. Hantar aje balik kampung. Tapi demi kemanusiaan,
aku ikutkan sahaja. Bukan hak…

Aku dan Lawak Hari Jumaat

Imej
Ada kawan post di FB. Selamat menyambut Hari Merdeka kawan2!
Jom berbaris di stadium esok.


Soalan2 SPM yg pernah mencabar minda kita dulu2.. masihkah kita ingat lagi apa jawapan nya...

1. Siapakah yang membuka Melaka?
a. Param
b. Parameswari
c. Paramugari Terlampau
d. Parameswara
e. Parang Kontot

2. Pada tahun 1771, seorang penjelajah Inggeris telah tiba di sebuah kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides, siapakah dia?
a. Kapten Hook
b. Kapten Crook
c. Kapten Cook
d. Kapten Cool
e. Kapten Boleh

3. Siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak?
a. Brooke Shields
b. James Beruk
c. James Bond
d. Sapok Biki
e. James Brooke

4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang?
a. Torch Light
b. Traffic Light
c. Francisca Peters
d. Light and Easy
e. Francis Light

5. Salah seorang pahlawan melayu terbilang?
a. Tuk Janggut
b. Tuk Misai
c. Tuk Sideburn
d. Tuk Misai A Galak
e. Tuk Bulu Hidung

6. Pahlawan Melayu di Pahang?
a. Mat Kilau
b. Mat Silau
c. M Daud Kilau
d. Mat Sentul
e. Mat Rempit

7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang d…

Aku dan Wordless Wednesday

Imej
Gambar 18SX.

Tapi ini bukan gambar lucah.


Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Ini cerita 2 bulan terdahulu.
Seorang lelaki awal 40-an.
Datang ke klinik kerana jatuh ditempat kerja.
Pergelangan tangan kanannya bengkak.
Sekali tengok pun dah tahu.
Kalau tak patah mesti retak punya.
Aku hantar dia ke hospital.
Untuk buat x-ray.

Lepas seminggu dia datang ke klinik.
Mengadu sakit dan masih membengkak.
Doktor kerajaan kata tak patah.
Beri ubat dan MC dua hari.
Langsung takda follow up.
Dia cuba juga bekerja.
Tetapi sakitnya tak boleh tahan.
Langsung tak boleh nak pegang spanar.

Aku hanya boleh beri dia MC 3 hari.
Mengharap bengkaknya surut.
Lepas seminggu dia datang lagi.
Keadaannya tak berubah.
Dia pergi kerja.
Tetapi duduk termenung tengok orang buat kerja.
Aku suruh dia buat x-ray semula.
Aku tak puashati.
Gerak hatiku kata mesti patah punya.


Semalam dia datang lagi.
Tekaanku benar.
Repeat x-ray mengesahkan ada tulang yang patah.
Compression Fracture Distal Radius.
Tangannya disimen selama 6 minggu.
Nasib baik ada doktor yang prihatin.
Nasib baik ada doktor yang pan…

Aku dan Hari Ini

Imej
Hari ini aku dapat cuti.
TNB beri aku cuti. Karan takda satu hari. Mereka nak cuci2 pencawang. Rutin tahunan.

Tapi pagi2 lagi aku dah pergi kerja. Ada free medical check up di pejabat TNB. Screening untuk semua warga kerja TNB. Check berat dan tinggi. Check tekanan darah. Check paras gula. HQ nak ambik buat kajian.

Hampir separuh warga TNB adalah patient aku. Ahli2 keluarga mereka sekali. Jadi bila HQ minta kerjasama, untuk buat pemeriksaan percuma, aku langsung tak teragak2. Setahun sekali apa salahnya.
Pukul 9 pagi. Dah ramai yang menunggu aku. Target 100 orang. Dan sehingga jam 11.00 pagi, Lebih 70 orang dah siap diperiksa. Walaupun hampir semuanya warga tua, perangai masing2 macam orang muda. Meriah bilik pemeriksaan.
Masing2 nak tahu keadaan kesihatan mereka. Ramai yang excited sangat nak tahu paras gula mereka. Ramai2 buat countdown tunggu result keluar.
Lepas tu pakat gelak ramai2.
Pukul 12 tengahari. Mereka benarkan aku balik. Saki- baki yang belum hadir, akan diuruskan oleh Klin…

Aku dan Nasi Ayam Angah

Imej
Aku bukan 'hantu' Nasi Ayam.
Tapi setiap kali aku nak makan Nasi Ayam, Aku mesti ke sini. 

Restoran Nasi Ayam Angah. Lokasinya di Car City Indahpura. Dekat dengan McD. Sebelah pejabat Genting Property. Restoran ni buka waktu lunch sahaja. Tapi setiap kali aku datang, Restoran ini tak pernah lengang. Penuh dengan pelanggan. Warga2 korporat  juga kakitangan kerajaan.

