Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2018

Aku dan Perjalanan Umrahku: Hari Keenam

Imej
Sekejap sahaja dah enam hari aku di sini.
Kalau di Malaysia,
hari ini adalah hari Isnin.
Tetapi di sini,
tiada hari yang istimewa kecuali hari Jumaat.
Hari lain semuanya sama sahaja.


Pagi sememangnya bermula jam 4: 30 pagi.
Bangun dan terus ke masjid.
Lepas sarapan ustaz nak bawa kami ziarah luaran,
seterusnya bermiqat di Jaaranah bagi umrah kedua kami.
Pukul 8 pagi kami dah berada didepan hotel.
Pukul 8:40 pagi bas baru kelihatan.
Polis tak benarkan bas masuk awal ke kota Mekah katanya.
Sementara menunggu bas datang,
penjual-penjual jalanan mengambil kesempatan.
5 Riyal, 10 Riyal, 15 Riyal.
Halal! Halal!


Mula-mula kami dibawa ke Jabal Rahmah.
Tempat pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa selepas terpisah bila diturunkan daripada syurga.
Bukitnya tak tinggi.
Khabarnya setinggi 70 meter sahaja.
Jabal Rahmah juga merupakan tempat turunnya wahyu terakhir kepada Nabi Muhammad SAW.
Ianya berlaku pada waktu Nabi Muhammad SAW sedang wukuf.
Ramai jemaah memanjat bukit ini terutama pada hari wukuf…

Aku dan Perjalanan Umrahku: Hari Kelima

Imej
Pukul 2 pagi siap umrah, pukul 4:30 pagi dah bangun semula untuk ke masjid. Tak sabar rasanya nak sembahyang di depan kaabah. Masjidil Haram adalah saaangat luas. Ada banyak tempat sembahyang boleh dipilih. Nak sembahyang didataran depan kaabah pun boleh. Tapi kenalah pakai ihram dan datang awal. Aku biasanya sembahyang di tingkat satu. Ada bumbung dan ada kipas. Nak balik pun senang. Sembahyang waktu disini adalah simple sahaja. Lepas azan kena tunggu agak lama untuk qamat. Waktu tengahari imam biasanya baca surah-surah pendek. Terutama kalau suhu panas. Tapi kalau malam surah dibaca agak panjang. Sedap bacaannya. Lepas sembahyang tiada wirid. Imam terus bangun untuk melakukan sembahyang jenazah. Sembahyang jenazah dilakukan setiap kali lepas sembahyang waktu. Pahalanya ibarat segunung emas. Itu kata ustaz. Jadi belajar-belajarlah cara-cara sembahyang jenazah sebelum ke sana. Lagi satu jangan terkejut sebab imam tak baca doa qunut pada waktu subuh.

Selepas subuh aku kembali ke hotel…

Aku dan Perjalanan Umrahku: Hari Keempat

Imej
Pagi hari terakhir di Madinah. Pukul 3:30 pagi aku kembali lagi ke Raudhah. Kalau kali pertama aku hanya dapat berdiri dan berdoa, kali ini aku dapat duduk, bersembahyang dan berdoa. Hampir 30 minit aku duduk beriktikaf di situ, sebelum memberi peluang kepada jemaah lain mengambil tempatku. Menangis emakku bila aku tunjuk gambar tiang Raudhah kepadanya. Ketika aku keluar daripada Raudhah, hujan gerimis turun membasahi lantai masjid. Jarang jumpa hujan di sini. Pagi itu aku rasa dah puas berada di Madinah. Jom kita ke Mekah pulak.

Selepas Subuh,
wife ajak menyambung window shopping lagi.
Yang terakhir sebelum berangkat ke Madinah.
Kali ini kami menuju ke pasar borong sebelah stesen bas.
Katanya harga barangnya lebih murah di sini.
Betul memang murah.
Sebab kualitinya agak rendah.
Kebanyakkannya pun China Made.
Jadi aku tak beli apa-apapun.




