Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2016

Aku ke JDT Cafe Dataran Bandaraya

Imej
Lama aku tak buat entri pasal makan. Jom kita terjah restoran ini.

Petang Jumaat yang redup. Aku bawa anak-anak bujang aku ke JDT Cafe di sebelah Dataran Bandaraya. Restoran berkonsepkan team JDT. Malah kepunyaan team JDT. Restoran ini letaknya betul-betul disebelah padang latihan team JDT. Kalau nasib baik boleh tengok mereka berlatih. Kalau nasib lagi baik boleh salam dan minum-minum dengan mereka. Kalau nasib sangat baik boleh jumpa dengan TMJ.

Restoran ini mula dibuka pada 1 Jun yang lalu. Berkonsep terbuka dan santai. Masa aku datang meja banyak yang kosong. Mungkin sebab team JDT tak datang berlatih hari ini agaknya. Memandangkan pelanggan tak ramai, layanan diberikan sangat pantas.

Pilihan menu agak banyak juga. Hidangan tempatan juga makanan barat. Pilihan minuman pun sama. Sesuai untuk tekak yang tua dan yang muda.

Sementara menunggu hidangan disiapkan, aku pusing-pusing seluruh restoran. Memang cantik, bersih dan kemas. Warna merah, biru dan putih memang sedap mata memandan…

Aku dan Projek Hari Ini

Imej
Dalam beberapa hari ini aku dapat rasakan. Kereta aku dah tak berapa sejuk. Ada demam sikit. Angin sejuknya kejap rasa kejap tak rasa. Paling teruk selepas sembahyang Jumaat tadi. Letak suhu paling minimum pun masih terasa panas diluar.

Setiap kali aircond kereta aku bermasalah, aku pasti ke kedai ini. Kedudukan kedainya agak tersorok. Kedainya buruk sahaja. Signboard pun dah sangat pudar. Kain merah yang digantung disekelilingnya pun dah sangat lusuh warnanya. Tetapi tuan kedainya tetap ramah seperti selalu. Tengok muka tauke kedai terus hilang sakit.

Walaupun aku dah sangat lama tak kekedainya, beliau masih ramah menyapa. Bertanya soalan-soalan macam dah lama kenal. Padahal dia ingat-ingat lupa dengan muka aku ini. " Tauke, kereta tak sejuklah. " " Lu start enjin, saya kasi tengok. " Sekelip mata sahaja dia dah tahu puncanya. " Lu tengok, kipas sebelah sudah tak pusing. " " Berapa tahun sudah pakai ini kereta? " " 8 tahun tauke. " &…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Ini kisah benar seorang lelaki.
Ini kisah seorang manusia seperti kita.
Ini bukan kisah makhluk asing.
Ini kisah seorang warga asing.
Ini bukan setakat kisah seorang warga asing.
Walaupun bilangannya dah berjuta dinegara ini.


Seorang lelaki warga Nepal.
Berusia awal 20 an.
Dah tiga tahun bekerja di Malaysia.
Bekerja disebuah kilang pembuatan.
Kerjanya berat.
Kotor, panas dan berbahaya.
Pada tahun pertama di sini,
beliau dah tak bernasib baik.
Beliau mengalami kemalangan ditempat kerja.
Putus ibu jari tangan kanannya.
Sejak kemalangan itu,
majikannya pindahkan dia ke tempat kerja lebih mudah.
Beliau ditugaskan mengawal pintu masuk.
Sekadar duduk dan mencatat kenderaan keluar masuk.
Bagus betul majikannya.

Tiga bulan lepas dia datang keklinik untuk pemeriksaan kesihatan.
Pemeriksaan Fomema untuk melanjutkan visa.
Kalau aku report pasal ketiadaan ibujarinya,
memang sah dia akan dihantar balik.
Jadi aku tanya majikannya,
mereka masih mahu dia bekerja dikilangnya.
Jadi aku 'tutup mata…

Aku dan Wordless Wednesday

Imej

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Kisah seorang ibu.
Anaknya cuma dua orang.
Seorang lelaki dan seorang perempuan.
Yang perempuan akan ambil SPM tahun ini.
Manakala yang lelaki dalam tingkatan 2.
Bersekolah disalah sebuah sekolah berasrama penuh di Johor.
Memandangkan anaknya cuma dua orang,
kasih sayangnya memang tak berbelah bagi.
Sakit sedikit pun mesti nak jumpa doktor.
Nak minta khidmat nasihat.
Nak kepastian bahawa dia telah melakukan yang terbaik untuk anak-anaknya.