Restorannya simple sahaja. Sekali pandang takkan perasan. Suasananya agak suram di dalam. Tapi itu tak penting. Yang penting rasa masakannya. Menunya pun agak terhad. Jadi tak pening nak memilih. Tak pening waiter nak ambik order.

Walau sibuk camnapun, Dalam 10 minit air dan makanan mesti sampai. Nasi Ayam adalah keutamaanku. Nasinya peroi dan lembut. Supnya berperisa dan tak rasa macam air kosong sahaja. Ayamnya pula biasa2 sahaja.

Keseluruhannya, Aku beri markah 7/10. + cepat dan pantas. + airnya sedap. + suasananya. - kuantiti nasinya sesuai untuk orang berdiet.  - harga agak mahal.

Aku dan Hari Ini

Imej
Hari ini dah 8 Syawal.
Hari ketiga aku buka kedai.
Kerja agak banyak.
Pagi, petang juga malam penuh dengan aktiviti.
Semalam ada seorang budak lelaki.
Datang mengadu sakit perut dan muntah2.
Tapi fizikalnya sihat walafiat.
Sebelum keluar bilik siap berpesan denganku,
" Doktor tulis MC untuk semalam sekali boleh? "
Sehari sebelum cuti raya ada seorang budak perempuan datang.
Pukul 9 pagi dah ada diklinik.
Sakit senggugut katanya.
Dia pun sama juga.
" Doktor minta MC untuk malam ni boleh? "
" Saya dah nak balik kampung malam ni."

Sehari dua ni pun sama sahaja.
Terutama yang baru balik daripada Pantai Timur.
Dah tahu hari ini nak masuk kerja,
pagi ini baru sampai ke sini.
Lepas tu terhegeh2 datang ke klinik.
Sakit kepalalah, sakit pingganglah,
tak cukup tidurlah, tak cukup rehatlah.
Semuanya dah tua2 bangka.
Sepatutnya dah tak perlu diajar atau dinasihat.
Dah cuti seminggu pun nak sambung dengan MC jugak.


Pagi semalam ada sahabat mayaku hantar gambar di Ins…

Aku dan Wordless Wednesday

Imej
Feeling de ja vu.


Aku dan Syawal Keempat

Imej
4 Syawal.
Bersamaan dengan hari minggu.
Walaupun hari cuti, pagi2 lagi aku dah bangun. Kena buat sarapan untuk anak2. Wife pula sibuk mengemas apa yang patut.
Ada orang nak datang beraya.
Khabarnya.


Pukul 10 pagi. Beberapa kumpulan saudara datang bertandang. Saudara sepupu sebelah wife. Juga Pak Utih dan Pak Andak. Juga kawan lama wife masa kanak2 dulu. Kawan main pondok2. Kawan mandi sungai.
Bukan setahun tak jumpa.
Tetapi lebih 10 tahun tak jumpa.
Inilah antara nikmatnya raya.

Lepas Zohur. Aku ke Ulu Belitong. Ke rumah kakak sulung aku. Ada undangan makan tengahari.
Aku makan sampai terlebih kenyang. Bila dah kenyang, mata pun mula berat. Layan tidur sambil tengok Senario di tv3. Lawak2 Senario dah makin tak relevan.
Lawak2 Senario dah boleh buat orang tertidur.

Lepas Asar. Aku balik ke rumah. Kena buat preparation untuk majlis seterusnya. Wife nak menjamu adik-beradiknya makan malam pulak.
Wife suruh aku masak.
Dan aku berangan2 jadi peserta Masterchef.
Memasak dengan apa2 bahan y…

Aku dan Syawal Ketigaku

Imej
Sekejap sahaja.
3 Syawal dah menjelma. Pagi2 lagi dah buat2 sibuk. Emak dan abah juga adik-beradik, Dah confirmed nak datang beraya. Nak makan tengahari dirumahku. Nak rasa masakanku. Nak tengok ikan peliharaan. Nak tengok kucing peliharaan.
Aku dah tahu masakan kesukaan abahku. Aku dah tahu favorite emakku. Jadi menu dah tersedia dalam kepala. Tinggal sediakan bahan2 nya sahaja.
Selepas mereka pulang, Aku segera bergegas ke Johor Specialist Hospital. Dah berjanji dengan kawan lama. Nak sangat2 berjumpa dan bertanya khabar. Sekadar menelefon dan berSMS tak cukup. Tak puas. Kena jumpa in-person. Baru tahu situasi sebenarnya.
Ini kisah kawan lamaku. Aku pernah cerita dahulu. Banyak kenangan pahit manis bersamanya. Dan tak kusangka. Begini nasibnya.
Dia dah confirmed ESRF. Kena dialisis 3 kali seminggu. Anak2 nya masih belajar.  Tapi nasib baik isterinya masih bekerja. Penyakit buah pinggang adalah penyakit 'orang kaya.' Kos rawatannya sangat tinggi. Sekali cuci darah dah 200++. …

