Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2018

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Aku ada seorang pesakit.
Daripada sebelum pencen,
sampailah selepas pencen.
Hampir setiap bulan dia datang ke klinik aku.
Mengambil ubat kencing manisnya.
Dulu gulanya naik turun.
Tapi semenjak pencen ni paras gulanya cantik sahaja.
Dah takda kawan ajak 'mengeteh' katanya.

Setiap kali datang klinik,
daripada dalam aku dah tahu dia ada di luar.
Suaranya nyaring.
Ada satu tabiatnya.
Buka pintu sahaja terus tunjuk jari tengah kat aku.
Kalau kena orang lain memang cari gaduh lagaknya.
Tapi sebenarnya dia nak menghulurkan jarinya.
Untuk periksa paras gulanya.

Aku suka jumpa dia.
Walaupun ada banyak penyakit,
dia redha sahaja.
Senyuman tak pernah lekang daripada bibirnya.
" Allah dah tentukan doktor. "
Walaupun dia ada kad medikal untuk rawatan pakar,
dia tak suka-suka nak ke sana.
Tak seperti kawan-kawannya.
Pantang sakit sedikit,
Mesti datang nak minta Guarantee Letter.
" Ada kemudahan kenalah gunakan. "
" Bukan kita yang bayar pun doktor. "
" D…

Aku dan Seminggu Yang Lalu

Imej
Pada petang Selasa yang lalu, ada seorang kakak naik status dalam group FB. Dia tak puashati dengan seorang doktor di klinik cawangan. Marah-marah sebab doktornya agak kasar melayannya. Ini bukan kali pertama doktor ini kena komplen. Dah banyak kali. Aku tak nak komen pasal doktor itu. Aku nak cerita pasal aku.


Setiap kali kalau ada hal-hal berkaitan klinik, memang sangat ramai pakcik dan makcik bawang yang memberi komen. Yang positif juga yang negatif. Setiap kali kalau ada hal-hal berkaitan klinik, ramailah yang akan memetik namaku diFB. Untuk kejadian kali ini pun sama. Yang hantar private message pun ada. Aku memang tak berkuasa nak menghalang. Aku sekadar membaca sahaja komen-komen yang masuk.


Daripada pukul 6 petang sampailah ke tengah malam, nama aku tak henti-henti disebut. Tetapi keesokan harinya, pos tersebut telah dipadamkan dan hidup kembali seperti biasa. Hidupku masih tak berubah, perangai doktor tersebut pun masih tang tu jugak. Memang ada sedikit peningkatan dalam bil…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Susahnya jadi doktor panel.
Pagi-pagi lagi pesakit dah menunggu.
Katanya demam batuk dan selsema.
Langsung tak berupaya nak bekerja.

Susahnya jadi doktor panel.
Bila diperiksa mukanya merah menyala.
Rasanya bukan demam biasa-biasa.
Perlu banyak rehat selain makan ubat.

Susahnya jadi doktor panel.
Selang dua hari majikan telefon.
Kenapa pesakit diberi MC dua hari.
Sedangkan cuma demam batuk dan selsema.

Susahnya jadi doktor panel.
Pagi-pagi lagi pesakit dah menunggu.
Katanya demam batuk dan selsema.
Kepala pening tak boleh masuk kerja.

Susahnya jadi doktor panel.
Bila diperiksa tiada demamnya.
Batuk dan selsema cuma sedikit sahaja.
Makan PCM dan sambung pergi kerja.

Susahnya jadi doktor panel.
Selang sehari majikannya telefon.
Kenapa pekerja yang demam tiada diberi MC,
Susah nak kira gaji sebab tiada MC.

Susahnya jadi doktor panel.
Bila budi-bicara doktor orang pertikaikan.
MC sepatutnya bukan satu paksaan.
Juga bukan satu kewajiban.

Susahnya jadi doktor panel.
MC ibarat satu penyeles…

Aku dan Diari Hujung Minggu Ini

Imej
Hujung minggu ini aku tak kemana-mana.
Maklumlah semua anak ada dirumah.
Jadi aku banyak habiskan masa dengan membaca buku.
Buku Billion Dollar Whale yang aku beli minggu sebelumnya di MPH.
Kemana-mana aku pergi aku bawa buku ini.
Sementara tunggu kereta aku siap diservis,
aku berjaya menghabiskan beberapa bab daripada buku ini.


