Langkau ke kandungan utama

Aku dan Pesakit Hari Ini

Aku ada seorang pesakit.
Penghidap kencing manis lebih 5 tahun.
2 bulan sekali akan datang ke klinik untuk rawatan susulan.
Kadang-kadang datang sendirian,
kadang-kadang ditemani isterinya.
Mula-mula dulu gulanya agak tinggi.
Dia tak suka makan ubat.
Dan rajin mengambil alkohol.

Lepas beberapa lama,
dengan bantuan isterinya yang kuat membebel,
paras gulanya mula kembali normal.
Dia menjaga pemakanannya,
mengurangkan meminum alkohol,
dan paling penting dia rajin makan ubat kencing manis.
Beberapa tahun ini aku takda masalah dengannya.
Gulanya tak pernah lebih daripada 10.0 mmol/L.
Bacaan 6 - 7.0 itu normal untuknya.

Sejak dua bulan lepas,
gulanya mula naik.
7 ke 9 dan akhir sekali 12.2 mmol/L.
Dia kata makan banyak masa bercuti di Pulau Pinang.
Dia kata makan ada sikit lebih.
Lepas tu hampir 2 bulan dia tak datang klinik.
Pagi tadi dia datang.
Sengaja nak check paras gulanya.

Dia kata dah lebih 2 minggu tak makan ubat kencing manisnya.
Ada kawannya menasihatkan dia.
Makan ubat kencing manis lama-lama boleh rosak buah pinggang.
" Kau cuba makan ubat herba yang aku makan ini. "
" Kencing manis kau boleh baik. "
Dia pun mencuba ubat herba tersebut.
Makan dua biji pagi dan petang.
Dan mengabaikan ubat yang selama ini dia makan.


Aku tunjuk bacaan gulanya pagi ini.
17.7 mmol/L.
Dia langsung terdiam.
Aku pulangkan botol ubat herba tersebut kepadanya.
Terus dicampaknya ke dalam tong sampah.
" Lagi dua minggu saya datang doktor. "
" Ubat doktor beri sebelum ini ada banyak lagi. "

Ada kawan komen dalam FB aku,
" Ini bukan ubat kencing manis ni, ini ubat kencing kawan. "
Aku tak kata ubat herba yang dimakan tu tak bagus.
Tetapi itu patutnya jadi makanan tambahan.
Tak boleh jadi ubat.
Kawannya pun janganlah sampai suruh kawannya tu berhenti makan ubat doktor.
Suka hati dia nasihat sampai macam tu.
Nasib baik dia datang sendirian semalam.
Kalaulah dia datang dengan bini dia,
tak pasal-pasal dengan aku-aku sekali kena bebel.

Sesetengah ubat herba ini overclaimed.
Terutama jika penjualnya masuk kategori desperate nak buat sale.
Habis satu dunia punya penyakit boleh dirawat dengan ubatnya.
Contohnya gula Stevia.
Patutnya hanya boleh mengawal paras gula dalam darah sebab ianya hanyalah pemanis zero calorie.
Tetapi yang merepek-meraban sampai cegah kanser tu apakejadahnya?
Memanglah gula tu dikatakan penyebab kanser,
tetapi janganlah claimed gula stevia boleh mencegah kanser.

Nota kaki:
Maaflah sebab aku masih tak boleh nak balas komen-komen dibawah.



Ulasan

  1. Tak boleh kubayangkan kalau si isteri ada sekali dengan pesakit tu. Hahaha..

    BalasPadam

Catat Ulasan