Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2019

Aku dan Pesakit Zaman Sekarang

Imej
Bila rasa tak sihat.
Bincang dulu simptom dengan sahabat di FB.
Semua sahabat tiba-tiba menjadi doktor pakar bertauliah.
Pakar perubatan.
Pakar kanak-kanak.
Pakar jantung.
Pakar paru-paru.
Pakar kulit.
Pakar penyakit dalaman.
Pakar kanser.
Semuanya ada.

Bila rasa tak sihat.
Dapatkan dulu diagnosis di Google.
Tak faham bahasanya,
Guna Google Translate.
Habis semua penyakit mungkin ada.
Kanser itu sudah semestinya.

Bila rasa tak sihat.
Atas nasihat sahabat dan kawan.
Mencubalah ubat online.
Testimoni daripada pengguna cukup memberangsangkan.
Khinzir pun boleh terbang.
Walaupun harganya juga tak masuk akal.
Tetapi,
Ianya lebih organik dan semulajadi.
Tiada bahan racun.
Ada sijil halal JAKIM.
Ada kelulusan SIRIM.
Juga ada kelulusan KKM.
Paling penting,
dapat membantu sesama bangsa yang berniaga.
Sihat dapat pahala pun dapat.
Bila rasa tak sihat.
Pergi pula ke kaunter farmasi.
Tanya ubat apa yang sesuai untuknya.
Selain ubat,
aneka vitamin juga disyorkannya.
Kos lebih murah dan dapat berj…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
“ Doktor, saya sudah empat kali datang klinik.
Tapi doktor tak pernah beri MC. “

Aku tengok rekodnya.
Betul.
Tahun ini sahaja dah 4 kali dia datang klinik.
Tapi setiap kali datang,
Aku beri time slip sahaja.
Dia ini bekerja dikilang berhampiran.
Setiap kali ada rombongan naik van ke klinik,
Dia akan ikut serta.
Sakit badan.
Sakit bahu.
Sakit pinggang.
Dan hari ini sakit kaki pulak.
Sengaja menyibuk nak keluar daripada kilang.
Sambil mengadu nasib.

“ Lain kali kalau mahu MC, kena ada bukti sakitnya.”

“ Setakat sakit-sakit mana boleh MC? “

“ Kena ada luka ke, demam ke, baru boleh MC. “

“ You ingat datang klinik ni macam main loteri ke? “

“ You hentam apa-apa cerita sedih, dan tengok doktor mahu beri MC atau tidak? “

Dr Deadpool sudah mula membebel.

“ Beginilah. Saya ajar you. Lain kali sebelum datang klinik. You masuk tangan dalam mesin. Jangan kasi putus. Kasi luka sikit, ada keluar darah sikit. Nanti saya akan bagi you MC. “

“ Mahu lagi lama MC, you kasi tulang patah. 3 bulan saya ka…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Seorang warga tempatan datang ke klinik pagi ini.
Umur baru 22 tahun.
Bekerja disebuah kilang berdekatan.
Kerja pun baru masuk dua minggu.
Masuk ke klinik dalam keadaan tempang.

" Kenapa kakinya dik? "
" Tadi buat kerja kat kilang, kaki terlanggar besi."
" Tunjuk kat mana kenanya? "
Sambil menunjukkan tempat kaki kirinya yang sakit.

" Tak nampak pun lukanya? "
" Memang takda luka tetapi sakit doktor. "

" Sakit dihati memang tak boleh nampak lukanya,
tapi sakit dikaki mesti nampak lukanya.
Baru boleh dapat MC. "

" Kalau macam tu takda MC lah doktor? "

" Dah. Pergi masuk kilang balik. "




Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
“ Doktor, tanya sikit boleh ?”
“ 24 hb ni doktor kerja tak? “
“ Kerjalah. Kalau tak kerja nak makan apa? “
“ Saya nak MC 24 hb tu boleh tak ? “
“ Mak oii! Awalnya tanya. Kenapa? “
“ Nak tengok Avengers Endgame lah doktor. “
“ Malam lepas waktu kerja kan boleh? “
“ Kalau malam anak takda siapa nak jaga. Kalau siang boleh lah hantar kat rumah pengasuh. 3 jam tu doktor. “
“ Kau dah book tiket ke belum? “
“ Belum lagi doktor. “
“ Sekejap aku tengok tiket kat panggung. Rasanya hari tu semua tiket dah sold out. “
“ Jadi tak dapatlah ya doktor? “
“ Kau tunjuk bukti tiket dulu. Lepas tu baru boleh bincang. “
#AvengersEndGame

Aku dan Hujung Minggu Ini

Imej
Pukul 8 pagi hari Jumaat, aku dah masuk lebuhraya untuk menuju ke Putrajaya. Inilah rutin bulananku. Sebulan sekali nak melawat anak-anak yang di Serdang dan juga Kuala Lumpur. Rasanya rutin ini akan berterusan untuk beberapa tahun lagi. Selagi anak-anak masih belajar di sini, selagi itulah aku akan sentiasa berulang-alik. Selain melawat anak-anak, aku gunakan masa tersebut untuk merawat diriku juga. Banyak aktiviti yang aku boleh buat. Stress beb hari-hari duduk klinik. 

Pukul 8:30 pagi aku dah tiba di Simpang Renggam.
Pergi bersarapan dahulu di gerai biasa kegemaranku.
Aku mesti nak kena Soto Nasinya,
manakala wife kali ini mencuba Lontongnya pula.
Memang tak mengecewakanlah.
Bila dah kenyang,
barulah aku sambung perjalanan ke Serdang Selangor.

Jam 12.30 tengahari aku selamat tiba di kolej penginapan anak aku.
Hari ini kelasnya sampai pukul 11 pagi sahaja.
Jadi senang sedikit aku nak mengatur jadualku.

Sebelum sembahyang Jumaat,
aku pergi makan tengahari di Restoran Limau Nipis di …

Aku dan Dilemma Pesakit Hari Ini

Imej
INI SOALAN POP KUIZ. LAYAK KE TIDAK UNTUK SIJIL CUTI SAKIT.

Kes Satu:

“ Sakit apa? “

“ Senggugut doktor. “

“ Dah berapa hari period? “

“ Err! Period belum datang lagi doktor. “

“ Kalau tak period macamana boleh datang senggugut? “

“ Rasanya sehari dua lagi datanglah doktor. “

Kes Dua:

“ Sakit apa? “

“ Cirit-birit doktor. “

“ Dah berapa kali masuk toilet? “

“ Err! Baru sekali doktor. “

“ Sekali masuk toilet mana boleh kira cirit-birit? “

“ Tapi lama saya duduk dalam toilet tadi. Macam-macam yang keluar. “

Kes Tiga:

“ Sakit apa? “

“ Semalam saya demam, pening kepala dan sakit-sakit badan. “

“ Itu cerita semalam. Hari ini? “

“ Hari ini dah ok. Tapi nak ambil MC. “

“ Kenapa tak datang semalam? “

“ Semalam saya memang cuti doktor. “

Kes Empat:

“ Sakit apa? “

“ Penat doktor rewang rumah kakak. “

“ Ada majlis apa? “

“ Kerja kahwin doktor. “

“ Katering atau masak sendiri? “

“ Katering doktor. “

“ Bila majlisnya? “

“ Hari Sabtu doktor. “

“ Ini kan dah hari Selasa. Tak hilang lagi penatnya?”

“…