Aku dan Syawal Keduaku

Imej
Hari Raya Kedua. Pagi2 lagi aku dah bangun. Rancangan hari ini ialah beraya di kampung. Melawat sedara-mara sebelah wife. Melawat adik-beradik emak dan abah. Inilah tradisi keluargaku setiap tahun.
Setiap kali musim raya, aku berkonvoi 5-6 buah kereta. Menyerbu rumah saudara-mara. Kalau nasib baik, dapatlah berjumpa dengan sepupu-sepapat, juga dengan anak2 sedara yang susah nak jumpa. Hanya musim hari raya sahaja waktunya. Hanya musim raya mengenal saudara.

Perjalanan daripada Kulai ke Muar terasa sangat jauh. Kenderaan memenuhi setiap inci jalan2 raya. Kesesakan pasti berlaku disetiap simpang dan lampu isyarat. Perjalanan 2 jam menjadi 4 jam. Kesabaran sebagai pemandu ada hadnya. Memberi2 laluan disimpang2 sepatutnya menjadi budaya. Angkat tangan sudah cukup sebagai tanda terima kasih. Tetapi pemandu2 yang datang dari kiri jalan, pemandu2 yang cuba memotong barisan, pemandu2 yang tiba2 masuk ke lorong tanpa isyarat. Bila kita bersongkok dan berkopiah, apatahlagi bila memandu kereta …

Aku dan Syawal Pertamaku

Imej
Kampungku dan kampung wife sebelah menyebelah sahaja. Itupun tak sampai 30 minit daripada rumahku. Jadi setiap kali raya, memang asyik ke sana ke mari sahaja. Takda nak gaduh2. Dulu ada juga giliran. Tetapi semenjak anak2 dah besar2 ni, aku beraya di rumah sendiri dulu. Lepas sembahyang raya baru ke rumah emak bapak masing2. Tak payah lalu lebuhraya. Tak payah lalu lampu isyarat. 10 langkah sampai ke rumah emak mertua. 10 minit sampai ke rumah emak yang satu lagi.
Sehari sebelum raya, pagi2 lagi wife dah ajak berbelanja barang2 dapur. Kena buat persiapan untuk penuhkan peti sejuk. Adik-beradik aku, adik-beradik wife aku, kalau datang beraya mesti kena makan berat punya. Setahun sekali masak untuk mereka apa salahnya. Kawan2 anak2 pun dah berkira2 nak datang juga. Budak2 lagi banyak makannya.
Mula2 aku ke Pasar Tani Mega di Flat Temenggung. Tapi Mega lah sesangat. Cuma ada 8 gerai yang meniaga. Ayam siap proses RM 7.40 sekilo. Kurang 30 sen sahaja banding harga siling. Tapi raya punya…

Aku dan Wordless Friday

Imej
Masih mood raya.



Aku dan Lesen Memanduku

Imej
Kelmarin. Baru aku terperasan. Lesen memanduku akan expired pada 1 Syawal ini. Mengelabah sekejap. Takkan raya nanti tak boleh nak memandu kereta? Takkan raya nak mengayuh basikal sahaja? Takkan raya nak berjalan kaki sahaja?
Aku telah diberitahu. Tak boleh nak renew lesen di pejabat pos. Sistem sedang diupgrade. Pilihannya nak kena ke JPJ Taman Daya nun di sana. Kalau hari isnin mesti penuh sesak punya. Seharian kena duduk depan kaunter. Ada cadangan suruh ke JPJ Pontian. Khabarnya lengang sedikit. Tapi mana boleh tinggal klinik gitu aje? Tak beraya aku nanti.

Lalu aku teringat iklan ditv. Gunakanlah www.myeg.com.my Pertama kali aku mendaftar. Pertama kali menggunakan servisnya. Segala2nya mudah, pantas dan selamat. Klik sana klik sini. Dah siap. Servis perkhidmatan 2 ringgit. Khidmat penghantaran 6 ringgit. Dijanjikan akan terima dalam masa 5 hari bekerja.
Aku sekadar mencuba. Hantar email kepada mereka. Beritahu masalah aku. Aku akan menjadi illegal driver di musim perayaan ini. M…

Aku dan Syawal 1434

Imej
Kelantan... Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar Kelik rayo taksir laju Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong Makang kepok cicah cuke Bulang pose mung bengong Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino Nasi dagang ikan patin Jange mu masam muko Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke Awak suke kite tak suke Esok luse hari raye Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate Kaki bengkak ulau patok Kalu balik naik kerete Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api

Aku dan Lawak Hari Jumaat

Imej
Jumpa di FB.