Aku dan Kembara Jepun: Hari Ketiga


Hari Ketiga dan hari terakhir di Osaka.
Pukul 9 pagi masing-masing dah berada didepan hotel.
Kami semua dikehendaki checked out daripada hotel pagi ini.
Waktu checked out hotel disini adalah sebelum jam 10 pagi.
Kalau lewat daripada waktunya,
dendanya adalah tinggi.
Masa kat Perth dah terkena,
jadi kali ini kami dah berhati-hati.


Hari ini aku ada tour guide.
Local student yang dah setahun tinggal di sini.
Hari ini juga aku menggunakan Osaka Amazing Pass.
Satu tiket boleh diguna untuk pergi kemana-mana sahaja di seluruh Osaka.
Naik turun keretapi berpuluh kali pun takpa.
Yang penting perlu digunakan dalam tempoh 24 jam.


Dengan adanya tour guide,
perjalanan kami jadi lebih pantas.
Kami tahu mana nak pergi dan nak dituju.
Cuma ada beberapa orang daripada ahli group aku yang sukar menepati waktu.
Kita dah lepas dua simpang,
mereka masih lagi sibuk bergambar.
Pantang jumpa benda baru,
semua nak kena berselfie dulu.
Letih aku menunggu mereka.


Tempat pertama lawatan hari ini adalah istana lama di Osaka Castle Park.
Antara tempat wajib datang jika ke Osaka.
Kalau rajin boleh memanjat tangga untuk naik ke atas istana.
Melihat keadaan didalam istana juga pemandangan luar yang menakjubkan.
Tapi aku prefer duduk diluar sahaja.


Kawasan istana ini amat luas.
Nampak sangat kukuh buatannya.
Ada tembok tinggi,
juga takungan air yang sangat dalam.
Semuanya digunakan untuk mempertahankan diri pada zaman dahulu.
Patutlah Malaysia tak pernah menang bola kalau melawan Jepun.
Pertahanan mereka sangat kuat.


Selain tamannya yang luas,
tamannya juga cantik dan bersih.
Cuma bunga sakura belum lagi berkembang.
Ramai pelancong datang ke sini.
Kalau yang senyap itu pelancong tempatan atau Korea.
Tetapi kalau pelancong warga China,
bisingnya yang amat.
Aku dan tahu dah.



Aku berada di sini hampir 2 jam.
Walapun takda aktiviti nak dibuat,
melihat gelagat manusia boleh menjadi aktiviti juga.
Sebelum tengahari aku dah sampai ke lokasi seterusnya.
Kawasan paling sibuk di Osaka.
Dontonbori.
Tempat membeli-belah dan mencari barang-barang juga melihat fesyen terkini.


Tetapi sebelum tu aku dibawa untuk makan tengahari di restoran.
Seperti sebelum ini,
restoran ini juga menyajikan makanan halal sahaja.
Lokasinya agak tersorok.
Tetapi kebetulan masa aku sampai,
banyak meja yang masih kosong.
Jadi semua orang dapat masuk kedalam dan makan bersama-sama.


Restoran ini tidak menggunakan mesin layan diri seperti sebelum ini.
Tetapi set makanannya hanya ada 4 pilihan sahaja.
Pekerja restoran pun hanya dua orang sahaja.
Satu tukang masak dan satu lagi pembantunya.
Aku sangat menyukai konsep restoran ini.
Makanannya ringkas dan mudah disediakan.
Aku juga nampak mereka menyediakan makanan yang nak disajikan.
Satu konsep restoran yang akan aku buka bila aku pencen nanti.
InsyaAllah.


Set makanan yang dihidangkan memang simple tetapi lengkap.
Ada sup,
ada nasi,
ada sayur,
juga ada ayam goreng.
Well-balanced.
Air minuman pula sekadar air sejuk sahaja.
Takda nak pilih air manis ataupun jus.
Itu kena cari dikedai lain.


Direstoran ini juga disediakan tempat untuk bersembahyang.
Makanan halal yang siap dibungkus pun ada dijual di sini.
Itu antara kemudahan tambahan untuk pelanggan muslim mereka.



Lepas makan aku diberi kebebasan untuk window shopping di sini.
Tetapi satu jam memang tak cukup untuk meneroka kawasan ini.
Banyak sangat kedai-kedai yang menarik minat kami.
Harganya pun masih mampu milik.
Kalau aku lepaskan wife dan anak-anak,
sampai malam pun mereka takkan puas berada di sini.