Pukul 10:30 pagi,
ustaz membawa kami untuk ziarah Wada'.
Ibarat mengucapkan selamat tinggal kepada Rasulullah SAW.
Doanya diiringi dengan esaka…

Aku dan Perjalanan Umrahku: Hari Ketiga

Imej
Hari Ketiga di Madinah. Pukul 3 pagi aku dah bangun. Aku nak mencuba memasuki Raudhah. Mendengar cerita wife semalam, aku pun teruja nak merasa suasana didalamnya. Ustaz apa pesan, waktu paling sesuai untuk ke Raudhah adalah sekitar jam dua pagi. Tetapi ustaz menyambung, kalau semua orang berfikiran begitu agak-agak lengang tak masa tu? Keistimewaan jemaah lelaki ialah, kami boleh masuk ke Raudhah pada bila-bila masa. 24 jam. Langsung tiada halangan masa. Jadi aku ikutkan gerak hatiku sahaja. Kalau ada rezeki dapatlah aku masuk ke Raudhah pagi ini.

Al-Raudhah adalah satu kawasan di dalam Masjid Nabawi
iaitu ruang yang terdapat di antara rumah kediaman Siti Aishah dengan mimbar Rasullulah SAW.
Luarannya ditanda dengan kawasan berkubah hijau,
manakala didalamnya ditanda dengan kawasan berkarpet hijau.
Kawasannya agak sempit.
Jadi berebut-rebutlah jemaah ingin memasukinya.
Ini kerana menurut para ulama,
Raudhah adalah taman syurga,
juga tempat kedua paling mustajab untuk memohon doa kep…

Aku dan Perjalanan Umrahku: Hari Kedua

Imej
Pagi hari kedua di Madinah. Pukul 4 pagi aku otomatik terbangun daripada tidur. Terus ambil air sembahyang dan menuju ke masjid. Memang hairan, sebab tiada siapa menyuruh. Dan tiada siapa yang menghalang. Tiada gangguan difikiran yang mengajak untuk sambung tidur seperti selalu.

Lepas sembahyang aku balik ke hotel untuk bersarapan.
Berebut-rebut dengan jemaah Indonesia memang tak boleh menang.
Dan tengok cara mereka ambil makanan pun aku tak berani nak kata apa.
Mereka ambil makanan banyak.
Tetapi semuanya habis dimakan.
Tak seperti orang kita yang suka membazirkan makanan.
Aku sebenarnya jarang ambil roti kalau bersarapan dihotel.
Tetapi roti-roti di sini memang sedap.
Gebu, lembut dan sangat berlemak.
Tak seperti di Malaysia,
rotinya roti recycle yang keras seperti batu.
Hari ini ustaz mengajak kami untuk ziarah luaran.
Pukul 8:30 pagi bas dah menunggu.
Mula-mula kami dibawa ke Masjid Quba.


Ikut cerita ustaz,
Masjid Quba merupakan masjid pertama yang dibina didalam Islam.
Ia dibina…

Aku dan Perjalanan Umrahku: Hari Pertama

Imej
Group umrah yang aku sertai mengandungi 46 orang jemaah, diketuai oleh ustaz Ismail sambil dibantu oleh 3 orang mutawif pelatih. Group kami terdiri daripada pelbagai golongan dan peringkat umur. Paling muda berumur 2 tahun lebih ( anak ustaz sendiri ) dan paling tua berumur 81 tahun. Namun kami dapat saling membantu dan saling menghormati antara satu sama lain. Majoriti datang daripada Johor, hanya sebahagian kecil datang daripada Selangor.

Kami tiba di hotel kira-kira jam 11.30 pagi.
Selepas meletakkan beg di lobi hotel,
ustaz membawa kami ke Masjid Nabawi yang terletak kira-kira 100 meter sahaja daripada hotel.
Walaupun waktu zohor kira-kira sejam lagi,
masjid dah dipenuhi dengan jemaah.
Pertama sekali yang dipandang tentunya payung masjid yang kelihatan seperti rama-rama.
Sebelum ini hanya nampak dalam gambar sahaja,
kini semuanya ada didepan mata.
Inilah rumah keduaku sepanjang 4 hari berikutnya.


Pertama kali masuk ke masjid,
aku letak selipar di rak dipintu masuk.
Dan aku masuk …