Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2015

Aku dan Kedai Runcit Healthcare Provider

Imej
Hampir setiap minggu aku dapat pertanyaan.
Doktor-doktor baru yang berniat nak buka klinik.
Semuanya was-was.
Semuanya hanya separuh berani.
Bertanya bagaimana situasi sekarang?
Adakah masakini sesuai untuk buka klinik?
Berapa kos permulaan?
Bila boleh mula menjana keuntungan?
Dan 1001 lagi soalan.
Jenuh kalau aku nak menjawab satu-satu.
Dulu aku rajin juga menjawab.
Tetapi sekarang dah malas.
Rasanya dah banyak aku tulis pengalaman aku disini.
Tetapi semuanya tak nak baca.
Semuanya nak bertanya sahaja.
Bacalah dulu.
Lepas tu hadam dan faham.
Lepas tu barulah bertanya soalan.
Soalan-soalan yang lebih bernas.
Bukannya sekadar meminta pandangan secara am.

10 tahun sebagai pengendali Kedai Runcit Healthcare Provider.
Aku dah masak sangat dengan karenah para pelanggan.
Rasanya dah banyak kali aku cerita pasal pesakit-pesakit aku.
Rasanya dah banyak kali aku hampir putus asa.
Rasanya dah banyak kali aku menjadi bosan.
Tetapi apakan daya.
Inilah kehidupanku.
Tadah sahajalah.

Masa mula buka …

Aku dan Lawatan ke Kilang Bateri Tampoi

Imej
Susah betul bila ada anak dara dan anak bujang kat rumah. Ada sahaja projek bila habis periksa. Dan projek yang ini memang dah lama tertangguh. Projek melawat Kilang Bateri.

Ini bukan sebarang kilang. Asalnya memang sebuah kilang. Tapi dah diubahsuai. Dah jadi tempat membeli-belah. Menjual barang-barang jenama tempatan. Juga akan menjadi tempat melepak yang happening.

Khabarnya mula dibuka sejak bulan Ramadhan yang lalu. Cuba cari mereka di Instagram dan FB. Mesti jumpa punya. Lokasinya pun mudah sahaja. Jalan Tampoi. Berdepan dengan Taman Damansara Aliff. Dekat juga dengan Plaza Angsana. Dibuka pada setiap hari. 12 tengahari hingga 12 tengahmalam.

Tetapi masa aku sampai tadi, Proses ubahsuai masih giat dijalankan. Gerai2 baru 40% penuh. Walaupun belum dibuka sepenuhnya, Banyak juga kedai2 jenama tempatan yang sudah dibuka. Tanya anak2 aku. Mereka lebih kenal jenama tempatan daripada aku. Kalau semua kedai dalam ini dibuka, memang akan jadi syurga terutama untuk anank-anak muda.

Sela…

Aku dan Hujung Minggu Ini

Imej
Untuk keluarga besar Hj Yusop, majlis perkahwinan adalah aktiviti keluarga yang ditunggu-tunggu. Tahun ini sahaja akan ada empat majlis besar dirumah yang berlainan. Dimulakan dengan majlis yang ini. Majlis perkahwinan Shazriq dan Nurdiyana.
Untuk keluarga besar Hj Yusop, belum pernah ada majlis dibuat didewan. Belum pernah ada majlis guna wedding planner. Belum pernah ada majlis guna katering. Semuanya kami buat sendiri. Daripada A hingga ke Z. Daripada urusan masak-memasak, melayan tetamu, menyambut pengantin, mengemas meja, mengemas pinggan mangkuk dan belanga, semuanya diuruskan oleh saudara-mara dan jiran tetangga. Tanpa mengharap bayaran. Tanpa mengharap sebarang imbuhan.
Hari jumaat persiapan bermula. Masa aku sampai petang itu, jiran-tetangga dah penuh didapur. Menyiang dan membasuh ayam, memotong daging, mengopek bawang, menyusun meja dan kerusi, pendek kata ada sahaja kerja yang perlu dilakukan, memang sentiasa ada pekerjanya. Sampai tengah malam pun, suasana masih lagi mer…

Aku dan Perkahwinan Shazriq&Diyana

Imej
Tarikh : 22 Ogos 2015
Masa : 11 pagi- 5 petang
Tempat: Bandar Tenggara Kulaijaya



Aku dan Wordless Wednesday

Imej

Aku dan Hujung Minggu Ini

Imej
Kalau ikutkan jadual asal. Hujung minggu ini aku ke Kuantan Pahang. Ada urusan majlis perkahwinan anak saudara aku. Tetapi memandangkan kesihatan yang tidak mengizinkan. Aku tak dapat turut serta. Minggu lepas aku ambil MC dua hari. Makan Paracetamol dan Actifed banyak-banyak. Dan duduk berehat sahaja dirumah. Melalui group Whatsapp, dapatlah aku tengok live majlis pernikahan di Pahang. Lebih mudah dan ringkas. Jauh beza dengan majlis orang Johor. Selain akad nikah, banyak lagi akad yang kena baca. Pengantin lelaki, pengantin perempuan, bapak pengantin. emak pengantin pun kena baca akad jugak.

Alhamdulilah. Hari Sabtu aku dah hampir pulih sepenuhnya. Walaupun berehat di rumah, anak-anak penuh dengan aktiviti. Ada nak pergi rumah kawan punya open house. Ada nak pergi berlatih silat. Ada nak pergi ke kelas tambahan. Nasib baik wife boleh bawa kereta. Jadi dialah yang kena jadi driver.

Pagi hari Sabtu. Aku sempat memenuhi undangan ke satu majlis perkahwinan.  Salah seorang doktor paling…

Aku dan Wordless Thursday

Imej
.
.
.
.
.
If Malaysia have two cows. Both staying in condo. And become a cabinet ministers.