Menjelang petang,
cuaca redup bertukar menjadi hujan renyai-renyai.
Masa itu aku dah berada dilokasi terakhirku,
iaitu kawasan sekitar Osakasayama-shi.
Aku akan dibawa menaiki kapal lama untuk berpusing-pusing sekitar Osaka Harbour Bridge.





Menaiki kapal lama Santa Maria,
yang dikatakan kapal replika Christopher Columbus ini tidaklah mengujakan sangat.
Lagipun masa itu hujan semakin lebat.
Aku hanya duduk di dek sambil melihat langit dan laut yang kelabu.
Ramai juga geng yang tertidur kepenatan.
Perjalanan sekitar pelabuhan dan teluk Osaka ini mengambil masa 45 minit.
Jambatan Merah ini sahaja yang menarik minatku.
Yang lain-lainnya hanya warna kelabu sahaja yang kuingat.





Aku kembali ke hotel sekitar jam 6 petang.
Hujan semakin lebat dan suhu semakin sejuk.
Pukul 7 malam,
kenderaan yang akan menghantar kami ke stesen bas pun sampai.
Aku dapat naik Vellfire lagi,
tetapi ahli group yang lain kurang bernasib baik.
Satu lagi kenderaan hanyalah kereta sedan yang kunci bootnya tak boleh dibuka.
Perjalanan ke stesen bas walaupun dekat terlewat lebih 45 minit.
Kenderaan banyak diatas jalan.
Juga hujan lebat menyebabkan kenderaan bergerak perlahan.
Inilah pertama kali aku mengalami jem di Jepun.
Tak jauh bezanya dengan Kuala Lumpur nampaknya.
Cuma pemandu disini lebih bersabar dan berhemah.


Stesen bas yang aku tuju memang jauh beza dengan stesen bas yang biasa aku jumpa.
Stesen bas ini berada didalam bangunan tinggi.
Umeda Sky Building.
Macam tak percaya bila pemandu tunjuk itulah stesen bas yang dimaksudkannya.
Sebab basnya langsung tak nampak.


Gila canggih stesen basnya.
Serba lengkap dengan kemudahan.
Walaupun aku berada disini sampai tengahmalam,
aku tak terasa kebosanannya.
Aku boleh bersembahyang,
aku boleh berinternet,
aku juga boleh jalan-jalan mencari makanan,
sementara menunggu bas aku datang.


10 minit sebelum bas bertolak,
kami diarahkan menaiki bas.
Pemandunya dua orang yang usianya menghampiri 60-an.
Sebelum bas bergerak,
mereka pastikan semua penumpang berada dalam keadaan selesa.
Mereka juga pastikan wanita single diasingkan daripada duduk sebelah lelaki tak dikenali.
Sebelum bas bergerak,
aku tengok mereka kelam-kabut ke depan dan belakang sambil tengok fail.
Rupa-rupanya salah seorang ahli group aku duduk sebelah wanita.
Jadi dengan bantuan kerani yang tahu berbahasa Inggeris,
masalah dapat diselesaikan.
Wife aku yang volunteer untuk ganti duduk disebelahnya.


Sebelum bas bergerak,
mereka pastikan langsir semua ditutup,
muzik pun tak dipasang,
begitu juga lampu pun dimalapkan.
Terlewat 5 minit bas pun bergerak menuju ke Shinjuku, Tokyo.
Perjalanan lebih 200km yang mengambil masa lebih 8 jam.

Perjalanan ke Tokyo cukup selesa.
Kami semua tidur dengan nyenyaknya.
Bas yang dipandu tak pernah melebihi hadlaju 90km/jam.
Mereka cukup mematuhi peraturan demi keselesaan penumpang.

Bersambung di Tokyo nanti.


Ulasan

  1. seat bas mcm stroller baby!

    BalasPadam
  2. 'Patutlah Malaysia tak pernah menang bola kalau melawan Jepun. Pertahanan mereka sangat kuat.' - Saya suka ayat ni.

    Seat dalam bas tu macam stroller baby, siap tengok lagi sekali gambar tu betul ke tak. hehehe..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan Tinted Kereta

Aku dan Toyota Vellfireku

Aku dan Toyota Estima