Semakin jauh aku membaca buku ini,
aku semakin kasihan kepada mantan perdana menteri.
Aku tak percaya dia tak tahu apa-apa.
Tapi aku percaya dia buat tak tahu.
Ramai yang bersekongkol dengannya.
Tetapi ramai lagi yang tak mahu bersubahat.


Skandal 1MDB bermula bila kerajaan beri US1 Billion Dollar kepada Petrosaudi.
Tetapi 700 Million tak dimasukkan ke akaun Petrosaudi.
700 Million masuk dalam akaun Jho Low.
Dengan duit itu dia joli katak.
Macam-macam benda dibelinya.
Malah orang-orang terkenal disekelilingnya pun semua dibelinya.
Jho Low seorang yang berpelajaran.
Jadi dia manipulate segala ilmu yang diketahuinya untuk kepentingan dirinya.
Ramai yang mendapat…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Ini kisah minggu lepas.
Sehari selepas cuti Hari deepavali.
Seorang lelaki warga asing datang ke klinik.
Beberapa bulan lepas dia pernah datang ke klinik.
Dipukul oleh kawan-kawannya ketika mabuk.
Akulah yang menjahit kepalanya.

Kali ini dia datang mengadu sakit kepala.
Aku tengok mukanya berserabut sahaja.
Macam baru bangun daripada tidur.
Aku layankan sahaja cerita-ceritanya.
Tapi dia tak mengaku mabuk.
Walaupun bau alkohol masih ada dibadannya.

Dia tak masuk kerja pagi itu.
Aku agak dia terlebih celebrate Deepavali.
Dia minta MC daripadaku.
Tetapi aku tak nak beri.
Dia hulur lengannya bila aku nak periksa tekanan darahnya.
Terperanjat aku.
Sepucuk pistol kelihatan dilengannya.
Tapi aku peduli apa.
Keluar pistol ke,
Kereta kebal ke,
Aku tak takut.
Aku beri dia surat rawatan sahaja.


Aku dan Hujung Minggu Ini

Imej
Hujung minggu ini aku sangat sibuk. Ada banyak program disana-sini. Bermula dengan hari Jumaat. Pagi-pagi lagi aku kena ke UPM Serdang. Pejam celik anak dara aku dah habis satu semester. Dapat cuti satu bulan sebelum menyambung semula pengajian bulan 12 nanti. Maka terpaksalah aku mengambilnya kerana barang banyak katanya. Kerani suruh kosongkan bilik. Kalau tinggal barang kena ada bayaran ekstra. Kebetulan anak sulungku di UTP bercuti seminggu sebab Deepavali. Dia akan menunggu aku di UPM nanti untuk balik sama. Jadi aku angkut dua orang sekaligus. dan sepanjang minggu depan semuanya akan ada di rumah.
Aku keluar rumah kira-kira jam 10:00 pagi. Dijangka tiba di UPM sebelum sembahyang Jumaat. Perjalanan agak lancar kecuali ada jem 15 minit dilaluan selepas bandar Seremban. Tak tahu apa puncanya. Pukul 1 tengahari aku tiba di UPM. Selepas beberapa kali ulang-alik angkat barang, barulah siap diisi didalam kereta. Macam nak pindah rumah gamaknya. Zaman aku balik kolej dulu, cuma 2 beg s…

Aku dan Diari Minggu Ini

Imej
Aku memang peminat Nasi Ayam Penyet. Kalau kat area Kulai/Senai, aku paling suka Nasi Ayam Penyet Tiga Abdul di belakang Econsave Senai. Sambalnya terbaik padaku. Begitu juga dengan ayam gorengnya. Tempat lain tidak boleh menandinginya. Kalau nak makan di situ, aku kena datang selepas jam 2 petang. Kalau datang antara pukul 1 dan 2 petang, tempat itu penuh sesak dengan pekerja-pekerja daripada kilang berhampiran. Jenuh nak menunggu makanan disiapkan. Jadi biasanya kalau anak aku balik sekolah 2.40 petang, aku melepak di sini dahulu sambil menunggu dia balik.

Kira-kira sebulan lepas,
ada satu kakak datang ke klinik untuk suntikan Typhoid.
Tanya punya tanya,
rupa-rupanya dia manager kat cawangan Ayam Penyet Tiga Abdul yang baru.
Dah dibuka disekitar Taman Indahpura kisahnya.
Kalau nak jalan kaki pun boleh sampai ke restorannya.
Dalam tempoh sebulan ini,
dah banyak kali aku ke restorannya.
Kali terakhir hari Isnin lepas.
Kalau masa mula-mula dulu ayamnya agak terlebih garing,
kali ini a…