Kejadian ini berlaku genap sebulan yang lalu.
Anak keduanya dikatakan 'bergurau berlebihan' dengan kawan satu tingkatan dengannya.
Lalu ditendang diperutnya sebanyak dua kali.
Anaknya telah dibawa ke hospital daerah.
Doktor yang merawatnya kata sakit luaran sahaja.
Dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan.
Dia tidak berpuashati.
Lalu dibawa anaknya ke hospital pakar untuk pemeriksaan lanjut.
Agak mengejutkan.
Keputusan CT Scan mengesahkan berlaku kecederaan dalaman yang agak serius.
Ruptured Spleen.
Dalam bahasa mudahnya; Limpanya pecah.
Rasa n…

Aku dan Seminggu Yang Panjang

Imej
Cuti persekolahan selama seminggu bermula Jumaat yang lalu. Kebetulan anak sulungku pun tengah cuti akhir semester pertamanya. Jadi setelah sekian lamanya, ketiga-tiga anakku berada dirumah serentak. Bermakna cukuplah kuorum ahli keluargaku. Inilah saat-saat yang aku tunggu. Waktu untuk bersama-sama keluarga. Terakhir dapat berkumpul begini kira-kira 5 bulan yang lalu. Jadi saat seperti ini takkan aku lepaskan. Aku dan wife pun turut bercuti selama seminggu. Aku menjauhkan diri daripada masalah-masalah diklinik. Aku nak berehat. Aku nak mencari ketenangan.

Hari Jumaat sebelum percutian bermula, Aku ke Blue Cube di AEON Taman Universiti. Tempat yang aku paling tak suka untuk dikunjungi. Aku banyak pengalaman pahit berurusan di sini. Dah banyak kali berlaku, dah banyak kali terkena. Tetapi ini sahaja pilihanku. Tempat lain adalah di Celcom Center di Skudai. Tetapi waktu urusan hanya pada waktu pejabat sahaja. Jadi susah sikit nak adjust dengan masa senggangku. Jadi nak tak nak aku kena…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Ini cerita lama sebenarnya. Seorang lelaki berusia awal 50-an.
Bekerja kilang dan panel dengan klinikku.
Aku mengenalinya dah lama.
Anak-anaknya semua aku kenal.
Kebanyakannya masih bersekolah.
Isterinya pula tidak bekerja.
Jadi aku faham situasi kewangannya.

Kira-kira 5 tahun dahulu,
aku diagnosed dia sebagai penghidap kencing manis dan darah tinggi.
Mula-mula dia reluctant nak makan ubat moden.
Dia lebih percaya ubat-ubat herba dan ubat-ubat kampung.
Selepas beberapa lama mencuba mengawal semuanya,
akhirnya dia setuju untuk mula makan ubat.
Aku cadangkan dia ke klinik kerajaan.
Rawatan dan ubatan boleh didapati percuma.
Tetapi dia kata dia tiada masa untuk ke klinik kesihatan.
Hari-hari dia bekerja.
Kalau dia bercuti,
klinik kerajaan pun bercuti.
Kalau dia nak ke klinik kerajaan pun,
sekurang-kurangnya separuh hari dihabiskan di klinik kerajaan.
Jadi dia mengambil ubat denganku.
Sebulan atau 2 bulan sekali dia datang untuk pemeriksaan susulan.
Adatlah.
Kadang-kadang naik,
kadang-ka…

Aku di Light Sensation MEPS Serdang

Imej
Pagi hari Khamis. Aku masih berada diPutrajaya. Langsung takda perancangan. Otak pun kosong. Tak tahu nak buat apa. Apa-apapun kita bersarapan dahulu. Cari idea. Cari lokasi untuk dilawati. Tapi aku nak cakap satulah. Sarapan di sini memang berbaloi. Pilihannya banyak. Ada Nasi Goreng Kampung. Ada Spagetti Daging. Ada Nasi Lemak. Ada Ayam Masak Merah. Ada Sayur Bayam Goreng. Pendek kata, Sarapan campur makan tengahari sekali. Memang kekenyangan.

Pukul 2 petang. Aku baru checked out daripada bilik hotel. Singgah ke IOI City Mall dahulu. Window shopping sambil cari ole-ole. Aku dah berhenti beli alat permainan. Almari aku dah penuh. Lagipun harga semakin mahal sekarang. Mainan tiruan daripada China pun harga ratus-ratus. Langsung tak berbaloi.

Pukul 5.30 petang. Aku sampai di MEPS Serdang. Nak tengok pameran. Light Sensation. Aku pun tak faham. Kenapa perlu letak kereta jauh-jauh. Lepas tu kena beratur naik bas. Walaupun percuma, Aku kasihan yang datang lewat malam. Kena beratur panjang. Disebelah dalam banyak lagi ruang le…